Sabtu, 21 Mac 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH SERAH RM 74038 SUMBANGAN GAZA KEPADA YAYASAN AMAL

ALOR SETAR,Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menyerahkan sumbangan Tabung Kemanusiaan Gaza sebanyak RM 74038.00 kepada Yayasan Amal semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan tersebut pagi tadi. Serahan 'Mock cek' sumbangan telah disampaikan oleh ust Mohd Rosli Azmi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kepada Yb Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi pihak Yayasan Amal.Sementara itu Satu Misi Kemanusiaan Yayasan Amal akan pergi ke Gaza pada bulan April ini.Wang tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul melalui Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah . Sebelum itu pihak DPPNK telah menyerahkan kutipan Dana Kemanusiaan Gaza sebanyak RM 136,000.00 kepada PAS Pusat yang akan disalurkan kepada Umat Islam di Gaza.Pihak...

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN KEDAH BEJAYA DIADAKAN

ALOR SETAR,Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar. Mesyuarat agung dwi tahunan itu bermula jam 10.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Sdr. Hamid bin Osman, Sdr. Haris Fadzilah ,Penyelaras Yayasan Salam Zon Utara, dan Ust Mohd Rosli bin Azmi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri Kedah. Muktamar kali ini turut dihadiri oleh lebih kurang 50 orang perwakilan yang terdiri dari ahli Yayasan Amal Malasyia Cawangan Kedah.Perwakilan Yayasan AmalYB Dr. Ismail Salleh menyampaikan ucapan perasmianSdr. Hamid Osman, Ketua Setiausaha Yayasan...

Jumaat, 20 Mac 2009

Usahawan muda calon KeADILan Bukit Selambau

Izwan Abdul HalimSUNGAI LALANG, 20 Mac (Hrkh) - Usahawan muda, S. Manikumar, 35 telah diisytiharkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Dun Bukit Selambau.Pengisytiharan tersebut dilakukan Ketua Umum KeADILan, Dato� Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Yayasan Aman, di sini pagi tadi.Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan para pimpinan Pakatan Rakyat Kedah.Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil yang sangat penting ini.Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan penduduk asal Bukit Selambau. Manikumar akan berdepan dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan sejumlah calon bebas dalam pilihan raya kecil tersebut.Suruhanjaya pilihan...

Slumdog Millionaire 'cabar' bahasa Inggeris?

Syuaib ZakariaAda banyak sebab, kenapakah Slumdog Millionaire diangkat sebagai sebuah filem terbaik baru-baru ini.Filem ini mengangkat kehidupan masyarakat miskin sebenar di India dan ia berbeza dengan filem-filem Hindi yang lain. Paling jelas, filem ini tidak diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yang banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ini.Paling jelas, filem ini dianggap terbaik kerana kekuatan ceritanya. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu."You don't have to be a genius," kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar kata Jamal.Beliau...

Al Fatihah- Ketua Pemuda PAS Tampin Meninggal Dunia

Alor Setar,Dewan Pemuda PAS Mengucap takziah kepada Keluarga Allahyarham Khairul Azhar dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan diatas pemerhian beliau ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau amin.Ketua Pemuda PAS Tampin meninggal duniaAzamin AminKUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi."Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi."Isteri...

Selasa, 17 Mac 2009

MARKAZ OPERASI PEMUDA KEDAH DITELAH DILANCARKAN

SUNGAI PETANI,Markaz Operasi Pilihanraya Pemuda PAS Kedah untuk PRK N.25 telah dilancarkan semalam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Hj Muhammad Yusuf Husin ( Pak Chop), Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Turut berucap , Ketua Pemuda Kedah Ust Musoddak Hj Ahmad. Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda Kedah,Timbalan Ketua AMK Kedah ,EXCO DPPNK dan AMK Kedah dan Ketua Pemuda serta AJK Pemuda Kawasan-kawasan.Markas operasi itu terletak di Taman Kuala Muda, Sungai Petani berdekatan lampu isyarat ke kelab Cita Sayang.Seramai 200 orang pemuda telah hadir di majlis terseb...

AL FATIHAH- Ramli Jaafar Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah kembali kerahmatullah

Alor Setar,Sdr Ramli Jaafar, 46 tahun ,salah seorang pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah telah kembali kerahmatullah 7.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Beliau lumpuh separuh badan akibat terlibat dalam kemaalangan jalanraya semasa dalam perjalanan untuk bertugas semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Januari lepas telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Pada ketika ini jenazah beliau masih dibilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumahnya di Kg. Permatang Durian, Lunas Pdg Serai, Kedah untuk disemadikan lepas Solat Asar petang ini.Semasa pilihanraya Umum ke 12 8 Mac tahun lalu beliau menjadi wakil calon kepada...

Ahad, 15 Mac 2009

TIADA LAGI PROJEK MEE SEGERA- NAJIB SUDAH SERIK

Hari ini Dato' Najib telah umumkan calon BN di dua Bukit. Tengahari di Bukit Gantang dan petang di Bukit Selambau.Apa yang pasti calon BN adalah calon yang kalah pemilihan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang. Kalau orang UMNO di Bahagian sendiri tak mau kat dia macam mana pengundi Bukit Gantang akan pilih dia. Tanda awal awal BN akan kalah di dua Bukit ini, apabila Najib dah tak bersemangat untuk buat projek pembangunan segera di sana walaupun memang sudah jadi amalan wajib BN setiap kali pilihanraya kecil sebelum akan hujani bumi yang bertuah berlaku pilihanraya kecil itu dengan jutaan ringgit projek dan juga timbunan bukit janji-janji kosong kepada rakyat. Masa PRK Kuala Terengganu semua jalan dalam bandar kuala Terengganu siap di tar baru walaupun jalan masih terlalu elok untuk ditar semula,...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons