01 June 2008
Haiyu Sabiek, 29 Mei 2008 – Lawatan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak beserta rombongan diteruskan dengan mengadakan majlis ramah mesra dan upacara perasmian Asrama Darul Aman Baru di jalan Hafizd Badawi Haiyu Sabiek. Majlis yang penuh gilang gemilang ini bermula sejurus selepas magrib. Ketibaan yang YAB Menteri Besar Kedah itu disambut dengan penuh mesra oleh rakyat Kedah di Mesir di perkarangan asrama baru. Sebelum majlis bermula YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak terlebih dahulu melawat dan memerhati asrama yang baru sahaja siap.
Majlis Ramah Mesra ini yang turut mengundang TYT Datuk Duta, Pegawai-pegawai Kedutaan, Pegawai-pegawai rumah anak negeri dan pimpinan persatuan-persatuan. Bacaan ayat suci Al-quran yang dibacakan oleh Malik bin Ahmad dijadikan agenda yang pertama untuk memberkati majlis tersebut. Seterusnya para hadirin dan hadirat yang hadir mendengar ucapan aluan oleh Mohd Fadhil bin Ab Rahman Yang Dipertua MKKK.Pihak majlis menjemput TYT datuk Duta untuk memberikan ucapan ahlan wasahlan kepada YAB berserta rombongan ke Republik Arab Mesir ini.
Saat yang dinantikan adalah ucaptama oleh YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman yang kesepuluh. YAB sebelum memulakan ucapan, beliau menyampaikan salam dari Tunku Sultan dan satu mesej penting. Kebawah Duli Yang Mulia Tunku Sultan mengirimkan pesanan kepada rakyat-rakyat Kedah di Perlembahan Nil ini. Tunku Sultan berharap kepada anak Kedah di Mesir ini segera tamatkan pengajian dan pulang untuk berkhidmat kepada negeri khasnya dan kepada negara umumnya. YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak menyentuh beberapa perkara yang penting dan perlu dititikberatkan oleh mahasiswa/wi disini khasnya buat anak kedah.
Perkara pertama yang disentuh oleh YAB adalah mengenai akademik dan tahap pembelajaran mahasiswa/wi di bumi Ardhil Kinanah ini. Beliau amat berharap agar anak-anak Kedah tekun dan berusaha untuk menguasai bidang masing-masing dengan mendalam.Selain itu, penguasaan bahasa arab dan pengajian turathi juga perlu dipandang serius oleh mahasiswa/wi sebelum berada di medan sebenar kelak. YAB juga menceritakan sedikit sebanyak mengenai keadaan negeri Kedah selepas hampir 3 bulan memerintah negeri dari tarikh PRU ke 12 yang lalu.Beliau juga menyampaikan beberapa perancangan kerajaan negeri untuk memantapkan negeri dari aspek ekonomi dan pembangunan insan.
Dalam konteks pembangunan insan, YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak menyebut dan memberikan setinggi-tinggi harapan kepada mahasiswa/wi al-azhar sebagai pengisi dan tenaga yang penting dalam mencapai misi ini.Melihat kepada Asrama Baru yang diperolehi oleh anak Kedah disini,YAB memperingatkan agar tidak leka dengan pelbagai kemudahan dan sumbangan ini bahkan jadikan ia semangat untuk lebih bertungkus lumus dalam pengajian. Beliau mengibaratkan sumbangan ini adalah seperti pemberian ayah kepada anak dan perlulah sebagai seorang anak membalas jasa baik ayah dengan memberikan berita gembira apabila mencapai kejayaan.
Satu perumpamaan atau ingatan yang perlu diingati oleh anak-anak Kedah dalam ucapan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak " datang sebagai keldai tapi balik sebagai kuda jangan datang keldai balik pun keldai".Ingatan ini membawa seribu satu makna yang perlu anak-anak Kedah tafsirkan.
Diakhir ucapan Menteri Besar Kedah ini mengucapkan terima kasih buat anak-anak Kedah yang berusaha menjayakan majlis ini dan anak-anak yang Kedah yang pulang dari cawangan walaupun dalam fatrah peperiksaan. Beliau juga mengucapkan agar peperiksaan kali ini anak Kedah antara yang terbaik.
Majlis kemudiannya membuka seluas-luasnya kepada anak Kedah untuk beramah mesra dengan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak. Setelah tamat sesi ramah mesra majlis diteruskan dengan menyampaikan anugerah kepada mahasiswa cemerlang, anugerah khas dan anugerah tokoh ilmuan. Malam yang penuh barakat ini, YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dan TYT Datuk Duta menyaksikan memorandum persefahaman(Mou) kuliah online antara Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak kemudiannya merasmikan pelancaran buku-buku ilmiah hasil usaha anak Kedah. Majlis malam ini juga merupakan malam pelancaran Krew Al-Muttaqin MKKK. Gimik pelancaran YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak menyarungkan jaket Krew Al-Muttaqin kepada Abdul Hadi Awang selaku pengarah bagi krew ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kerajaan negeri kepada MKKK untuk kelancaran aktiviti anak-anak Kedah di bumi Mesir ini. Simbolik chek yang bernilai RM 30,000 di berikan kepada Yang Dipertua MKKK. Selepas itu MKKK dan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak bertukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Kemudian Para hadirin dan hadirat yang hadir menyaksikan simbolik perasmiaan Asrama Darul Aman Kaherah yang disempurnakan oleh YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dan tembakan bunga api bagi menyerikan malam perasmian asrama baru ini-
-Kedah Lanie

0 komentar:
Catat Ulasan