Sabtu, 5 Julai 2008

Sejarah akan berulang.

Oleh YB Dr Mohd HayatiAna tak mau kata apalah pasal polis report Saiful dan akuan besumpah Bala tu. Cuma biar kita serahkan kepada polis buat siasatan dan buat keputusan. Cuma yang jadi masalahnya adalah ketua polis dan peguam negara pun dah kena dibuat report polis terhadap mereka, buat kelentong masa kes 10 tahun dulu, alah masa sibuk usung tilam tu la. Sapa yang tak kenal yang usung tilam tu.Masa Dr M jadi PM la. Harap PM yang la ni tegas sikit suruh polis siasat tengok kedua-dua suasana ini, jangan bila yang RPK buat kata tak betul dan perlu masuk tong sampah, yang Saiful buat kata polis perlu siasat sampai keakar umbi dan yang bala buat kata semua fitnah. Itulah sebabnya Islam dah sebut awal-awal ni dalam surah annur...

Tahniah

Alhamdulillah, Tahniah Kerajaan Kedah Sungai Petani: 4 Julai - Alhamdulillah, itu saja ucapan yang mampu diucapkan apabila kali pertama terpandang sebuah billboard baru di hadapan Kompleks SP Plaza di sini petang tadi. Kenalkah wajah siapa yang dipamerkan pada billboard di atas. Tidak lain dan tidak bukan itulah imej terbaru Cik Farah Fauzana, penyampai radio terhangat di Malaysia. Imej menutup aurat personaliti wanita terkenal itu turut diperlengkap lagi dengan tulisan jawi pada papan iklan tersebut.Apa pun tahniah diucapkan kepada pengiklan, MPSPK dan kerajaan negeri Kedah yang memberi satu lagi kebanggaan kepada pengundi Pakatan Raky...

Bantulah Mangsa ISA - Bebaskanlah Mereka Wahai pakLAH

Koleksi Gambar: Sekitar majlis pengebumian anak tahanan ISA Unit Foto Harakah Fri | Jul 04, 08 | 8:43:28 pm MYT Anak tahanan ISA, Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi. Sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat. !-- --> Anda melayari gambar ini dari artikel:Koleksi Gambar: Sekitar majlis pengebumian anak tahanan ISA" alt="Anda melayari gambar ini dari artikel: Koleksi Gambar: Sekitar majlis pengebumian anak tahanan ISA" target="_blank">Anda...

Pemuda PAS Selangor nafi laporan Utusan Malaysia

Pemuda PAS Selangor nafi laporan Utusan Malaysia Saidah Hairan Sat | Jul 05, 08 | 5:28:27 pm MYT KUALA LUMPUR, 5 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan kenyataan merestui atau tunduk kepada kehendak pihak tertentu mengundang artis ratu rock, Ella dan ratu dangdut, Mas Idayu dalam konsert malam Ahad ini. !-- --> Ketua Penerangannya, Sani Hamizan berkata, Dewan Pemuda Selangor menyangkal sama sekali laporan media khususnya Utusan Malaysia, 5 Julai (Pemuda PAS akur kehadiran Ella, Mas Idayu). "Kami akan tetap meneruskan bantahan dengan mengedarkan risalah berhubung gejala sosial di hadapan stadium Shah Alam sebagai tanda bantahan kami," tegasnya. Sebelum ini...

Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini, 10 pagi

Anis Nazri Fri | Jul 04, 08 | 4:23:03 pm MYT KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. !-- -->Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini jam 10.00 pagi dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar. Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat...

Isnin, 30 Jun 2008

Kerajaan Kedah terbit Dinar dan Dirham Mu'adzam Shah

Izwan Abdul Halim Mon | Jun 30, 08 | 3:23:41 pm MYT ALOR STAR, 30 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama IGDX Holdings Limited telah menerbitkan dinar emas dan dirham perak sempena Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah yang akan disambut pada 15 Julai depan. !-- --> Sebagai perasmian kepada penerbitan dinar emas dan dirham perak tersebut juga, satu majlis pelancaran syiling peringatan khas 'Dinar dan Dirham Mu'adzam Shah' telah diadakan di sini kelmarin yang disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah. Dato' Seri Tuanku Puteri Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Pengerusi Eksekutif K-The Gold Sdn. Bhd. dalam ucapannya pada majlis tersebut menjelaskan bahawa rakyat jelata berpeluang mendapatkan...

MB ingatkan ahli majlis PBT tentang kepentingan budi bicara

Izwan Abdul Halim Mon | Jun 30, 08 | 3:40:37 pm MYT LANGKAWI, 30 Jun (Hrkh) - Intelektual, budi bicara dan kesediaan menyediakan pengurusan yang berkesan melalui kefahaman isu masyarakat setempat dan mesyuarat amat penting dalam mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik. !-- --> Demikian antara inti pati yang ditegaskan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak pada ucapannya sempena Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Dan Pentadbiran Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Bagi Penggal 2008-2009 di Hotel Bayview di sini malam semalam. "Hari ini isu semasa cukup banyak dan pantas berubah sementara Ahli Majlis pula berada dalam isu. "Isu maksud saya perkara-perkara yang menjadi tumpuan masalah di kalangan rakyat....

Tuduhan liwat Anwar untuk tutup kelemahan BN

Suhaimi Taib Mon | Jun 30, 08 | 1:00:57 pm MYT Dakwaan salah laku seks yang sama (liwat) sekali lagi diulangi ke atas mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kredibiliti Anwar difitnah lagi dengan dakwaan yang cukup tidak patut semata-mata untuk menjatuhkan karier politik beliau dalam waktu terdekat ini. !-- --> Ini kerana di saat ini Barisan Nasional (BN) sedang gawat menghadapi kemelut pertelingkahan dalaman antara pemimpin BN Sabah dan Semenanjung. Ia terserlah dengan insiden perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz, berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, terus berlarutan. Selepas melabelkan...

Jaminan keselamatan Anwar - Wan Azizah mahu jumpa PM

Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin Tue | Jul 01, 08 | 1:45:48 am MYT KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Ketau Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutus surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. !-- --> Wan Azizah mewakili pemimpin Pakatan Rakyat menghantar surat rasmi untuk memohon pertemuan dengan Abdullah berhubung soal keselamatan dan pertuduhan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. Surat tersebut telah diterima oleh Pejabat Perdana Menteri pada jam 3:15 petang tadi. Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail menegaskan, Pakatan Rakyat memerlukan PM memberikan jaminan...

POLISI 100 HARI PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH

1. POLISI TIADA PERUBAHAN DRASTIK 1. Tidak melakukan pemeatan atau pertukaran politik seperti digembar-gemburkan oleh pihak tertentu. 2. Pegawai Kerajaan diminta mematuhi prinsip dan etika sebagai kakitangan awam yang berkhidmat untuk kepentingan rakyat tetapi bebas memilih fahaman politik mereka diluar waktu kerja. 3. Tadika Kemas tidak diarah berpindah walaupun menggunakan premis kerajaaan negeri. 4. Peranan Penghulu yang sewaktu BN dahulu diambilalih oleh JKKK, kini dikembalikan hak mereka.2. MENYUSUN DAN MENGUKUHKAN PENTADBIRAN SERTA MEMBINA KEYAKINAN DIKALANGAN PEGAWAI TADBIR DAN RAKYAT 1. Mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada KCS dan pegawai tadbir Persekutuan. 2. Memperkasakan lagi institusi penghulu 3. Menteri Besar menyatakan...

29 June 2008 Sunyi senyap Kedah sebenarnya berisi Oleh Bashir IsmailThu | Jun 26, 08 | 10:24:26 pm MYTSejak mengambil alih-pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerajaan baru yang diterajui PAS telah berjaya melaksanakan perubahan-perubahan mengikut keadaan semasa mahupun yang telah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.Bagaimanapun selepas 100 hari, Kedah yang dipimpin Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak tidak membuat banyak perubahan drastik sesuai dengan keadaan kepimpinan baru dan keadaan semasa yang memerlukan ruang yang lebih untuk memahami selok-belok pentadbiran negeri.Namun begitu, Ustaz Azizan dan barisan Exco kerajaan negeri mampu menjalankan amanah dengan baik. Ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebagai wakil rakyat sejak tahun...

29 June 2008 Kenyataan Media DSAI dari Kedutaan Turki gambar yang dirakamkan di Hotel Quality sebelom ke kedutaanJUN 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIASaya mengeluarkan kenyataan ini dari Kedutaan Republik Turki di Kuala Lumpur. Saya dihantar ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana menyedari nyawa saya di dalam bahaya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan di saat yang memerlukan dan saya terhutang budi kepada Duta Turki di sini atas kesediaan beliau untuk menerima saya.Semenjak dari pilihanraya 8hb Mac, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati saya bahawa terdapat agen-agen kepimpinan Barisan Nasional telah pun memulakan plot untuk mencederakan saya,...

Victor berang dakwaan tak berasas terhadap Kedah

30 June 2008 (admin : disertakan video sekali cakap2 pihak tersebut)"KAMI main bukan kerana wang tetapi untuk menang." Itu ketegasan yang disuarakan kapten, Victor Andrag selepas barisan Kedah didakwa sengaja mempamerkan aksi hambar pada saingan Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur Jumaat lalu.Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Kedah.Tuduhan liar itu didakwa sengaja dilemparkan sesetengah pihak selepas mendapati skuad Kedah belum mendapat wang imbuhan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hasil kejayaan mereka menjuarai Piala FA lalu.Menurut Victor, tuduhan tidak berasas itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin mensabotaj kejayaan...

Usah percayakan 'khabar angin', fitnah saya - Ustaz Nasharudin

Awang Harun Sun | Jun 29, 08 | 5:10:44 pm MYT KUALA NERUS, 29 Jun (Hrkh)- Rakyat umumnya diingat agar tidak terlalu cepat memberi 'respons' dan mempercayai sebarang bentuk berita 'khabar angin' yang belum tentu ketepatannya bagi mengelakkan salah faham. !-- -->Ini kerana, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha serta perancangan jahat pihak tertentu bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengingat ahli serta penyokong PAS agar tidak terlalu cepat respon dan mempercayai berita berbentuk khabar angin. Katanya, terdapat usaha-usaha pihak tertentu dibuat melalui media yang mahu memecah-belahkan Pakatan Rakyat. "Sekarang ini nampaknya, ada...

Kontijen Pasti meriahkan sambutan Tahun Melawat Kelantan

Kontijen Pasti meriahkan sambutan Tahun Melawat Kelantan Salmah Mat Husain Sun | Jun 29, 08 | 7:26:12 pm MYT KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Seramai 600 anak-anak Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) dari seluruh negara berkampung di sini sejak Jumaat lalu bagi menyertai Sukan Pasti Malaysia. !-- -->Kanak-kanak Pasti yang menyertai sukan tahunan itu termasuk datang dari Sabah dan Sarawak. Program itu diadakan di Padang Perdana Kota Bharu selama dua hari. Acara yang pertandingkan iaitu bola jaring dan bola sepak. Kelantan diberi penghormatan dua tahun berturut-turut sebagai tuan rumah sukan tersebut. Bagaimanapun tahun hadapan Selangor pula dipilih sebagai tuan...

Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya

Liwat: Usaha terancang sekat kemaraan Pakatan kuasai Putrajaya Salmah Mat Husain Sun | Jun 29, 08 | 6:41:08 pm MYT KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini. !-- --> Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya. "Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut,"...

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi Harakahdaily Mon | Jun 30, 08 | 6:38:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. !-- --> Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons