Sabtu, 15 November 2008

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

MalaysiakiniTony Thien | Nov 15, 08 10:25pmKira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.gabriel adit and keadilan pkrBorang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.anwar visit sibu 151108 crowdAdit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk...

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar hari ini

MalaysiakiniAbdul Rahim Sabri | Nov 15, 08 6:16pmDewan Pemuda PAS Pusat (DPP) melancarkan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) yang disempurnakan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub di ibu pejabat PAS petang tadi.Kelab ini diletakkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional DPP yang dipengerusikan oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil.Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua DPP, Nasrudin Hasan; Setiausaha DPP, Ahmad Sabki Yusuf dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja KPMP, Vincent Lee.Kira-kira 50 orang termasuk ahli, orang ramai dan para wartawan menghadiri majlis perasmian tersebut yang turut diringi dengan tarian Singa dan paluan gendang India.salahuddin ayub 01Dalam ucapan perasmian, Salahudin menjelaskan objektif utama penubuhan kelab itu ialah untuk menjadi pemangkin kepada anak muda berdepan dengan...

KENALI BUAH NAM-NAM

...

AKADEMI PEWARISAN PAS ANJURAN DPP PADANG SERAI

Sebarang pertanyaan sila hubungi:-Dr Nazil: 0139322542Ridzuan: 0134664660Shaharani:0134808366“PROGRAM PEWARISAN PAS”(Siri ke-3)JABATAN PEMBANGUNAN PELAJAR (JPP)DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG SERAI______________________________________________________________________________________________________‘DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI’1.0 PENGENALAN’Akademi Pewarisan PAS’ merupakan cetusan idea daripada program Program pewarisan pas yang diadakan pada 7 & 8 Disember 2007 yang lalu. Akademi ini bermatlamatkan kepada pengkaderan yang menjadi pokok kepada penjanaan ahli yang seimbang didalam jemaah (PAS). 2.0 OBJEKTIF PROGRAMDi antara objektif ‘Akademi Pewarisan PASi’ adalah:2.1 Mengumpulkan kembali kesemua peserta yang hadir dalam ’Program Pewarisan PAS’ yang lalu.2.2...

Sidang Akhbar MB berkaitan isu DAP nak ugut keluar Pakatan Rakyat

Sidang Akhbar Oleh MBOleh: AMELIA HASHIMALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasarbaru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan."Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagimembolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata MenteriBesar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulassoalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yangmendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan..Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangormengeluarkan kenyataan begitu....

Kenyataan Media Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC)

KELAB PENYOKONG HIJAUKUNING (0163052)HKC KECEWA SANDIWARA OTHMAN AZIZMerujuk kepada tindakan bekas Pengurus Pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz menarik kembali perletakkan jawatannya, pihak Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) menganggap ia sebagai satu sandiwara yang cukup memualkan.HKC hairan dengan pengumuman Datuk Othman Aziz kerana HKC difahamkan kontrak Datuk Othman Aziz sudah pun tamat setelah tamat pertandingan yang melibatkan pasukan Kedah dan bukannya sehingga 2009 seperti yang didakwa.Justeru bagaimana Datuk Othman Aziz boleh mendakwa dirinya meletak jawatan dari menjadi Pengurus pasukan Kedah dan kemudiannya menarik balik perletakkan jawatannya? Sudah pasti Datuk Othman Aziz mempunyai agenda yang tersirat.HKC berharap pihak pihak yang...

Kontroversi kuota rumah di Kedah selesai - Lim Kit Siang

Nov 14, 08 6:02pm - malaysiakiniKontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera di Kedah telah selesai, kata pemimpin DAP, Lim Kit Siang."Saya telah membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen semalam dan saya difahamkan bahawa tiada perubahan dalam peratusan kuota perumahan di negeri itu."Diharapkan, perkara ini boleh diperjelas dan diselesaikan tanpa memanjangkan lagi kontroversi tersebut" tambahnya dalam satu kenyataan.Lim juga berkata beliau bersedia untuk menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Alor Star berhubung perkara itu.Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedah telah meningkatkan kuota tersebut dari 30 peratus kepada 50 peratus, berkuatkuasa 1 September lalu bagi projek perumahan baru di negeri itu.Azizan...

Kontroversi kuota rumah di Kedah selesai - Lim Kit Siang

Nov 14, 08 6:02pm - malaysiakiniKontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera di Kedah telah selesai, kata pemimpin DAP, Lim Kit Siang."Saya telah membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen semalam dan saya difahamkan bahawa tiada perubahan dalam peratusan kuota perumahan di negeri itu."Diharapkan, perkara ini boleh diperjelas dan diselesaikan tanpa memanjangkan lagi kontroversi tersebut" tambahnya dalam satu kenyataan.Lim juga berkata beliau bersedia untuk menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Alor Star berhubung perkara itu.Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat di kedah telah meningkatkan kuota tersebut dari 30 peratus kepada 50 peratus, berkuatkuasa 1 September lalu bagi projek perumahan baru di negeri itu.Azizan...

Biadabnya Jamaluddin Jarjis - Ala Samseng

Oleh PahangdailyKERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang.Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.Menurutnya selepas selesai mengimami...

Khamis, 13 November 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR

Alor StarDewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan hari ini. Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dalam semua peperiksaan seterusnya. DPNK juga mengahrapkan agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi mesti juga cemerlang dalam dalam akhlak dan mempunyai keperibadian yang mul...

IHTIFAL SRIDU KE 20 MERIAH

Alor Star, 13 OktoberMajlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) kali ke 20 berlangsung dengan meriah. antara program yang diatur ialah Ceramah Perdana pada 12 Nov bertempat di Dataran SRIDU . Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Ust. Musoddak Hj Ahmad, Ketua Pemuda Pas Kedah dan Ust. Mohamad Fauze Husin, Pengerusi SRIDU. Dato' Dr Harun Din dalam ceramah beliau menekankan tentang pentingnya pendidikan Islam kepada anak-anak . Pendidikan Islam yang sempurna akan membentuk satu generasi yang baik yang bakal memimpin masyarakat.Sementara Majlis penyampaian anugerah cemerlang telah diadakan pada pagi tadi, 13 Nov di Dewan SRIDU. Majlis telah diserikan dengan kehadiran To' Puan Hajjah Faekah Sheikh Hamzah , pengerusi Persatuan Isteri...

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN KUALA KEDAH 2008

DI KOMPLEKS PAS KEDAH,Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah melangsungkan Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Kuala Kedah pada 13 Nov di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah. Majlis yang bermula jam 3.00 petang telah dihadiri oleh ratus pelajar dan waris pelajar PASTI dari kawasan Kuala Kedah.Majlis telah dirasmikan oleh YB Ust Ahmad Izzat Shauki, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang juga ADUN Bukit La...

Selasa, 11 November 2008

Azizi Menulis - Plastik, Sampah dan Kerajaan Tempatan

Kedah memiliki keluasan 9,426 Km persegi dengan rakyatnya kini 1,778.188 juta (1.8 juta tahun 2003). Kepadatan penduduk dikatakan 188.7/Km persegi.Majoriti dari 1.7 juta inilah yang membentuk kerajaan baru walaupun tidak semua Dewan Undangan Negeri dapat ditawan.Apapun apabila kerajaan baru terbentuk, ia adalah hasil dari penentuan rakyat, dengan ertikata lain, rakyatlah yang mahukan perubahan. Yang demikian kerajaan baru mestilah bersedia menghadapi perubahan yang dikehendaki rakyat.Alhamdulillah sejak 8 Mac yang lalu hingga kini, lebih dari 200 hari, Kedah nampaknya berjalan lancar di bawah Menteri Besarnya, Dato'' Seri Azizan Abdul Razak.Di antara fotfolio sesebuah kerajaan yang menjadi tumpuan rakyat ialah fotfolio Kerajaan Tempatan, di bawah tanggungjawab Exco Kerajaan Tempatan. Ia sebagai...

MASAYARAKAT SIAM AKAN TERUS DAPAT PEMBELAAN

Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR, 10 November: Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak diminta menyelesaikan masalah masyarakat Siam di negeri ini yang menghadapi masalah dalam mendapatkan sijil Siam iaitu Sijil Pertanian.Presiden Persatuan Siam Malaysia, YB. Senator Siw Chun a/p Eam berkata, masyarakat Siam menghadapi masalah untuk mendapatkan sijil berkenaan di mana mereka hendak memiliki tanah nenek moyang mereka.“Kita tidak menghadapi masalah sekiranya tanah yang dimiliki orang Siam dijual kepada orang Melayu tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah apabila orang Melayu hendak jual tanah itu kembali kepada orang Siam,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan khas antara...

MInda Editor - Polisi Baru perumahan bukan isu perkauman

WARTADARULAMAN DAILY Tuesday, November 11, 2008TEMPAT BERTEDUH adalah merupakan keperluan asasi setiap manusia. Menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat memiliki rumah sebagai tempat berteduh.Malangnya, masih terdapat ramai rakyat negeri ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, terutamanya kaum Bumiputera. Antaranya disebabkan oleh polisi kuota perumahan yang diwujudkan sebelum ini, memperuntukkan 30 peratus sebagai kuota yang wajib disediakan oleh pihak pemaju untuk Bumiputera. Alasannya Bumiputera tidak mampu memilikinya, walhal setiap kali iklan rumah dikeluarkan semua tempahan (sekalipun untuk kuota Bumiputera) sudah 'habis' ditempah jika rumah tersebut dari kategori sederhana.Dalam satu situasi yang lain pihak pemaju terlalu ghairah membina rumah...

Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000

Roy RasulTue | Nov 11, 08 | 3:55:36 pm MYTKUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain -...

PJ Perlis angkat sumpah sebagai Adun Sanglang

Bashir IshakTue | Nov 11, 08 | 3:21:07 pm MYTKANGAR, 11 Nov (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) secara rasminya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas majlis mengangkat sumpah pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis (DUN) Yang Kedua Belas pagi tadi.Majlis tersebut diadakan di hadapan Speaker DUN Perlis, Dato' Yazid Mat selepas permahsyuran dewan oleh beliau kira-kira jam 9.15 pagi tadi.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ustaz Hashim sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang, bagaimanapun berlaku kesilapan di mana calon Barisan Nasional, Abdullah Hassan yang diisytiharkan sebagai pemenang.Bagaimanapun Ustaz Hashim telah mengemukakan petisyen dan pada 18 Jun Mahkamah Pilihanraya memutuskan kerusi Dun...

Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong

Muhammad Yusri AminTue | Nov 11, 08 | 9:03:30 pm MYTTUMPAT, 11 Nov (Hrkh) - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.Tuan...

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

Tazkirah Kiriman Ustaz Haji Idris bin Haji AhmadSewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Samatelah lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialahMuraqabah dengan Allah SWTSemua di kalangan anggota parti mesti melakukan...

Isnin, 10 November 2008

Madrasah Yayasan Al Khariah, Kupang mohon bantuan orang ramai

Mohd Sabri SaidMon | Nov 10, 08 | 4:18:40 pm MYTKUPANG, KEDAH, 10 Nov (Hrkh) - Untuk meneruskan matlamat pengasas Madrasah Al-Khariah, Kampung Pisang, Kupang, Tuan Guru Haji Yahya Toha pada tahun 1938 bukan mudah seperti yang disangkakan.Sebaliknya sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khariah terpaksa mengharungi onak duri atau ranjau sepanjang zaman sehinggalah kini terutamanya melalui zaman getir apabila Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengiystiharkan penarikan balik bantuan perkapita terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dianggap menjadi sarang ektrimis Islam.Pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Haji Othman Haji Yahya Toha ketika ditemu bual Harakahdaily baru-baru ini tidak menafikan melalui zaman sukar di awal era melinium tetapi...

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM, Gambar Oleh : ADI MADILAH KULIM, 5 November: Kedah terus berjaya dalam usaha menarik pelabur luar untuk menanam modal di sini. Terkini perjanjian pajakan antara Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan Fuji Electric (M) Sdn Bhd (FEM), subsidiari syarikat yang berpengkalan di Jepun, telah ditandatangani.Majlis menandatangani perjanjian tersebut diadakan di Pusat Perniagaan KHTP yang disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Pelaburan, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah. KHTP diwakili oleh presidennya, Tuan Haji Muhamad Sobri Osman, manakala FEM diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk K. Katarao.Sebagai sebuah syarikat antarabangsa, FEM telah bersetuju...

PEMAIN MUDA DITURUN UNTUK SKUAD LIGA SUPEROleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR, 6 November: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menurunkan barisan muda dalam skuad Liga Super bagi musim depan.Setiausaha Kehormat KFA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Keseniaan, Warisan dan Kebudayaan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, pemilihan barisan pemain muda bagi musim depan dilihat sebagai satu formula baru."Formula ini adalah gandingan daripada pasukan sedia ada dengan pemain baru yang muda dan pantas agar mereka dapat mempamerkan aksi yang lebih lincah ketika beraksi di padang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain bagi Skuad Liga Super Musim 2009 di Bilik Gerakan,...

MB tidak setuju caj bagasi

oleh SinarHarianPANTAI TENGAH - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menyokong caj bagasi yang dikenakan oleh pengusaha feri ke atas penumpang.Katanya, perkara itu tidak diketahui dan akan menunggu laporan penuh daripada Exco berkenaan untuk dibincangkan.“Kenapa nak bebankan penumpang, kerajaan sudah bagi subsidi. Harga minyak turun, kenapa nak kenakan caj bagasi kalau ada cadangan biarlah beralasan.“Saya tidak akan setuju dengan sebarang cadangan yang membebankan rakyat, tambang dari Langkawi ke Kuala Kedah RM23 dan Langkawi ke Kuala Perlis RM18, kalau caj bagasi dikenakan, macam mana orang nak datang ke Langkawi,” katanya.Beliau berkata, caj itu akan membebankan terutama keluarga yang mempunyai ramai anggota dan penduduk Langkawi yang kerap berulang alik ke Kuala Kedah serta...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons