
Sabtu, Julai 11, 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments

Wan Nordin Wan YaacobSat | Jul 11, 09 | 6:34:50 am MYTTANPA disangka, kedatangan krew Harakah ke Kedah yang tidak dirancang, disambut mesra Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak meskipun hanya membuat temu janji saat akhir. Misi utama adalah untuk mendapatkan ulasan mengenai isu-isu kontroversi membabitkan kerajaan negeri. Seawal jam 7.00 pagi, kami sudah berada di hadapan kediaman Ustaz Azizan di Sungai Limau dengan harapan dapat bertemunya.Ustaz Azizan tersenyum mesra menyambut kehadiran kami di muka pintu rumahnya, dan tanpa berlengah menjemput kami masuk untuk turut serta bersarapan.Markas PAS Jerai"Yeh, pi beli sat mi ka, nasi lemak ka, kueh-kueh manis sikit, nak jamu depa ni," ujar Ustaz Azizan kepada pembantu beliau...