Rabu, 4 November 2009

PENINGKATAN HASIL HUTAN 205% : TAHNIAH USTAZ AZIZAN

Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 bagi negeri Kedah Darulaman. Laporan audit bagi tahun pertama pemerintahan Ustaz Azizan amat penting sebagai pembakar semangat kepada tahun-tahun seterusnya. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf dasar jimat cermat Kerajaan Ustaz Azizan. Laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisma kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan kerajaan negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau saksama ataua sebaliknya. Ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak. Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenalpasti ketirisan atau rasuah yang berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku...

DPPNK SERAH SUMBANGAN KEPADA SDR FUAD UNIT AMAL

Petang kelmarin Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Mohd Rosli Azmi telah menziarahi rumah Sdr Fuad Md Lazim yang mengalami kerosakan dibahagian dapur. Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sebanyak Rm 500. Sejak berita ini disiarkan beberapa pihak telah tampil memberi bantuan samada berbentuk wang ringgit dan juga bahan binaan. DPPNK mengharapkan agar ramai lagi pihak yang sudi membantu supaya beliau dapat membina rumah yang lebih   selesa. Sebelum ini beliau banyak mengorbankan masa untuk membantu orang ramai yang memerlukan bantuan. Sekarang tiba pula masa beliau untuk dibantu. Beliau boleh dihubungi di alamat:- Sdr. Mohd Fuad bin Md. Lazim No. 96A, KM 4, Jalan Putra, Kg.Mergong,...

Selasa, 3 November 2009

KOSMO! AKAN HADAPI TINDAKAN MAHKAMAH

                        Ust Ibrahim Libya Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Kegagalan pihak pengurusan akhbar Kosmo! menarik semula dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan, berikutan penyiaran artikel yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat dalam cetakkannya 26 Oktober lalu bakal berhadapan bantahan berterusan serta tindakan undang-undang. Menurut Pengerusi Madrasah Islahiah Diniah(MID) Memali, Senator Muhamad Yusuf Husin, beliau telah menghubungi sendiri penulis terbabit pada hari terbitan yang sama menuntut permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut. Jelas beliau, penulis dan pihak Kosmo! diberi tempoh selama tiga hari dari tarikh...

Isnin, 2 November 2009

RUMAH TIMBALAN PENGARAH UNIT AMAL NEGERI KEDAH RUNTUH KENA RIBUT

MOHD FUAD BERUNIFORM UNIT AMAL KETIKA MENGEDAR BUBUR LAMBUK RAMADAHAN LEPAS Dapur rumah Sdr. Mohd Fuad Mad Lazim , Timbalan Pengarah Unit Amal Negeri Kedah runtuh semalam kerana dipukul ribut semalam. Beliau yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Jambori Amal Pusat di Selangor dimaklumnkan tentang kejadian tersebut oleh ahli keluarganya. Rumah kayu itu yang sebelum ini memang agak uzur memerlukan pembaikan segera bagi keselesaan keluarga beliau. Kos pembaikan rumah tersebut dianggarkan RM3000.00. Kepada para dermawan dirayu untuk sama-sama membantu meringankan beban beliau. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada beliau seperti akaun berikut:- MOHD FUAD BIN MD LAZIM 02011020776477 (BIMB) Beliau yang berniaga kecil-kecilan merupakan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons