Izwan Abdul Halim Fri | Jun 20, 08 | 11:07:02 am MYT ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Atas dasar keprihatinan, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak tengah hari semalam melawat Sekolah Kebangsaan Suka Menanti yang terbakar biarpun dikatakan wujud larangan supaya Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat daripada memasuki premis sekolah. !-- --> Malah ada cakap-cakap mengatakan wujud juga larangan gambar beliau digantung di sekolah-sekolah. Jelas kelihatan juga, para guru dan kakitangan sekolah seakan bimbang untuk mendekati beliau. Masing-masing sekadar memerhatian daripada jauh, hanya Guru Besar, Kasim Ali yang seolah-olah terpaksa menyambut kehadiran beliau. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam tadi, sebuah bilik pejabat, bilik mesyuarat,...