Dipetik dari www.wartakedah.netOleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Soalan 'panas' yang dikemukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa adalah wajar bagi menjelaskan kepada umum mengenai bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuangku Sultan yang mutakhir ini dilihat telah diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu sepertimana yang dipaparkan di akhbar. ADUN Bandar Baharu, YB Ustaz Yaakub Hussin menjelaskan bahawa YB Mohd Nasir ada hak untuk mengajukan soalan yang dikatakan mempertikai kuasa KDYMM Tuanku Sultan oleh pembangkang (BN)."Jika diteliti dan fahami betul-betul, soalan ini hanya memerlukan penjelasan serta maklumat agar ADUN lain tak campur tangan bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan dan perlu dihormati oleh semua pihak di Kedah mahupun luar Kedah. "Sekarang ini...