Jumaat, 24 April 2009

Digantung kerana tegur iktiraf Israel

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Isl...

Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi

Khairul AzlamTue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYTPELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti. HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk...

Haji Hussin Rahimi: Ketua Ulama PAS pertama

Mohd Fadli GhaniThu | Apr 23, 09 | 12:32:57 pm MYTSALAH seorang ulama PAS yang terkenal pada era 1960-an ialah Tuan Guru Hussin Rahimi, iaitu tuan guru di Madrasah Ahmadiyah, Bunut Payung, Kelantan. Tuan Guru Haji Hussin yang menyertai PAS pada 1954 iaitu sebaik sahaja PAS membuka sayapnya di Kelantan ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebelum diambil alih oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1968. Ini bermakna Tuan Guru Haji Hussin ialah salah seorang pemimpin kanan PAS ketika itu, selain pernah menjadi wakil rakyat di Kota Bharu sebanyak dua kali iaitu pada 1959 dan 1964.Nama sebenar beliau ialah Hussin Rahimi bin Saman bin Abdul Rahman. Di sebelah bapanya, Tuan Guru Haji Mat Saman merupakan seorang ulama yang terkenal di Pasir Puteh dan pernah belajar di Makkah sebelum Perang...

Senarai lantikan MT Umno

Tengku Adnan kekal, Ahmad Husni dilantik Bendahari UmnoDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal Setiausaha Agung Umno, demikian diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, petang ini.Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik Bendahari manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan.Senarai lantikan MT Umno1. Datuk Seri Dr Rais Yatim2. Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz3. Senator Datuk Jamil Khir Baharom4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin5. Datuk Mohd Ali Rustam6. Tan Sri Rafidah Aziz7. Datuk Abdul Ghani Othman8. Datuk Seri Shahidan Kassim9. Datuk Aziz Sheikh Fadzir10. Datuk Kamalia Ibrahim11. Datuk Razali Ibrahim12. Dr Wan Norashikin Wan Nordin - BernamaBerikut senarai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru:Melaka...

Pendedahan berani Nik Abduh tentang pembantu-berpakaian serba tahu

Jumaat, 2009 April 24DI MEJA makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam-macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.Syarat terpenting...

Rabu, 22 April 2009

Jangan meminta jawatan - Ustaz Azizan

Izwan Abdul HalimWed | Apr 22, 09 | 9:32:57 am MYTALOR SETAR, 22 April (Hrkh) - "Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah agar tidak meminta-minta jawatan kerana seorang peminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan orang lain, tetapi orang yang tidak meminta jawatan pasti akan ditolong orang lain. "Oleh itu, seseorang tidak perlu berkempen untuk meminta dirinya dicalonkan sebaliknya menyerahkan kepada sidang perwakilan menentukan perkara tersebut,"demikian intipati nasihat yang diungkapkan Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai mengulas pertanyaan pihak media berhubung pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar PAS Pusat, Jun akan datang.Menurutnya, tradisi pemilihan dalam PAS adalah...

Isnin, 20 April 2009

Membazir, BN dicabar jangan letak calon!

Mohd Sabri SaidMon | Apr 20, 09 | 10:22:26 am MYTPENANTI, 20 April (Hrkh) - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencadangkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti pada hari penamaan calon nanti selaras tindakan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu tumpukan pada menjana ekonomi negara daripada menghabiskan wang rakyat disebabkan pilihan raya kecil.Mengulas kenyataan Najib kononnya tindakan Fairus Khairudin meletakkan jawatan merupakan helah politik pembangkang serta pembaziran wang rakyat dan masa beliau menambah, jika begitu permintaan mereka Pakatan Rakyat cukup gembira kerana tidak payah berhadapan dengan karenah Umno dan BN lagi bila mana diistiharkan menang percuma."Saya sebagai Ketua Pembangkang...

PRK Penanti, Najib fobia agaknya!

Izwan Abdul Halim & Bashir IshakMon | Apr 20, 09 | 2:50:34 pm MYTALOR SETAR, 20 April (Hrkh) - Perjalanan pilihan raya akan tetap mengikut prosedur seperti biasa sekiranya terdapat pihak-pihak berminat untuk bertanding, demikian pandangan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta pihak media mengulas kenyataan awal Barisan Nasional (BN) yang kemungkinan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Penanti."Ia akan ikut proses macam biasalah, kalau BN tidak berminat, siapa yang masuk bertanding dia akan bertanding. Mungkin KeADILan dengan Bebas, kalau BN tidak bertanding, akan bertanding di antara pihak yang berminatlah," ujarnya kepada pihak media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Kali Ketiga Penggal Pertama, di sini semalam.Diminta mengulas pendirian...

Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Wisma Darul Aman.

ALOR SETAR, 19 April: Kolej Universiti Insaniah akan mengadakan Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini selama dua hari, bermula 30 Mei 2009.Tema muktamar ini ialah ”Menaiktaraf Zakaf dan Wakaf Sebagai Sumber Dana Kewangan Institusi dan Negara”. Antara objektif muktamar itu ialah membincang semula peranan zakat dan wakaf kepada masyarakat dan kewangan Islam dan mengenal pasti sumber zakat dan wakaf pada masa kini dalam konteks pengurusan dan pengagihannya.Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan muktamar ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah manakala majlis penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Dijangka lebih dari enam...

262 premis hiburan dikenakan tindakan

Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR SETAR - Mengenai premis-premis perniagaan dan pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen perniagaan di kawasan Kulim,Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, statistik pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 1,047 kes membabitkan peniaga dan pemilik yang berniaga tanpa lesen manakala hasil kutipan kompaun ialah sebanyak RM258,100.“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mengambil tindakan ke atas 262 pemilik pusat hiburan yang mempamerkan iklan tanpa lesen dengan kutipan kompaun sebanyak RM48,730 di samping tindakan ke atas 279 peniaga yang berniaga tanpa lesen untuk kedai makanan dengan kutipan kompaun sebanyak...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons