
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah terus menyuntik galakan kepada usahawan di negeri ini yang gigih meneroka ke arah kejayaan lebih besar.
Untuk itu, pinjaman sebanyak RM565,000 telah disampaikan kepada 28 usahawan terpilih menerusi skim bantuan Dana Teroka Usahawan pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini pada 19 Julai baru-baru ini.
Keterangan gambar: Ustaz Abd Ghani menyerahkan bantuan Dana Teroka Usahawan kepada salah seorang peminjam sambil diperhatikan Dato’ Abdul Rahman
Menurut Exco Usahawan Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad, jumlah tersebut adalah daripada RM 3 juta yang disediakan PKNK bagi tahun ini.
Ujarnya, pada tahun lalu PKNK memperuntukkan sebanyak RM 2...