
Isnin, Disember 28, 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
ALOR SETAR: Kelainan pendekatan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak merupakan bukti kepelbagaian dan demokrasi yang hidup subur dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya sebagai menyanggah rencana Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, 20 Disember lalu.
Ujarnya, bandingan dibuat penulis tersebut dalam rencana itu jelas menunjukkan kekeliruannya dalam memahami dimensi politik baru Pakatan Rakyat yang semakin diterima rakyat negara ini.
Malah katanya, penulis tersebutlah yang sebenarnya berfikiran sempit kerana memandang serong dan cuba mencipta pandangan serong terhadap Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, biarpun negeri ditadbir Pakatan Rakyat dikatakan mempunyai pendekatan berbeza,...