Khamis, 26 Jun 2008

YAB MB kedah menyambut kepulangan wira-wira Hijau kuning

...

KENYATAAN MEDIA PROTES

Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Barang318A, Lot 1636,Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. Tel. : 603-2692 5000 Fax : 603-2692 8880KENYATAAN MEDIA PROTESBerhubungPERHIMPUNAN AMANPROTES SEJUTA RAKYAT 678Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu :6 Julai 2008 ( 6.7.08) Bersamaan Hari AhadJam 9 PagiBertempat Di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcor Mall)SelangorJusteru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur...

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Thu | Jun 26, 08 | 6:41:04 am MYT KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.!-- --> "Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu. "Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong. "Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini,...

Harakah disaran sediakan kolum berbahasa Cina

Izwan Abdul Halim Thu | Jun 26, 08 | 12:08:14 pm MYT YAN, 26 Jun (Hrkh) - Akhbar Harakah dan Warta Darul Aman diseru menyediakan kolum berbahasa Cina kerana masyarakat Tionghua tidak mahu ketinggalan mengikuti maklumat berkaitan segala aktiviti dan tindakan yang diambil oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kedah. !-- --> Permintaan itu disuarakan oleh Pengerusi Komuniti Masyarakat Tionghua, Michael Lee Kooi Kong pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kedah Bersama Masyarakat Tionghua di Dun Guar Chempedak malam kelmarin. Jelas beliau, masyarakat Tionghua khususnya ahli Kelab Penyokong PAS amat menyedari kekangan media arus perdana kepada PAS dan Kerajaan Negeri. Dalam ucapan aluan beliau pada majlis tersebut, Michael turut merakamkan ucapan syabas...

Semakin Lama Semakin terserLAH Borosnya Pak LAH

berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai 'pembaziran' projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah: 1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilionJumlah keseluruhannya RM712 bilion Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun. Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat...

Rabu, 25 Jun 2008

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA

Dilulus terbit pada Wednesday, June 25 @ 16:54:17 MYT oleh greenbocArtikel Oleh SOFIWAHAB"AMuka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu,...

Tambang bas turun ke lima kupang...

25 June 2008PEKERJA Konsortium Transnasional Bhd. menunjukkan tambang baru bagi perjalanan bas henti-henti di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, Kedah semalam.ALOR STAR - Ketika syarikat-syarikat bas 'berlumba-lumba' menaikkan kadar tambang ekoran kenaikan harga bahan api dan kos penyelenggaraan, Konsortium Transnasional Berhad (Transnasional) di sini melaksanakan pendekatan yang berbeza.Pengurusan syarikat itu mengambil keputusan untuk menurunkan sehingga 50 peratus bagi perkhidmatan bas henti-henti melibatkan perjalanan dua hala dari Terminal Bas Shahab Perdana ke Hentian Bas Pekan Rabu di sini bermula semalam.Penyelia Operasi Bas Henti-Henti Transnasional, Mahadzir Abdul Ghani berkata, selain mempromosi kenderaan awam, penurunan tambang itu dilakukan untuk membantu meringankan beban...

Jangan Terus Melompat- Ust Azizan -MB Kedah

ALOR STAR 24 Jun - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak akan tetap melaksanakan rancangan untuk menebang balak di kawasan tadahan air walaupun diminta untuk mengkaji semula perkara tersebut oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Azizan berkata, Nik Aziz dianggap seperti tuan guru dan pandangan beliau amat dihargai, namun penebangan hutan di kawasan tadahan air bukan seperti yang digambarkan sehingga kawasan hutan habis digondol.Menurutnya, orang ramai perlu berhenti memberikan pelbagai persepsi negatif mengenai keputusan kerajaan campuran negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan air.Katanya, beliau sendiri akan memastikan kawasan yang akan ditebang balak itu tidak akan menjejaskan biodiversiti hutan simpan terbabit."Jangan terus melompat tanpa mengetahui dengan lebih...

Jejak Sejahtera Rakyat Darul Aman - (Siri 3)

Oleh ibnubakrin"“Orang Berbudi Kita Berbahasa” Ungkapan yang sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, terutamanya kaum Melayu begitu juga kaum-kaum lain.Malah ianya sudah sebati sebagai akar tunjang budaya bangsa yang terkenal dengan kesantunan serta kesopanan dan dikagumi seantero dunia. Nilai budaya amalan yang mulia ini sememangnya selari dengan kehendak Islam yang mendasari hala-tuju dan perjuangan PAS, parti yang menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.Pendekatan yang diasaskan dari semangat budaya ini dijadikan landasan dan diterapkan semasa mengendali proses pengambilalihan pentadbiran dari tangan Umno-BN selepas menerima mandat dari pengundi pada 8 March yang lalu.Dalam kontek demokrasi yang menjadi amalan di Malaysia, sangkaan...

Kedah lancar e-Sinar untuk tingkat usaha basmi kemiskinan

Izwan Abdul Halim Wed | Jun 25, 08 | 11:58:16 am MYT ALOR STAR, 25 Jun (Hrkh) - Sistem pengurusan yang sistematik dan berkesan bukan sahaja menjadi kepentingan dalam pentadbiran kerajaan negeri, tetapi ia juga boleh dikembangkan kepada usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini. !-- --> Melalui e-Sinar, Kerajaan Negeri Kedah mengorak langkah baru ke arah usaha tersebut. e-Sinar merupakan satu Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah secara online yang merekodkan segala maklumat berkaitan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di negeri ini. Sistem ini diwujudkan Kerajaan Negeri bertujuan mengumpulkan dana rakyat miskin di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan...

Warkah dari Kamunting: Abah hanya mampu doakan...

Harakahdaily Tue | Jun 24, 08 | 5:42:37 pm MYT Menemui yang dikasihi anak abah yang tersayang, semoga sihat sejahtera dan dipelihara Allah sentiasa...Amin. !-- --> Suhaib,Abah di Kemta sihat, Alhamdulillah. Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan abah iaitu Terhamid, Ahmad dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari empat tahun kepada lapan tahun. Pakcik Yazid Sufaat juga telah ditambah lagi dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun. Memang tension juga abah memikirkan kisah pelanjutan penahanan ini, tetapi bila fikir pahala yang Allah janjikan ...apalah sangat ujian seperti ini. Bila abah baca pengalaman Zainab al-Ghazali yang diseksa di...

Harakah Dibenar Keluar dua kali seminggu

Pengarah Urusan Harakah sambut baik permit dua kali seminggu Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin. Tue | Jun 24, 08 | 7:31:09 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar menyambut baik kebenaran penerbitan Harakah dua kali seminggu yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam. !-- --> Dalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media. Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan)...

Isnin, 23 Jun 2008

Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa

Muna Izzah Fadzil Mon | Jun 23, 08 | 6:58:50 pm MYT Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah. !-- --> Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini. Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas. Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons