Khamis, 22 Oktober 2009

SUARA AHLI PARLIMEN MUDA MEMBELA NASIB PENOREH GETAH

www.nasirzakaria.com YB Nasir Zakaria,Ketua Penerangan DPPNK Demi Penoreh Getah Hari pertama sidang, kali ini tanpa disangka saya berpeluang membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sudah lama saya ingin bercakap isu ini. Isu rakyat kawasanku yang tercinta Padang Terap. Saya dilahirkan dalam keluarga penoreh getah, ibu dan bapa saya penoreh, saya mengasuh adik kedua saya yang sekarang adalah seorang jurutera di dalam kebun getah milik orang dan saya menoreh sehingga saya menjejaki menara gading Ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan 1. Rakyat yang memiliki...

Universiti Malaya Perlu Lebih Toleran

YB Nasir Zakaria , Ketua Penerangan DPPNK Saya mendapat respon bertalu-talu daripada pelbagai pihak apabila posting saya bertajuk 'Tindakan Terhadap Mahasiswa: Alahai Um' berlegar. Malah kami beberapa ahli parlimen daripada pembangkang baik daripada kerajaan ditanya pelbagai pihak apa yang berlaku di UM dan apa yang akan terus berlaku kepada universiti yang berprestij itu. Saya menyatakan kekesalan dan merasa pelik dengan situasi terkini yang berlaku selepas AUKU dipinda dan dibahaskan secara panjang lebar di dalam parlimen bagi sesi yang lepas. Kebimbangan bahawa AUKU yang dipinda adalah lebih mencengkam dan akan lebih memandulkan kreativiti mahasiswa seperti terdapat dalam perbahasan panjang saya nampaknya mula menjadi kenyataan. Jaminan...

4 Pegawai & kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah ditahan bersama wang beratus ribu ringgit

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.   “Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM. SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut. Mereka kini ditahan reman selama empat...

Rabu, 21 Oktober 2009

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL HIJRAH RAYU SUMBANGAN

 SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL HIJRAH Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 Sept.2001 di Kampung Hijrah @ Lalang Rimau, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan pengajian prasekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi. Mempunyai 5 tenaga pengajar, 67 orang murid. Pengajarannya menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan JAKIM. SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah yang menempatkan sebuah pejabat, 3 bilik darjah dan 2 bilik air. Kelas yang sedia ada telah penuh digunakan untuk 2 kelas Pra sekolah dan 1 kelas tahun 1. Pada tahun hadapan (2010) pihak pengurusan SRIDAH terpaksa membina...

DPP SUNGAI PETANI SERAH SUMBANGAN TABUNG KEBAKARAN SAIF

Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 2400  kepada Tabung Kebakaran Sekolah Integrasi Faizin. Sumbangan adalah hasil kutipan  yang diusahakan  oleh DPP kawasan Sungai Petani itu telah diserahkan oleh Sdr Khairun Nizar Ismail, Timbalan Ketua Pemuda Sungai Petani kepada Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah  di Alor Setar  petang kelmarin. Turut menyaksikan penyerahan itu Ust Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK merangkap Timbalan Pengerusi Sekolah Integrasi Faizin. Pihak sekolah masih mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830. Sdr Khairun Nizar serah...

Selasa, 20 Oktober 2009

TAKZIAH KEPADA SIFUL IZHAM KETUA AMK KEDAH ATAS PEMERGIAN IBU BELIAU KE RAHMATULLAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkam ucapan takziah kepada Sdr Saiful Izham Ramli, Ketua AMK Kedah di atas pemergian ibunya ke rahmatullah kelmarin. Semoga Beliau bersabar di atas kehilangan bonda yang tersayang.Mereka disambut oleh abang sulung Saiful. Turut bersama Cikgu Azman Nasruddin Timbalan AMK Kedah. Kelmarin Setiausaha DPPNK bersama Ust Musoddak Hj Ahmad Bekas , Ketua Pemuda DPPNK serta beberapa orang Exco telah menziarahi jenazah ibunya di Taman Peruda Sungai Peta...

Isnin, 19 Oktober 2009

KEM BINA SAHSIAH 2009 AKAN BERMULA DISEMBER INI

KEM BINA SAHSIAH 2009 Kem Bina Sahsiah (KBS) 2009 akan bermula pada 1 hingga 21 Disember ini bertempat di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Kem ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan kendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat Kem Bina Sahsiah . Program ini diletakkan dibawah Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah dibawah YB Dr. Ismail bin Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Kem ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1991 hingga 1994 ( 15-18 Tahun). Yuran Penyertaan yang dikenakan sebanyak RM150.00. Penerimaan penyertaan berdasar peserta yang membuat pendaftaran awal dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat. Perlaksanaan kem ini melibatkan tiga fasa selama 3 minggu. FASA 1- Pengenalan asas peserta dan pembinaan sahsiah diri FASA...

Ahad, 18 Oktober 2009

Memanfaatkan Perjuangan

Hj Aris Awang, Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my KOTA SIPUTEH: Perjuangan PAS belum benar-benar mencapai kemenangan sebaliknya kejayaan pada hari ini hanyalah satu 'kemenangan struktur', demikian pandangan Mantan Ketua Pemuda PAS Kedah, Aris Awang. Ujarnya, ukuran pencapaian kepada perjuangan ini disandarkan beliau berdasarkan tujuan dan usaha-usaha PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS. Menurut Perlembagaan PAS, tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons