Jumaat, 20 Februari 2009

Salah tafsir sembah derhaka

(semua pakar bahasa sudah bersama Pakatan Rakyat menyebabkan UMBO/BN semakin bodoh dengan istilah bahasa sebab itu tidak dapat bezakan antara derhaka dan sembah derhaka dalam bahasa istana. Itulah asyik sangat nak daulatkan bahasa Inggeris dalam pembelajaran anak-anak disekolah akhirnya lupa bahasa sendiri)HarakahdailyFri | Feb 20, 09 | 12:14:06 am MYTKUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - "...ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati dengan baginda. Bukankah itu satu tindakan yang jauh lebih menderhaka lagi."(Bahagian pertama)Beliau adalah antara ulama terkemuka yang masih berhubung rapat dengan Istana dan Raja-Raja Melayu, tetapi tetap dekat di hati rakyat. Justeru, Dato' Dr Haron Din dirasakan tokoh paling sesuai yang boleh mengupas situasi gawat di Perak terutama berkaitan...

Derhaka: Umno ada sejarahnya

Syafiq KamarulFri | Feb 20, 09 | 12:09:54 am MYTKUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis...

Khamis, 19 Februari 2009

Pendesak bekas ADUN Bukit Selambau letak jawatan terbongkar!

Wednesday, February 18, 2009Pendesak bekas ADUN Bukit Selambau letak jawatan terbongkar!Oleh: ZULKIFLI YAHAYAALOR SETAR: Kenyataan bekas aktivis PKR, Zamil Ibrahim yang tampil membuat pengakuan bahawa beliau telah dengan sengaja menaja calon bebas di Pilihanraya Umum Ke 12, V. Arumugam di Bukit Selambau membongkar rahsia bahawa beliaulah antara yang kerap mendesak V. Arumugam keluar parti dan sertai BN.Demikian diberitahu oleh Senator Ir Zamri Yusuf selaku Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah sebagai mengulas isu yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian, bahawa penaja calon bebas Bukit Selambau lalu (V. Arumugam) tidak diugut keluar parti."Umum juga boleh melihat dan memahami dari kenyataan itu, bahawa beliau adalah agen yang dimaksudkan oleh V. Arumugam sebelum ini, kerana hanya beliau tahu...

Antara skandal seks dan skandal rampasan kuasa

Fahri Abdullah al-MasriSatu hal yang mesti kita ingat dan jangan lupakan sampai bila-bila, ialah Umno parti politik. Dan orang-orang yang mengemudikan parti itu sentiasa dahagakan kuasa. Ia parti yang kununnya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Kununnya begitulah!IklanTetapi, kalau orang-orang parti itu berjuang demi agama, dah lama industri judi, arak dan pelacuran di negara kita ini menjadi malap, suram dan akhirnya termansuhlah sudah.Jadi.. perjuangan alif, ba, ta (agama, bangsa dan tanahair) itu nampak tetap kekal sebagai slogan dan seruan sifar. Tiada maknanya. Biar yang mengemudikan parti itu cucu mufti, wali, bergaul pula dengan Syeikh Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi, namun hal itu bukanlah menjamin bahawa agama Islam tertegak di atas pundak mereka.Sekadar contoh, 'mendalamnya'...

Ahad, 15 Februari 2009

Polis halang program 'Jom Sertai PAS'!

Bashir IshakSat | Feb 14, 09 | 5:17:36 pm MYTTerkini: | ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.Antara pimpinan PAS yang hadir dala program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, beberapa anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang...

Kelab Penyokong BN (PDRM) Halang Program Pemuda PAS Kedah

15 February 2009Pemuda PAS KEDAH Dihalau Dari Rumah Sendirioleh Pemuda PAS JerlunPetang kelmarin Sabtu:14/02/2009, Keadaan di Pekan Alor Setar kelihatannya dalam suasana Sejahtera.Pemuda Pas Negeri Kedah Sejak dari semalam bertungkus-lumus bekerja membuat persiapan Program Jom Sertai Pas,berhadapan Pekan Rabu, Alor Setar.Khemah dinaikkan, Kerusi diatur, Pembesar suara dipasang, Banner dan streamer digantung memenuhi kawasan tersebut dengan jiwa yang penuh semangat untuk melancarkan Kempen JOM SERTAI PAS peringkat Negeri kedah.Petugas SPR pun dijemput untuk membuka kaunter pendaftaran Pemilih , yang kelihatannya mendapat sambutan oleh anak-anak muda yang bersemangat baru hendak mengundi dalam Pilihanraya.Kelab Penyokong PAS juga membuka kaunter untuk menerima keahlian baru. Petugasnya dari...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons