Jumaat, 13 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN

Ali Hashim   PADANG SERAI, 12 Nov: Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka. Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali. Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka. "Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang,...

MUHYIDIN JANGAN CAMPUR TANGAN KUASA SPEAKER

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyelar campur tangan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi arahan kepada Adun Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sariff hadir ke Sidang Dun Kedah pada 17 November ini. Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, Pemuda PAS Kedah kesal dan membantah sikap diambil Muhyiddin tersebut yang mengundang pelbagai implikasi negatif. “Sepatutnya Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) belajar dari Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang tatkala berhadapan pertanyaan media dalam perkara itu beliau enggan memberi komen kerana menghormati hak Speaker. “Muhyiddin juga sepatutnya faham akan hak Speaker...

BN MENANG KEDAH SENANG, SIAPA KENYANG ????

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my KOTA SARANG SEMUT: Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhamad Yusuf Husin secara sinikal melontarkan persoalan untuk dijawab Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah di atas pelancaran slogan atau tagline baru “BN Menang, Kedah Senang”. “Soalnya siapa yang senang? Kerana kalau kita tengok dalam beberapa contoh termasuk premium balak, tahun 2007, premium balak hanya RM9 juta lebih. “Tetapi tahun 2008, walaupun kita (Pakatan Rakyat) ambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, iaitu dalam keadaan banyak kawasan balak sudah ditebang, (perolehan) hasil balak telah melonjak RM28 juta lebih,” ujarnya kepada Harakah, 8 November lalu. Jelas beliau, bagi tahun 2009...

URUSETIA BELIA DAN SUKAN KERAJAAN NEGERI KEDAH HANTAR KONTINJEN KE TEMASYA SUKAN KELANTAN 2009

Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar kontinjen untuk menyertai Temasya Sukan Kelantan 2009 pada  13&14 Nov 2009. Kontinjen akan bertolak petang ini dengan sebuah bas seramai 40 orang pemain dan pegawai kontinjen. Temasya Sukan Kelantan di dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan, Pembangunan Insan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan. Temasya sukan akan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV , Kota Bharu dan beberaoa venue lain seperti Padang Perdana dan lain-lain. Kontinjen Kedah di ketuai oleh Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengarah Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah.Sementara Timbalan Ketua Kontinjen, Ust Mohd Rosli Azmi, Timbalan Pengarah urusetia Belia. Kontinjen Kedah akan mengambil bahagian di 5 acara sukan...

SEMINAR POLITIK PAS: MELONJAK SEMANGAT, TERUS MARA KE HADAPAN - YB NASIR ZAKARIA

Saya berpeluang dan dijemput menghadiri Seminar Politik PAS baru-baru ini ia lahir selepas cadangan EGM yang penuh kontroversi. Saya mempunyai beberapa pandangan sisi terhadap Seminar Politik PAS baru-baru ini.   Pra Seminar PAS adalah sebuah parti yang sangat penting di dalam politik Malaysia. Sebagai satu parti Islam dan didominasi orang melayu yang paling lama bertahan, ia sudah bertahan dengan begitu lama dan menjadi semakin signifikan dewasa ini. Ia menjadi fokus kepada semua pemerhati dan penganalisis politik yang percaya bahawa lanskap politik Malaysia tidak akan lengkap tanpa membicarakan parti ini. Strategi yang tepat yang lahir dari pembacaan politik tanahair oleh pimpinan; tanpa mengorban sebarang prinsip membawa kepada kompromi politik (baca tahaaluf) dengan parti...

Khamis, 12 November 2009

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN BARU SAIF BERJALAN LANCAR

Majlis pecah tanah bangunan baru Sekolah Integrasi Faizin berjalan lacar petang tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat bermula jam 4.00 petang majlis tersebut dapat disempurnakan walaupun agak lewat sikit dari jadual. YB Dato' Mohamed Taulan bin Mat Rasul , Exco Pendidikan, Agama dan Koperasi Kerajaan Negeri telah merasmikan majlis yang bersejarah ini. Bangunan baru ini terpaksa dibina segera walaupun keadaan kewangan yang kurang bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah tahun depan. Bangunan ini bagi menggantikan blok bangunan sekolah yang terbakar Julai lalu akan dibina 4 tingkat. Sementara itu satu lagi bangunan sedang dalam pembinaan yang sudah siap 60 peratus dan mesti disiapkan sebelum Januari 2009. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memerlukan sumbangan orang ramai...

Rabu, 11 November 2009

TAKZIAH KEPADA DATO' KAMARUDDIN JAAFAR

AL FATIHAH  Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato' Kamaruddin Jaafar di atas pemergian Isteri tercinta paga tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh beliau dan diberikan keampunan oleh Allah Kmai juga mengharapkan agar beliau dan keluarga bersabar didugaan tersebut. Amin...

JUALAN MEJA MAKAN MALAM DANA DAYA

...

Isnin, 9 November 2009

KEM BINA SAHSIAH 2009

...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons