Selasa, 4 Januari 2011

Akibat Ghairah Cari Publisiti


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera ke atas Ketua Pemuda BN Kedah, Badrul Hisham Hashim ekoran tindakannya mendedahkan beberapa butiran aduan kepada pihak media.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkata, sebarang butiran, isu dan dokumen yang dikemukakan sewaktu aduan dibuat kepada SPRM tidak boleh didedahkan ke pengetahuan umum melalui media selaras Akta SPRM 2009 di bawah Seksyen 29(4) akta tersebut.

Jelasnya, tindakan mendedahkan butiran berkenaan boleh dikenakan penalti am di bawah Seksyen 69 akta tersebut yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun.

“Pemuda PAS Kedah memandang serius tindakan Badrul Hisham yang telah melanggar akta tersebut akibat keghairahan beliau mencari publisiti politik.

“Beliau seolah-olah telah mempergunakan SPRM untuk mencemarkan nama baik pihak yang dituduh dalam laporan beliau,” ujar Ahmad di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 4 Januari lalu.

Ketua Pemuda BN itu sehari sebelumnya telah membuat laporan kepada SPRM mendakwa wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil.




SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons