Isnin, 2 Jun 2008

enyelewengan MBAS berlaku di bawah kepimpinan BN?

Lee Guan Aik
Mon | Jun 02, 08 | 12:00:38 pm MYT

DAP Kedah mempersoalkan ketelusan kerajaan kepimpinan Barisan Nasional sebelum pilihan raya ke-12 lalu berikutan Majlis Bandaraya Alor Star mengalami kerugian besar dalam pengurusan yang lemah berikutan banyak penyelewengan.

DAP Kedah mendesak kepimpinan Barisan Nasional menjawab secara telus andaian dan cakap-cakap masyarakat yang menagih jawapan mereka terbabit sama ada benar atau tidak fakta yang menimbulkan keresahan rakyat. Antara persoalan tersebut ialah:

1. Pembelian Aras 7 & 8 Menara Sentosa yang dibeli oleh MBAS dengan harga melebihi RM 5,150,000.00 dibiarkan kosong sejak 1996. Menariknya kos penyelenggaraan RM 10,871.10 setiap bulan dan perkara ini sudah berlarutan sejak 12 tahun.

Hakikatnya pembaziran RM 1,565,438.40. Kalau ada benarnya berlaku kos ini adalah lebih baik MBAS memanfaatkan kos tersebut dengan membeli lori pengangkut sampah. Ini kerana MBAS hanya ada sebuah sahaja lori pengangkut sampah.

2. Pasar lama Seberang Perak(looking good lama) juga milik MBAS yang keluasannya lebih 10 lot kedai hanya disewakan (tingkat bawah sahaja) kepada sebuah syarikat perabut dengan kadar sewa hanya RM 5,000.00 sebulan.

Hebatnya walau pun tingkat atas dinyatakan kosong tetapi terdapat cakap-cakap masyarakat sekeling, lot atas juga turut digunakan oleh syarikat tersebut.

Apa agaknya hubungan dan kepentingan mereka yang bertanggungjawab di MBAS dengan pemilik kedai tersebut sehinggakan mendapat keistimewaan sewa yang termurah dikawasan MBAS.

3. Tempat letak kereta di sekeling Pasar lama Seberang Perak(looking good lama) yang diuruskan oleh sebuah syarikat yang menggelarkan mereka dengan nama StarPark terus mengutip bayaran letak kereta atas nama pembangunan.

Yang pasti terdapat cakap-cakap masyarkat yang menyatakan syarikat tersebut mendapat hak mengutip bayaran tanpa menandatangani sebarang perjanjian dengan MBAS.

4. Ada juga cakap-cakap masyarkat yang mempersoalkan tentang aset bangunan MBAS di City Plaza dan City Point diberikan sewa kepada pihak tertentu. Sehingga kini mereka gagal menjelaskan sewaan bulanan melebihi RM 7 juta.

5. Sistem pengutipan dan pelupusan sampah sarap yang tidak sistemetik mengakitkan Bandaraya Alor Star terlalu kotor. Menariknya disebabkan kekotoran ini, kita boleh melihat terdapat banyak tikus-tikus yang hamper sama besar dengan kucing.

Mungkin YB Dato' Seri Mahadzir Khalid yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Penggalakan Pelancongan Malaysia boleh menjadikan tikus sebagai maskot pelancongan Kedah sebagai tanda kehebatan pengurusan kepimpinan Barisan Nasional khusunya di Kedah.

6. Cakap-cakap masyarakat juga ada menimbul keresahan berikutan ketelusan Yayasan Islam Kedah dibawah anak syarikatnya Dayani Development Sdn. Bhd yang membina City Apartment yang telah siap 12 tahun lalu di Simpang Kuala kini masih belum mendapat geran pemilikan disebabkan syarikat pemaju tersebut tidak membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Galian.

Adakah dalam tempoh 12 tahun pemaju tersebut belum mampu membuat sebarang keputusan bijak atau kerajaan kepimpinan dahulu kurang bijak menangani masalah tersebut?

DAP Kedah bukan menuduh atau cuba membongkar ketidakjujuran kepimpinan Barisan Nasional tetapi sekadar menjadi penghubung suara rakyat yang merasakan mereka tertipu atas nama pembangunan.

Penulis adalah Adun Kota Darulaman,Kedah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons