Khamis, 5 Mac 2009

Kerajaan Pasir Dua Butir

...

PPSMI- Rakyat dah bantah sejak mula lagi bekas menteri baru sedar

Bekas menteri akui wujud kecelaruan dalam PPSMI05/03/2009 7:29pmKANGAR 5 Mac - Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.Menurutnya PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.“Masalah itu hanya dapat diatasi jika para pendidik meningkat dan menggalakkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dengan kemudahan-kemudahan sokongan yang disediakan termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran,” katanya selepas menyampaikan syarahan tokoh kebangsaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini. - Bern...

Exco atau Ketua Pemuda UMNO Kedah yang derhaka?

"Siapa Exco yang derhaka itu?" - MB KedahIzwan Abdul HalimALOR SETAR, 5 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mempersoalkan ketaatan kepada raja sepertimana dilaungkan Ketua Pemuda Umno yang juga Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berikutan ketidakhadirannya ke Majlis Perlantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit pada 3 Mac baru-baru ini."Orang yang kata ada Exco derhaka tu, mereka pun tidak datang istana. Ketua Pemuda Umno itu dia Adun (Ayer Hangat), majlis ini Tuanku Sultan panggil, tetapi dia tak hadir. Dia kata dia taat kepada raja, bolehkah saya kata dia derhaka kepada raja? Berapa banyak majlis dia tidak pernah datang."Pergi tanya dia, derhaka atau tidak majlis Tuanku tidak datang. Dia kata (dakwa) orang derhaka...

Rabu, 4 Mac 2009

Pokok.. asal-usul kerajaan di dunia?

Syura bawah pokok sunnah tradisi MelayuMesyuarat bawah pokok bukan perkara baru. Diriwayatkan, tatkala Parameswara berehat di sebatang pokok ketika melihat seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh, maka baginda bertanya kepada rakyatnya."Apa nama pokok tempat beta sedang berteduh ini?" tanya baginda."Ampun tuanku, kata orang inilah pokok Melaka," balas bendahara."Jika demikian, beta namakan negeri ini sebagai Negeri Melaka," demikian titah baginda. Itulah usul dan keputusan kali pertama yang dilakukan oleh seorang raja Melayu di bawah pokok. Tidaklah diketahui barangkali ada lagi usul-usul dalam mesyuarat 'istana bawah pokok' sebelum itu.Tetapi, berdasarkan Sulalatus Salatin, inilah mesyuarat pertama yang diadakan di bawah pokok, di mana usulnya berlaku secara mendadak tiba-tiba, iaitu...

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

Dharmala NSSidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.Maknanya,...

SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 2009

SENARAI BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH MULAI 3 MAC 20091 . YAB. DATO’ SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAKPengerusi J/Kuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan2. YB. DATO’ IR. HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWIPengerusi J/Kuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pemb. Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga3. YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASULPengerusi J/Kuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi 4. YB. DATO’ HAJI AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAHPengerusi J/Kuasa Industri & pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan 5. YB. MOHAMAD RADZHI BIN SALLEHPengerusi J/Kuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat...

SIDANG DUN PERAK MENEMPA SEJARAH DI BAWAH POKOK SENA

Sidang DUN tergempar Perak terpaksa diadakan di bawah Pokok Sena di Bandar Ipoh Raya apabila speaker dan seluruh ADUN yang hadir dihalang dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan oleh pihak polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri. DUN Perak menempa sejarah baru yang belum pernah berlaku di mana-mana Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri dan juga dunia. Rundingan antara beberapa wakil ADUN dan Speaker dengan pihak polis gagal bagi membolehkan sidang DUN diadakan di bangunan Perak Darul Ridzuan.Dato' Setiausaha Kerajaan Negerilah yang bertindak menghalang sidang DUN dari diadakan di bangunan Perak DR sebagaimana yang diumumkan oleh pihak polis sewaktu berunding dengan wakil ADUN. Tidak wajar Speaker yang mengetuai perjalanan Dewan Undangan Negeri dihalang memasuki Dewan sedangkan beliau...

Selasa, 3 Mac 2009

elok noh omar ajar anak buah dia dulu

Noh Omar minta Tuan Guru Nik Aziz belajar lain. Itulah bahasa pemimpin UMNO yang semakin hari semakin dan kurang ajar. Mungkin ini petanda orang dah nak habis umur kot. Cakap pun semakin merapu dan pening sama dengan UMNO bergelut mempertahankan kuasa haram mereka di Perak. Noh Omar patut ajar anak buah dia dulu supaya jadi elok daripada jadi samseng tak kira tempat. Kalau Bangunan Parlimen y ang mulid pun depa tak hormat apatah lagi tempat lain. sebelum orang kata apa-apa .... yang teruk elok bertaubatla...

Isnin, 2 Mac 2009

POLOTIK BACUL ZAHID

http://anaksengat.blogspot.com/Dilaporkan berita semalam, Zahid Hamidi mengarahkan agar ADUN Bn tidak menghadiri sidang yang akan diadakan 3 Mac ini.Baginya sidang itu tidak perlu kerana ia bukan arahan sultan Perak.Mereka hanya akan hadir jika Sultan memperkenankan......Sejak bila Zahid lupa bahawa beliau berada di Zaman merdeka dan zaman selepas BN menghadkan kuasa Raja Raja Melayu? Gaya ulasan Zahid seolah Malaysia khususnya Perak bukan negeri demokrasi Raja berpelembagaan. Apakah Zahid yang pernah menjadi ketua pemuda UMNO Malaysia tidak tahu kuasa Raja dan DUN yang dipengerusikan speaker. Apakah selama ini Zahid menjadi MP dengan hanya menjadi tunggul kayu yang tak tahu peraturan dewan??? Malaysia bukan sebuah pondok buruk di tengah hutanSemua tahu Zahid sedang bergelumang dengan jawatan...

BILA GILA KUASA MENGGILA DENGAN KUASA

anaksengat.blogspot.com/Akhir akhir ini di Perak tak habis habis cerita lawan tauke. Terkini Setiausaha DUN menyanggah speaker. Sebelum ini Setiausaha Kerajaan Negeri lawan Menteri Besar. Apa hal ni Yob? Mana tuan mana kuli. Sejak bila setiausaha boleh sanggah bos ni???Politik dan undang undang dah jadi caca merba. Semuanya gara gara rampasan kuasa. Siapa yang buat huru hara??? siapa yang menarik raja terjun dalam timbunan Najis mabuk kuasa mereka. Setelah mereka melondeh pakaian kebesaran dan imuniti raja suatu ketika dulu, kini mereka menarik raja bergelumang dengan politik bernajis mereka.Apabila orang gila kuasa berkuasa pastinya kuasa gila itu akan menjadikan semuanya kelihatan serba tak kena dan serba gila. Kesannya orang yang takde kuasa seperti setiausaha pun rasa macam ada kuasa....

Sidang tergempar DUN Perak sah, diadakan esok - Speaker

HarakahdailyIPOH, 2 Mac (Hrkh)-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu."Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu...

Ahad, 1 Mac 2009

Publisiti murah,kebudak-budakan Pemuda Umno Kedah

Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.myALOR SETAR, 1 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya."Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini."Mungkin dia jumpa (nota...

SRI SATRIA- RUMAH NAJIB

...

AL FATEHAH- IBU MERTUA DS NIZAR KEMBALI KERAHMATULLAH

AL FATEHAHIbu Mertua Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin telah kembali ke Rahmatullah pada 10 mlm tadi. Beliau telah menghembuskan nafaz terakhir setelah terlantar keuzuran sekian lama. Ketika berita ini disampaikan kepada Dato' Seri Hj Nizar, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah penjelasan isu politik.Penyempurnaan solat jenazah akan dibuat sebelum waktu zohor di Kediaman ibu Datin Seri Fatimah Taat di Jalan Damai, Tapah.Semuga rohnya akan sentiasa dicucuri rahm...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons