Isnin, 2 Jun 2008

Golongan muda diseru ambil alih warisan perjuangan Islam

Mazelan Haron
Tue | May 27, 08 | 1:35:15 pm MYT

SERDANG, KEDAH, 27 Mei (Hrkh) - Golongan pemuda diminta bersedia mengambil alih tanggung jawab dan amanah sebagai pewaris kepemimpinan perjuangan Islam di Malaysia bagi meneruskan cita-cita perjuangan menegakkan keadilan.

Perjuangan Islam yang dipelopori Pas sejak lebih 50 tahun lalu masih relevan untuk diperjuangkan walaupun kepimpinanya silih berganti.

Demikian tegas Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa ketika berucap membentangkan kertas kerja yang bertajuk 'Siapakah Kita - Harapan Kedua Ibu bapa, Kepimpinan Pas dan Masyarakat' pada majlis Akademi Pewarisan Pas yang diadakan di Dewan Dato' Fadhil Noor, di sini, baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan anak-anak aktivis dan penyokong Pas selama dua hari satu malam itu memberikan pendedahan dan pengalaman baru kepada para peserta tentang pentingnya mewujudkan pewaris sebagai kesinambungan perjuangan yang suci ini.

"Para peserta sangat bertuah kerana ditakdirkan oleh Allah menjadi anak seorang pejuang dan sebagai pewaris perjuangan yang besar dan suci ini. Kita perlu merasa izzah kerana berada di dalam perjuangan menegakkan Islam," katanya.

Seterusnya beliau menyeru agar para peserta membuat persediaan yang rapi untuk melayakkan diri sebagai pewaris perjuangan Islam.

Akademi Pewarisan Pas itu adalah anjuran bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Kulim Bandar Baru dengan Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Serai telah dirasmikan penutupanya oleh Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Kedah, Dr. Ismail Salleh. - mns

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons