Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
MERBOK: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi melahirkan kebimbangan kemungkinan dasar negara selepas ini akan berkiblatkan Yahudi dan Israel.
"Sebab apabila penasihatnya Yahudi, tak mungkin dia nasihat cara Islam. Walaupun APCO hanyalah syarikat perunding, tetapi sudah tentu dia akan berunding mengikut cara yang bertentang dengan Islam.
"Kerana Yahudi ini bermusuh ketat dengan Islam!" ujarnya menyeru umat Islam berwaspada dengan perancangan Yahudi untuk menguasai negara umat Islam di seluruh dunia ketika berceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Dalam ceramahnya itu, beliau turut menolak tanggapan bahawa Israel tidak dapat dikalahkan.
Katanya, seluruh penduduk dan tentera Yahudi di Israel hanya berjumlah 10 hingga 12 juta...