Selasa, 4 September 2012

Blog Umno berebut spekulasi kedudukan MB kedah

Spekulasi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya. Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti. Difahamkan, pemimpin PAS Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan. Sebuah laman blog pro-Umno (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin PAS yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog juga pro-Umno (Unit Media Kedah) melaporkan...

Jelajah Merdeka di Alor Setar

Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star  dipenuhi dengan lautan manusia. Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.  ...

Ahli Perkasa Bertindak Ganas

Oleh : HarakahDaily ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan...

UMNO buta sejarah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu. Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu."Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh....

Rumah Terbuka PAS Kedah

Oleh : HATI WAJA Aduhai..terkebil-kebil HW lihat kehadiran dan sambutan masyarakat sempena Rumah Terbuka PAS  Kedah sampai HW sendiri tak sempat nak makan.... Jamuan bermula selepas solat Zohor tapi seawal 12 tengahari..dah ramai pengunjung memenuhi dataran serta dewan Kompleks PAS Kedah.. Ok..kita pakat tengok sendiri...antara memori yang sempat HW rakamkan....heheheheh...cuma nak peringat..yang mai ni..tak kira..tua muda...satu sen pun tak dibayar.....mai dengan duit sendiri..... Pesuruhjaya PAS Kedah, yang juga MB Kedah..pun mai sama.....jangan sapa dok buat cerita dia dah uzuq sangat sampai tak boleh bangun.... ...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons