Rabu, 5 Disember 2007

IJTIMAK PAS KEDAH 2007

TARIKH : 23 DISEMBER 2007 (AHAD)MASA : 8.00 PAGI-4.30 PTG.TEMPAT : KOMPLEKS PAS KEDAH, KM 13, JLN ALOR STAR- SG. PETANI, SIMPANG EMPAT, ALOR STAR, KEDAH.TETAMU KHAS :YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG, PRESIDEN PASSEMUA AHLI PAS DIJEMPUT HADIR. NOTA: SILA BAWAH ALAS TIKAR CERAMAH PERDANA SEMPENA IJTIMAK PILIHANRAYA PAS KEDAHTARIKH : 23 DISEMBER 2007MASA : 9.00 MALAMTEMPAT : KOMPLEKS PAS KEDAHPENCERAMAH :1. YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG- PRESIDEN PAS3. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT3. YB UST HJ AZIZAN ABD RAZAK- PESURUHJAYA PAS KEDAHSEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HAD...

Gaji dan keistimewaan menteri, apa kata rakyat Malaysia?

Gaji dan keistimewaan menteri, apa kata rakyat Malaysia? Azamin Amin Wed | Dec 05, 07 | 10:59:21 am MYT KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan. Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Slip...

Pengerusi SPR hina mahkamah kes Likas, dakwa Hakim berat sebelah

Azamin AminTue | Dec 04, 07 | 3:28:30 pm MYT"Hakim itu sendiri tidak periksa... dalam one side, hakim itu sendiri bias (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk 'pukul' kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)..."KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman hari ini mendakwa penghakiman pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas 2001 berat sebelah malah turut mendakwa kononnya Hakim terbabit 'mempunyai agenda tersendiri' sehingga terhasilnya keputusan tersebut.Walaupun beliau mengakui tidak tahu apa yang dinyatakan secara terperinci oleh Hakim dalam keputusan petisyen pilihan raya Pengkalan Pasir dan Likas namun beranggapan kenyataan hakim tersebut telah digunakan untuk menyampaikan...

Wakil PAS bimbang masa depan guru-guru Maktab Mahmud yang dipinggirkan

Salmiyah HarunTue | Dec 04, 07 | 4:08:28 pm MYTKUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh)- Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) hari ini membangkitkan persoalan masa depan Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya mengenai masa depan Maktab Mahmud yang banyak melahirkan pemimpin utama negara.Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi, Dr Hayati membangkitkan mengenai banyak SAR yang diambil oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat, tetapi masa depan tenaga pengajar diabaikan.Apa yang mengecewakan, kata beliau, seramai 108 orang guru di sekolah tersebut 25 orang sahaja menjadi guru tetap lembaga, 12 orang diserap ke Kementerian Pelajaran dan selebihnya seramai 71 orang adalah guru sandaran.Malah, katanya guru sandaran pula berkelulusan dari universiti di Timur Tengah dan ramai di antara mereka terpaksa berhenti...

Perhimpunan Bersih - Polis mulakan tindakan terhadap 10 individu

Intan AbdullahTue | Dec 04, 07 | 5:45:49 pm MYTKUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - 10 individu yang terlibat menyertai perhimpunan Aman Rakyat anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November yang dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan pada hari ini tidak dapat menghadirkan diri.Mereka diwar-warkan telah dipanggil untuk hadir di balai polis Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) pada hari ini setelah diHal demikian dimaklumkan oleh peguam yang dilantik mengendalikan kes ini, Zulkarnain Luqman yang memberitahu Harakahdaily.10 individu tersebut telah diminta hadir oleh pihak polis menerusi panggilan telefon supaya mereka menghadirkan diri pada hari ini di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL)."Kesemua mereka tidak dapat hadir disebabkan ia merupakan 'short notice'...

Selasa, 4 Disember 2007

PM MALAYSIA POPULAR DENGAN IMEJ BURUK

Kajian Merdeka Centre ditolak, PM popular kerana imejnya semakin buruk<Wan Nordin Wan YaacobTue | Dec 04, 07 | 11:34:30 am MYTDapatan kajian Merdeka Centre yang melaporkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin popular di kalangan masyarakat Melayu khasnya mungkin sekali benar pada penilaian pihak tersebut, tetapi mungkin sekali tidak mendasari hakikat sebenar berdasarkan senario politik, ekonomi dan perkembangan semasa.Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.Satu daripada artikel itu menyatakan yang masyarakat Cina adalah golongan yang paling tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Abdullah...

Hak berhimpun diakui, tetapi sebahagian tuntutan Hindraf melampau

Hak berhimpun diakui, tetapi sebahagian tuntutan Hindraf melampauDato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangPAS sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.Sesungguhnya kejadian diskriminasi kaum bukan hanya berlaku terhadap masyarakat India malah turut berlaku dikalangan masyarakat Cina dan Melayu khasnya yang menyokong parti-parti pembangkang. Malahan terbukti pimpinan dan ahli-ahli MIC tertentu memperolehi habuan yang lebih baik dari bangsa Melayu sendiri yang menyokong parti-parti pembangkang.PAS mempertahankan perlunya perpaduan kaum terus dikekalkan dalam negara ini dan sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum samada...

Isnin, 3 Disember 2007

SIRI TARBIAH-1 UKHUWWAH ISLAMIYAH

Oleh : Ust. Mohd Zainal Asri bin Hj. Romli, Naib Ketua DPPNKMUQADDIMAH Firman Allah Swt. Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripadasangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, danjanganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaibanorang, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yanglain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan dagingsaudaranya yang telah mati? Jika begitu keadaan mengumpat, sudahtentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu patuhilah larangan Allah. Danbertaqwalah, sesungguhnya Allah itu Penerima taubat, lagi MahaMengasihani.” (al-Hujurat:12)Ayat yang dibentangkan ini menjurus kepada pembinaan suatu unsur yang terpenting didalam jamaah, iaitu...

Hapus yuran sekolah satu pembohongan!

Hapus yuran sekolah satu pembohongan! Posted on Tuesday, November 20 @ 09:39:41 MYT by SongkokPutih Oleh Radenjowo Berikut adalah keratan surat yang terkandung di dalam pekeliling yang BAKAL diedarkan kepada ibu bapa disebuah sekolah di bandar, Selangor. yang membuktikan perubahan istilah YURAN kepada SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN.Ibu bapa bakal menerima surat pekeliling yang sedemikian ketika sessi permulaan persekolah Januari 2008 nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pelupusan YURAN TAHUNAN yang dicanangkan oleh kerajaan melalui kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran memang berlaku tetapi YURAN tersebut digantikan dengan terma lain, PEMBAYARAN PAKEJ TAMBAHAN . Merujuk...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons