Isnin, 29 Disember 2008

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH KUTUK PEMBUNUHAN KE ATAS UMAT ISLAM DI PALESTIN

Alor Star

Dewan Pemuda PAS negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kezaliman ke atas umat Islam di Paslestin. Kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionis Isreal telah mendapat perkenan dari Amerika yang bersikap double standard dengan menghalalkan tindakan tidak bertamadun zionis. Kami menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas ke atas Israel. Kami juga menyeru kepada seluruh negara Islam supaya memainkan peranan yang serius bagi menghentikan pembunuhan ini. Marilah kita tunjukkan kesatuan kita kepada saudara kita di Palestian dan semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk menentang zionis laknatullah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah strongly condemn the brutality act of zionis regime toward innoncent Palestianian people. We urge the international community to take firm action against the Israeli Regime and her under pressure to stop the massacre of the palestinian people. We also request to leader of Islamic Countries to play serious role to stop zionis aggression toward palestian people. Let us show aour solidarity to our brothers in Palestine and pray to Allah to give them strenght and patience to fight against a damned zionis regime.

PEMUDA PAS KEDAH SEWA BAS KE PELANCARAN JOM SERTAI PAS DI SHAH ALAM

Shah Alam

Seramai 34 orang peserta dari kedah menghadiri majlis Taklimat dan Pelancaran Kempen Jom Sertai PAS yang diadakan di Shah Alam Sabtu lepas. Rombongan terdiri daripada ketua pemuda kawasan, setiausaha dan penolong Setiausaha Pemuda kawasan seluruh Kedah bersama Ketua Pemuda negeri Ust. Musoddak dan Setiausaha Pemuda negeri Ust Rosli telah menyewa sebuah bas ke majlis tersebut.Turut hadir wakil-wakil daripada Dewan Pemuda Negeri-Negeri seluurh Malaysia.

Taklimat telah telah diberikan oleh Setiausaha DPP Pusat, sdr Ahmad Sabki Yusuf dan beberapa pembentang dari sekretariat DPP Pusat.

Pada sebelah petang pula diadakan majlis pelancaran kempen Jom Sertai PAS di dataran Shah Alam yang disempurnakan perasmian oleh YB Dato' Seri Presiden PAS, Tuan Guru HJ Abd Hadi Awang.

Selasa, 23 Disember 2008

PELANCARAN KEMPEN JOM SERTAI PAS

NOSTALGIA FORUM PERDANA EHWAL ISLAM-SEMPENA TAHUN BARU 2009

Ahad, 21 Disember 2008

Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'?

Mat Zain Mat Isa

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, cakap-cakap mengenai siapa yang bakal dipilih mewakili parti-parti dalam pilihan raya itu telah bermula sebaik penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal, akhir November.

Teka-teki itu terjawab di sebelah pihak petang semalam (Sabtu). Barisan Nasional telah mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk dipilih pengundi pada 17 Januari nanti.

Di pihak lawannya, sudah ada kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan kerusi itu kepada PAS. Nama calonnya bagaimana pun masih belum diputuskan.

Cuma yang hampir pasti, laluan untuk Mohamad Sabu (Mat Sabu), bekas calon pada pilihan raya umum, Mac lalu, sudah hampir tertutup. Kedengaran suara-suara sangat lantang di kalangan pendokong dan jentera PAS di Terengganu sendiri kononnya Naib Presiden PAS itu tidak dapat diterima pengundi.

Alasan utama diberikan ialah kerana Mat Sabu 'orang luar'. Maka, di atas sangkaan dan dakwaan untuk memenuhi selera pengundi yang mahukan anak tempatan, pihak dalaman PAS sendiri menuntut agar seorang anak tempatan dipilih sebagai calon kali ini.

Penulis merasa terpanggil mengulas kesimpulan itu. Apatah lagi satu analisa turut disiarkan sebuah tabloid mingguan, hari ini (Ahad, 21 Disember) bagi memperkuatkan kesimpulan tadi.

Bagi penulis, menyimpulkan kekalahan Mat Sabu semata-mata atas faktor dia 'orang luar' adalah satu penilaian sangat simplistik dan agak gopoh. Bahkan, ia satu ketidak adilan terhadap tokoh yang dianggap 'ayam sabung' PAS itu.

Begini saja lah! Apa kata kita teliti semula perangkaan keputusan pilihan raya kawasan itu Mac lalu dan kita bandingkan dengan apa yang berlaku di situ pada 2004 dulu, boleh?

Mac lalu, Mat Sabu mendapat 31,934 undi berbanding Razali 32,562. Majoriti kemenangan calon BN ialah 628 undi. Seorang calon Bebas, Maimun Yusof (Tok Mun) mendapat 685 undi.

Sebagai perbandingan, pelbagai pihak mengemukakan perangkaan undi diperolehi kedua-di pihak di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Jumlah diperolehi PAS di keempat-empat Dun (termasuk Dun Bandar ditandingi KeADILan) ialah 33,279 undi.Undi BN pula 31,486.

Beza undi kemenangan PAS atas BN ialah 2,243. Angka itu jika ditolak undi nenek tua tadi, masih ada 1,558. Mereka pun kata, jika tidak kerana Mat Sabu 'orang luar' dia sepatutnya telah menang dengan majoriti 1,558 undi!

Nanti dulu saudara! Jangan mudah buat kesimpulan. Kita analisa lebih terperinci sikit.

Undi dipungut Mat Sabu berbanding empat calon Dun merosot 1,795 undi. Kita namakan mereka undi lari. Betul, Mat Sabu tidak sepopular calon-calon Dun.

Tapi tidak kesemua undi lari itu pergi kepada Razali. Beza undinya dengan calon-calon BN di empat Dun ialah 1,076 undi lebih banyak.

Ertinya ada 719 undi lari yang tidak juga mengundi BN. Kita simpulkan 685 daripadanya pergi kepada Tok Mun dan 34 undi lagi tidak mengundi mana-mana calon.

Soalnya, apakah undi 685 kepada Tok Mun itu semata-mata kerana tidak berkenaan kepada Mat Sabu? Apakah tidak mungkin ia kerana simpati kepada nenek itu?

Penulis menyimpulkan bahawa faktor simpati terhadap calon Bebas itu juga satu kemungkinan kekalahan PAS. Bayangkan andaikata 685 undi itu tidak bersimpati kepadanya dan mengundi Mat Sabu, apakah BN masih menang?

Itu satu. Ertinya, kekalahan Mat Sabu bukan semata-mata kerana dia 'orang luar'.

Yang kedua, kita teliti pula undi di kawsan sama pada 2004 lalu. BN diwakili Razali, manakala PAS mempertaruhkan Dr Syed Azman Syed Nawawi. Dia bukan sahaja ada kelulusan akademik tinggi, AJK PAS Pusat, bekas Ahli parlimen 1999, tetapi paling penting (dalam konteks penghujahan ini) ialah beliau anak tempatan Kuala Terengganu.

Semua kita tahu beliau kalah dengan majoriti 1,933 undi kepada Razali. Itu tidak mengejutkan sebab kawasan-kawasan lain pun PAS kalah teruk ketika itu, hingga hilang kerajaan negeri.

Apa yang perlu diteliti, kekalahannya dengan hampir 2,000 undi itu juga tidak sepatutnya berlaku. Jika dijumlahkan undi-undi peringkat Dun, PAS mendapat 29,750 undi berbanding BN dengan 30,375 undi. Beza undi majoriti hanya 625 undi yang memihak kepada BN.

Syed Azman mendapat 29,061 undi, iaitu 689 undi kurang daripara calon-calon PAS di empat Dun. Sekali lagi kita istilahkan 689 itu undi lari. Jika tidak kerana undi itu, Syed Azman sepatutnya kalah hanya 625 undi, bukannya 1,933 undi. Berbeza bukan?

Maka kesimpulan penulis yang kedua, kalau dikatakan undi lari dalam kes Mat Sabu ialah kerana dia 'orang luar', bukankah fenomena serupa telah dialami Syed Azman yang merupakan anak tempatan?

Untuk kesimpulan ketiga, kita teliti lagi keputusan 2004 itu. Razali mendapat 30,994 undi, iaitu penambahan 619 undi lebih daripada empat calon BN di Dun. Ada 70 undi lari dari PAS yang tidak mengundi mana-mana calon.

Dalam ertikata lain, faktor peribadi calon BN itu turut memainkan peranan. Kita boleh simpulkan bahawa Razali telah mendapat undi peribadi sebanyak 619 undi.

Kita andaikan jumlah itu kekal pada 2008. Bermakna 1,076 undi peribadi diperolehinya Mac lalu hanya melibatkan 457 undi tambahan. Apa peliknya tambahan sebanyak itu kerana jumlah keluar mengundi di kawasan itu meningkat 5,267 orang berbanding 2004 lalu.

Sepertimana disebutkan, besar kemungkinan Mat Sabu tidak akan dipilih semula. Kalau penulis sendiri berada di tempat beliau pun, penulis tidak akan menerima tawaran bertanding semula, setelah diberi tanggapan sebegitu negatif.

Namun, itu bukan persoalan yang nak diperbahaskan di sini. Analisa semula oleh penulis ini hanyalah untuk mengajak kita lebih teliti dalam mengamati sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang kesimpulan.

Berdasarkan analisa ringkas tadi, penulis sekali lagi menyangkal dakwaan kekalahan Mat Sabu tempohari semata-mata kerana dia 'orang luar'. Maaf cakap, bagi penulis kesimpulan itu adalah satu kedangkalan, menggambarkan kerja gopoh dan minda simplistik pihak terbabit.

Ia juga seolah-olah mengesahkan bahawa orang Terengganu sangat tebal sentimen kenegeriannya. Sedangkan hakikatnya tidak begitu, sebab penulis juga orang Terengganu.

Paling utama, dakwaan tadi satu ketidak adilan yang sangat dikesali terhadap fakta sebenar, lebih-lebih lagi terhadap Mat Sabu sendiri. - mks._

Khamis, 18 Disember 2008

BALAK OH BALAK

PETIKAN DARI : http://hempedu08.blogspot.com/

BALAK

YANG PRIHATIN PATUT TERKEJUT

YANG MENYELEWENG PATUT MALU

YANG KAYA BERSUBAHAT PATUT BERTAUBAT

RAKYAT KINI PATUT BERSYUKUR


Oleh: Tokak Pembaris

SIRI 1: "ANDA PATUT TERKEJUT!!

Pengumuman YAB MB Kedah tentang balak baru-baru ini amat mengejutkan. Masakan tidak! Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai pertan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. YAB MB mendedahkan dengan keluasan yang sama, kerajaan lama hanya mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik yang dikenakan di pusat-pusat 'checking'.

(Sejak pengumuman pertama ini dibuat di Batu 9, dalam satu ceramah umum, saya terpanggil untuk menyelongkar sedikit maklumat tentang balak di Kedah untuk perbandingan ketelusan dan efisyensi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menguruskan hasilmahsul kekayaan negeri yang diamanahkan oleh rakyat – berikut adalah penemuannya untuk siri 1)

Kerajaan BN dulu hanya dapat kutip RM500 – RM1,000 sehektar kerana mereka memberi kawasan-kawasan balak secara anugerah. Dengan keluasan 1000 hektar, mereka hanya dapat mengutip premium RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu Sahaja) Dengan cara ini, mereka mengaut hasil selebihnya dari kawasan-kawasan balak untuk kekayaan diri, mencari pengaruh politik untuk mengekalkan kekuasaan. Duit rakyat dari hasil bumi negeri diagih ikut suka hati, mengkayakan diri dan kawan-kawan, menggemukkan pemimpin parti dan membeli orang bawah dengan upah wang ringgit. Dalam budaya politik UMNO/BN, ini mungkin tidak menghairankan, tetapi bagi rakyat biasa seperti saya, yang mengharapkan pemimpin negeri melaksanakan amanah menjaga dan mengagih kekayaan negeri secara adil, ini sangat mengejutkan.

Dengan sistem tender terbuka, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah mengutip RM16,700 sehektar, menunjukkan peningkatan hasil sebanyak RM16,200 setiap hektar. Ya lah, kita mengaku rambut pun tak sama banyak, apa lagi hutan. Tetapi takkan tak dapat RM10,000 sehektar bagi hutan yang kurang kayunya. Bayangkan jika sepanjang pemerintahan BN, berapa banyak wang rakyat yang terbazir atau 'dibazirkan' atau digelapkan.

Jangan pula ada pihak mengatakan saya membuat fitnah. Sumber Jabatan Perhutanan menyatakan kuota tebangan bagi hutan simpan kekal di Kedah ialah 2,340 hektar setahun. Hasil keseluruhan tahunan daripada industri pembalakan adalah antara RM6 hingga RM12 juta (2004 – 2007). Tahun 2008, balak Kedah berubah wajah. (angka penuh belum diperolehi, 16.7 juta dari pengumuman YAB MB. Jika 1000 hektar dapat 16.7 juta, jika 2,340 hektar, dapat 39 juta, Tak caya? CUBALAH KIRA!).

ANDA PATUT TERKEJUT!
2,340 hektar adalah hutan simpan kekal, tidak termasuk, saya ulang sekali lagi, TIDAK TERMASUK tanah-tanah kerajaan dan tanah milik individu yang dipenuhi hutan di sana-sini. Ya Rabbi! Jauhnya beza PR dengan BN!

p/s: Tunggu siri 2... Berapa kawasan dilulus pada 2006..berapa hasil negeri, berapa pula depa kaut. Ikuti pengakuan seorang tauke balak tentang bayaran sebenar yang dibuat oleh pembalak dalam siri 3..dan rakyat patut tolak BN dan patut bersyukur kerana PR menang dalam siri 4. Mungkin ada siri 5, bergantung kepada sumber-sumber yang tidak jemu-jemu mengirimkan bahan untuk disajikan...TUNGGGUUUUU!

Rabu, 17 Disember 2008

PEMUDA PAS BALING ANJUR BOLASEPAK PIALA YB CIKGU JOHARI

Sukarelawan menangani gejala sosial diperlukan

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR, 16 Disember: Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah menjemput muslimin dan muslimat di negeri ini untuk menjadi sukarelawan aktivis dakwah lapangan.


Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Kamaruddin Kassim berkata, mereka (muslimin dan muslimat) akan diberi latihan kemahiran secara teori dan praktikal serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan belia dan remaja bermasalah.


"Tujuan utama urusetia ini diwujudkan adalah untuk melahirkan golongan aktivis di kawasan tempatan sosiobudaya yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial di kawasan mereka," jelasnya.


Menurutnya, Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah menjadi unit rasmi di bawah Kerajaan Negeri yang akan bergerak secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial di kalangan remaja dan belia.


Ujarnya, kewujudan urusetia ini secara tidak langsung mampu bergerak secara aktif dalam melaksanakan program-program membanteras dan memulih gejala sosial yang berlaku di kalangan belia dan remaja pada hari ini.


Tambahnya, sesiapa yang berminat dan dapat memberikan komitmen padu sebagai sukarelawan, sila email butir-butir peribadi iaitu nama, alamat sekarang dan nombor telefon kepada Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah melalui

email: urusetialandas@yahoo.com dan kamam 54us@yahoo.com atau

menghubungi Ustaz Kamaruddin Kassim di talian 019-4782708 atau 017-4630686.

PROGRAM MAHLIGAI SEJAHTERA UNTUK PENGANTIN BARU

Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 15 Disember: Kerajaan Negeri Kedah menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga akan menganjurkan Program Mahligai Sejahtera pada 20 Disember ini di kediaman rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon. Program ini merupakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang bertujuan membantu pasangan yang kurang kemampuan untuk mengadakan majlis kahwin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa ini YB Ustazah Ashah Ghazali, kewangan adalah masalah penting yang menangguhkan pernikahan pasangan yang bercadanmg untuk mendirikan rumahtangga. Pada hal pernikahan yang dianjurkan oleh agama mampu menyelesaikan banyak masalah sosial yang melanda remaja hari ini.

Justru itu program ini diharap dapat membantu pasangan pengantin yang tidak mampu mengadakan majlis kenduri kahwin. Ini kerana majlis perkahwinan adalah satu hari yang sangat bersejarah bagi semua pasangan pengantin yang sepatutnya diraikan oleh semua kaum keluarga dan sahabat handai.

"Pada program ini seramai 19 pasangan pengantin baru akan diraikan dengan majlis kenduri yang akan dihadiri oleh seluruh keluarga pengantin," kata YB Ustazah Ashah.

Ujarnya lagi, pengantin-pengantin ini dipilih dari semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan syarat pengantin lelakinya berpendapatan kurang daripada RM1000. Manakala akad nikah atau pendaftaran perkahwinan bagi pasangan pengantin bukan beragama Islam berkenaan selewat-lewatnya dua minggu sebelum majlis ini diadakan.

Antara tetamu selain kaum keluarga pasangan pengantin ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Exco Kerajaan serta ketua-ketua jabatan. Jamuan makan diadakan mulai jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Seperti majlis perkahwinan yang biasa, diadakan juga acara makan beradab persembahan kebudayaan seperti silat dan marhaban.

CERAMAH MB PERAK DI KEDAH



RAMAI...Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan ceramah dihadapan kira-kira 10,000 hadirin yang memenuhi perkarangan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 14 Disember lalu.



SUMBANGAN...Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad turut menyumbangkan tenaga membantu mengutip derma pada majlis ceramah anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 14 Disember lalu.

Ahad, 14 Disember 2008

BLOGGER UMNO – MAMPUKAH BERSAING DENGAN KEBENARAN?

PETIKAN DARI : http://hempedu08.blogspot.com/

Sehingga bulan Disember 2008, tulisan dan liputan di blog puak-puak UMNO di Kedah hanya memberi focus kepada 3 perkara: Pertama menyebar fitnah bahawa Menteri Besar tidak sihat, kedua mempertikaikan kredibiliti Che Had dan Yusrin yang menguruskan GLC, dan ketiga mengadu domba Menteri Besar dengan tiga orang EXCO (YB Dato Phahrolrazi, YB Ir Hj Amiruddin dan YB Dato' Taulan). Maka mudahlah dibaca apakah concern dan behavior UMNO Kedah. Pertama menyebarkan fitnah untuk melemahkan keyakinan rakyat (kerana mereka sering membomohkan ketua mereka supaya sakit), kedua membalas dendam akibat kehilangan lubuk rasuah (akibat kegilaan yang terlampau kepada wang), ketiga cubaan melaga-lagakan pimpinan PAS (kerana tidak pernah melihat pemimpin BN yang tidak bergaduh).

Apakah tiada perkara lain yang lebih 'bertenaga' untuk diketengahkan untuk melancarkan propaganda dan perang saraf kepada kerajaan pimpinan PAS di Kedah? Jawabnya tidak, kerana memang tiada ruang yang dibuka untuk itu. Mereka hanya mengharap segasa dosa yang mereka tinggalkan di negeri ini diulang juga oleh oleh kerajaan baru, maka sebab itu, sudut serangan mereka adalah dari arah 'dosa-dosa' yang mereka kerjakan dulu. Rakyat tidak terlatah dengan propaganda mereka kerana rakyat lebih tahu apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan baru.

Ada beberapa isu 'furuq' dan sampingan yang cuba dilontar kepada masyarakat dengan nada penuh kepalsuan dan berstatus picisan seperti isu babi, isu perumahan, isu balak dan isu memorandum kepada MB. Setelah dijawab dan dijelaskan, serangan mereka patah terkulai layu, mati pucuklah blogger-blogger UMNO/BN walau disokong puluhan sumber media utama negara. Semua isu yang diangkat untuk menjerat kerajan dan rakyat tidak berstamina untuk mencapai garisan penamat. Begitulah UMNO dan BN, tak pernah ada teras untuk menegakkan batangnya, akhirnyam pucuk bertemua akar jua….

Saya percaya, mereka tidak mampu berlumba dengan kebenaran kerana mereka hanya penulis/blogger upahan yang mencari sesuap nasi untuk anak bini, bukan berjuang atas teras dan aqidah yang benar. Dihujung jalan perjuangan ini, kita tidak akan nampak kelibat mereka lagi, mereka sudah tersungkur dan bertelanjang. Kalau adapun yang kuat sedikit kudratnya dari dorongan perjuangan, mereka tidak akan mampu bersaing lagi kerana ternyata perjuangan mereka hanya bermatlamatkan harta benda dan pangkat, sedangkan kiraan digarisan penamat adalah berdasarkan kebenaran, kehormatan dan ketulusan – pancaran dari Aqidah yang benar.

Sementara lontaran tiada tenaga, gerak saraf kononnya ada ADUN dan EXCO PKR hendak menyeberang juga tak kesampaian, mudah saja dipatahkan. Masakan dapat membeli lima Adun di Kedah, sedangkan mereka hanya perlu dua di Perak pun tak berdaya disogok. ADUN-ADUN itu pula asyik bercerita kepada MB tentang rancangan dan pertemuan dengan broker-broker bekas MB. Ada pula datang mengadu diugut dan digertak oleh agen-agen UMNO/BN. Sudah terdedah semua rancangan dan pertemuan, hatta rancangan untuk mempengaruhi istana bagi menjayakan agenda bacul itu. Pihak Tuanku pun diberitakan telah menjawab 'No at any cost" kepada MB.


Dalam keadaan UMNO lemah dan bercakaran sekarang ini, tidak mungkin amanah besar memerintah negeri seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan. Rakyat Kedah hanya akan mampu melihat drama lama diulang tayang semula jika BN kembali berkuasa di Kedah. Apakah tajuk drama yang sering dimainkan oleh BN dulu? Antara lain tajuknya berkisar tentang:



1. Berapa pula MB akan membolot duit balak setiap hektar yang dianugerahkan.

2. Berapa pula elaun pengarah GLC yang dilantik dari suku sakat pemimpin UMNO.

3. Berapa pula GLC akan menjadi lubuk UMNO mengaut kekayaan negeri.

4. Ke mana MB akan terbang dengan jet pribadi untuk makan angin dan berfoya-foya.

5. Berapa ramai pegawai favorite yang akan dikayakan seperti Man Lengkung, Ghafar, Mat Che Nai dan lain-lain.

6. Berapa pula Hamdan dan sekutunya akan dapat projek

7. Berapa juta pula rumah kedua dan ketiga MB nak buat

8. Berapa pula pesta dan majlis berseronok akan dianjurkan.

9. Berapa minit DUN akan bersidang untuk membhaskan isu-isu utama pemerintahan.

10. Apa pula fesyen pakaian yang akan digayakan oleh EXCO dan ADUN BN, termasuk pegawai-pegawai KCS.



Semuanya berkisar tentang wang, kuasa, fesyen, peluang kekayaan, elitsm, dan tipu-menipu. Apa nak berlaku pada nasib rakyat, jangan peduli sangat, takut tak terbuat.

Rakyat Kedah, dari semua latar belakang agama, bangsa, keturunan, bahasa, daerah, jantina dan peringkat umur, harus bertekad untuk mengubah tajuk-tajuik di atas dengan mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya yakin, dua penggal sudah memadai untuk PR menunjukkan contoh yang diidam-idamkan oleh sekelian rakyat. Satu penggal mungkin tidak jelas, walaupun sudah banyak kebocoran dan kerosakan dapat dibaiki. Tahanlah diri dari dipengaruhi tipu daya UMNO/BN, seperti yang telah ditayangkan kepada kita selama 50 tahun lalu.

Jumaat, 12 Disember 2008

700 MAHASISWA HADIRI HIMPUNAN MAHASISWA KEDAH







Alor Star

Seramai 700 orang mahasiswa Kedah dari IPT seluruh negara telah menghadiri Himpunan Mahasiswa Kedah yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Himpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah berjaya menarik kehadiran mahasiswa yang begitu ramai,walaupun pada peringkat awal pihak penganjur hanya menjangkakan 500 orang akan hadir.

YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah telah turut sama hadir ke himpunan dan menyempurnakan majlis perasmian dan pelancaran Parsatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). PERSADA merupakan sebuah NGO pelajar yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan mahasiswa anak Kedah dengan Kerajaan Negeri Kedah disamping membantu masyarakat.

Menteri Besar Kedah yang berucapkan selama hampir 2 jam menerangkan polisi pentadbiran dan maklumat terkini perjalanan kerajaan negeri Kedah kepada golongan mahasiswa yang sangat perlukan maklumat yang jelas tentang kerajaan.

Turut hadir dan berucap ialah YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Exco Belia, Sukan, Kesenian dan Warisan, Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah. Turut hadir juga Ust Mohd Rosli Azmi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Salim Mahmud, Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan beberapa orang wakil dari Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak.

AL FATIHAH- SDR MD NOR OTHMAN ANGGOTA UNIT AMAL KEDAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA




11 Disember 2008
AL-FATIHAH


KUALA KEDAH - 10/12/08 - Pulangnya ke rahmatullah seorang yang amat disenangi dikalangan anggota unit amal kedah, allahyarham Md Noor Osman.

Beliau yang dalam perjalanan bagi menghadiri satu program korban telah dilanggar sebuah kereta dalam satu kemalangan ngeri di kuala kedah.

Beliau juga merupakan anggota unit amal yang lebih 10 tahun berkhidmat dalam unit amal telah meninggal seorang balu dan 3 orang anak.

Semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau... AMIN
Dicatat oleh unitamalkedah@yahoo.com di 16:18:00 0 ulasan

Isnin, 8 Disember 2008

FOTO HARI PENUTUP KBS 2008










Basikal Kempen Jerit dibakar,dirosakkan




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Hrkh) -Peserta kempen mengayuh untuk perubahan anjuran Jerit berdepan dengan masalah lagi - kali ini basikal mereka dibakar di Penanti, Pulau Pinang awal pagi semalam.

Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya lapan basikal rosak, tiga daripadanya rosak teruk, apabila dibakar pada kira-kira jam 3 pagi semalam di bangunan Yayasan Aman.

Kumpulan berbasikal Jerit itu berhenti bermalam di bangunan tersebut selepas mengayuh sejauh hampir 100km dari kedah dan di Pulau Pinang.

Nasib baik penyelaras Jerit, Liew Shin Siong, 40, yang tidur di tingkat bawah bangunan tersebut, sempat memadamnya sebelum api merosakkan ke semua basikal.

Beliau dikejutkan oleh bunyi letupan, yang dipercayai dari tayar yang terbakar.

Ketika sedang memadam api, mereka terdengar bunyi suara lelaki menjerit - 'hidup atau mati, tak peduli' - dari sebuah kereta yang diletak berhampiran bangunan tersebut.

Mereka tidak dapat mengenal pasti lelaki tersebut, dan beberapa orang lagi, kerana keadaan gelap. Kumpulan itu beredar sejurus kemudian.

Penyelaras Jerit, R Mohana Rani tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut bermotif politik untuk mensabotaj kempen mengayuh untuk perubahan itu, yang berlepas dari Alor Star pada 2 Disember. - mks._

Kerjasama erat,tiada masalah dalam Pakatan Rakyat






Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.my

ALOR STAR, 8 Dis (Hrkh) - Tiada masalah dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang dilakukan sememangnya memerlukan kajian dan pertimbangan memandangkan Pakatan Rakyat baru lapan bulan memerintah.

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bahawa sukar mentadbir Selangor bersama KeADILan dan DAP.

"Kita Pakatan Rakyat memang bekerjasama, kalau tidak bekerjasama tak bolehlah 'pukul' Barisan Nasional baru ini dan kita kerjasama nak lawan Barisan Nasional. Di Kedah ini kita atur nak 'pukul' bagi tak bangun dah. Kita akan 'pukul' lepas ini!

"Dia tak payah kerjalah macam mana pun, bagi dia selesai rumah tangga dia dulu. Kita tahu apa mereka buat kerja sekarang ini. Sekarang kita 'silent', tunggu hari kita akan 'pukul' mereka. You settle you punya rumah tangga, kenapa mesti nak kacau rumah tangga orang," tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Korban di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini baru-baru ini.

Ujarnya, banyak perkara yang diputuskan dapat diterima bersama dalam Pakatan Rakyat dan terdapat juga perkara memerlukan masa sesuai untuk dilaksanakan, bagaimanapun pentadbiran dapat berjalan dengan baik.

Menjawab pertanyaan media berhubung tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan penguatkuasaan jualan arak, Menteri Besar menegaskan bahawa arak hanya diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada bukan Islam.

"Alkohol ini tidak haram pada orang bukan Islam. Yang ada enakmen ini larang bagi orang Islam minum. Kalau dia minum kita perlu ada satu pasukan penguatkuasaan, kekurangan pentadbiran itu akan ambil masa. Lesen-lesen untuk orang bukan Islam hendak minum kita kena berilah, kecuali kalau dia minum arak hingga merosakkan masyarakat, bila dia mabuk di langgar sana sini, itu tidak baik untuk kepentingan awam.

"Sesiapa pun tidak akan benarkan, ada undang-undangnya. Tapi kalau orang bukan Islam hendak minum arak, dia minumlah. Itu hak dia, tetapi hormatlah 'public order'. Orang Islam agamanya melarang, kenapa mesti kita benarkan," ujarnya menerangkan.

Memberi penjelasan lanjut, beliau berkata, umum menuntut untuk melaksanakan banyak perkara tetapi tindakan kerajaan perlu dilaksanakan berperingkat. - mks._

Ahad, 7 Disember 2008

Hari Penutup KBS


Dermawan sumbang RM5 juta bina rumah rakyat miskin

Sunday, December 7, 2008
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

YAN: Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan seluas 15.09 ekar di Dulang, di sini untuk pembinaan penempatan bagi rakyat miskin di daerah ini hasil sumbangan seorang dermawan melalui Tabung Tunku Mahmud.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Yan, di sini 3 Disember lalu berkata, dermawan itu memberi sumbangan sebanyak RM 5 juta untuk dibina 100 unit rumah. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama individu berkenaan.

Maklum beliau, tapak pembinaan itu asalnya akan dibangunkan penempatan bagi penduduk yang mengalami hakisan pantai di sekitar Pantai Kuala Sungai Sala hingga ke Sungai Yan. Selain daripada mereka yang berkenaan, penduduk miskin di daerah itu juga akan diberi penempatan di situ di mana pemilihan akan dijalankan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Guar Chempedak.

Pada sebelah petang, Menteri Besar dan anggota Exco telah melawat ke tapak penempatan berkenaan dan menerima taklimat yang disampaikan oleh Pengarah UPEN, Dato' Bashiruddin Haji Abdul Jamil yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan).

Sementara itu, wakil dermawan yang juga enggan namanya disiarkan berkata, perumahan 'mesra rakyat' tersebut akan dibangunkan dengan konsep bersepadu meliputi sosial, ekonomi dan alam sekitar.


"Kita tidak mahu dia tinggal di rumah itu, dia orang miskin tetapi putaran kemiskinannya tidak habis. Kita mahu orang yang tinggal di situ kalau boleh anaknya keluar dari kemiskinan," ujarnya yang turut memaklumkan bahawa surau, balai raya, bangunan pra-sekolah dan kedai akan turut dibina dalam merealisasikan konsep itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat untuk terus menyalurkan sumbangan seumpama itu bagi pembinaan penempatan di daerah-daerah lain pula dalam negeri Kedah.

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR, 6 Disember: Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia.

"Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini.

Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata untuk menghindarkan anak mereka dari terjebak dengan pelbagai anasir keruntuhan moral.

"Alhamdulillah, dari laporan yang saya terima, kebanyakan remaja yang sebelum ini mungkin sedikit nakal, bila keluar dari Kem Bina Sahsiah, mereka menunjukkan 100 peratus perubahan diri," katanya.

Ujarnya, ibu bapa turut menghantar surat mengucapkan tahniah, dahulunya anak mereka tidak solat, keluar dari Kem Bina Sahsiah, Alhamdulillah sudah tidak tinggal solat, bijak mengagihkan masa, hormat kepada orang tua dan berbagai lagi kesan positif hasil mereka lalui modul yang disediakan di Kem Bina Sahsiah.

Jelasnya, tentunya Kem Bina Sahsiah tidak mengharapkan pujian tersebut kerana matlamat utamanya adalah untuk melahirkan satu generasi remaja yang mempunyai jati diri dan kenal ajaran agamanya.

"Inilah konsep pembinaan insan yang akan kita tekankan sepanjang masa dalam usaha melihat satu generasi yang berdaya maju, pintar dan bertakwa," ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengucapkan syabas kepada semua peserta dan diharap mereka dapat mempergunakan segala apa yang dipelajari sepanjang kem berkenaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kem Bina Sahsiah 2008 Siri ke-5 dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.

Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Dr. Abd. Isa Ismail.

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

Oleh:  WADIASSOFI   JAAFAR

 

ALOR STAR, 6 Disember:  Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.

 

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia.

 

"Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.

 

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini. 

 

Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata untuk menghindarkan anak mereka dari terjebak dengan pelbagai anasir keruntuhan moral.

 

"Alhamdulillah, dari laporan yang saya terima, kebanyakan remaja yang sebelum ini mungkin sedikit nakal, bila keluar dari Kem Bina Sahsiah, mereka menunjukkan 100 peratus perubahan diri," katanya.

 

Ujarnya, ibu bapa turut menghantar surat mengucapkan tahniah, dahulunya anak mereka tidak solat, keluar dari Kem Bina Sahsiah, Alhamdulillah sudah tidak tinggal solat, bijak mengagihkan masa, hormat kepada orang tua dan berbagai lagi kesan positif hasil mereka lalui modul yang disediakan di Kem Bina Sahsiah.

 

Jelasnya, tentunya Kem Bina Sahsiah tidak mengharapkan pujian tersebut kerana matlamat utamanya adalah untuk melahirkan satu generasi remaja yang mempunyai jati diri dan kenal ajaran agamanya.

 

"Inilah konsep pembinaan insan yang akan kita tekankan sepanjang masa dalam usaha melihat satu generasi yang berdaya maju, pintar dan bertakwa," ujarnya.

 

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut mengucapkan syabas kepada semua peserta dan diharap mereka dapat mempergunakan segala apa yang dipelajari sepanjang kem berkenaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 

Kem Bina Sahsiah 2008 Siri ke-5 dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Muassasah Darul Ulum dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Kilometer 24, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, di sini selama 21 hari mulai 16 November 2008 hingga 6 Disember 2008.

 

Kem Bina Sahsiah telah mula dilaksanakan pada tahun 2004 hasil ilham Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

 

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Pembangunan Insan, YB. Dr. Ismail Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB. Dr. Abd. Isa Ismail.

Rabu, 3 Disember 2008

Orang Melayu miskin kerana siapa?

http://gemasuara.blogspot.com/

BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.

Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.

Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, maka lebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini.

Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah sosial juga. Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu?

Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat. Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa. Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang.

Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi tidak memberikan manfaat kepada orang Melayu.

Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa. Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu jangan terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja. Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera.

Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana. Mereka bercakap seolah-olah Pakatan Rakyat lebih mengutamakan orang bukan Melayu, tetapi Umno yang mempunyai kuasa yang lebih besar, langsung tidak mempedulikan orang Melayu.

Dalam keadaan seperti ini, dengan kegawatan ekonomi global, maka orang Melayu akan terus tersingkir daripada arus perdana. Orang Melayu paling miskin, paling ramai penagih dadah, paling ramai bermasalah sosial, paling tercorot dalam pendidikan dan sebagainya. Bahkan, kuasa politik orang Melayupun turut terjejas kerana permainan politik Umno.

Jika dalam tempoh 50 tahun sahaja, nasib orang Melayu sudah tidak menentu, bagaimana agaknya orang Melayu 50 tahun akan datang jika Umno terus diberikan kepercayaan. Orang Melayu mesti sedar hakikat ini dan data-data Jabatan Perangkaan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada ratusan masalah lain yang dihadapi sekarang.

Ayuh orang Melayu, membebaskan diri dari Umno, atau terus melayu!

HIMPUNAN BULANAN WISMA DARUL AMAN BULAN DIS 2008

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR STAR: Hubungan antara sektor awam dan swasta menjadi pemangkin keberdayaan pembangunan negeri Kedah.


Berucap pada Himpunan Bulanan Warga Wisma Darul Aman, di sini 2 Disember lalu, Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak merujuk perkara tersebut sebagai kerjasama antara pentadbiran awam negeri dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

Katanya, Kerajaan Negeri mahu terus memberi keyakinan kepada dunia bahawa negeri ini kekal stabil dalam menjalin hubungan dengan semua pihak.

“Bila orang yakin kestabilan politik, ekonomi, sosial dan pentadbirannya, maka orang akan datang tempat kita. Maka sebab itu hasil dari kerjasama kita semua, ramai orang datang ke tempat kita sekarang ini.

“Maksud saya bukan ramai datang jalan Langkawi membeli-belah, maksud saya ramai orang ingin berurusan dengan Kerajaan Kedah,” ujarnya yang melihat perkara itu hasil kesungguhan dan kecekapan semua pihak mengendalikan pentadbiran negeri.

Menteri Besar turut menyifatkan sepanjang sembilan bulan menerajui pentadbiran kerajaan sebagai masa yang menggembirakan kerana seperti bekerja bersama ahli keluarganya.

Hasil dari itu, katanya, pelaburan menjadi semakin rancak dan Kerajaan Negeri juga telah menerokai pelbagai bidang. Maka suasana itu memerlukan kepada kerjasama sektor awam dan swasta.

“Jangan fikir masalah pembangunan ekonomi Kedah diserah kepada agensi atau sektor swasta untuk kendalikan seolah-olah kita pentadbir ini tiada hubung kait. Ke semua proses ini akan datang kepada kita, akan datang Bahagian Pentadbiran, Ekonomi Negeri, Kerajaan Tempatan, Bahagian Pengambilan, Sumber Tanah dan seumpamanya.

“Ini dikatakan kerjasama kita semua. Saya harap semua ini akan terus baik apataah lagi yang kita bimbang sangat takut berlaku ‘money constrain’ (kekangan kewangan) dan bagaimana kita untuk menghadapinya,” katanya.

Menurut beliau, biarpun perancangan kerja telah dilakukan dengan baik, namun tidak tahu perkara yang bakal berlaku. Oleh itu, nasihatnya agar hal itu diserahkan kepada ketentuan Allah dan terus menumpukan kepada tanggung jawab kerja.

Pada majlis yang sama Menteri Besar turut menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 19 kakitangan Wisma Darul Aman.

Isnin, 1 Disember 2008

ISU BABI DI KEDAH: KONSPIRASI TERBARU UMNO/BN DAN TV3.

Oleh: Ibnu Bakrin

Babi atau khinzir dua perkataan yang mempunyai maksud yang sama merujuk kepada sejenis spesis binatang.Tetapi bagi orang Islam/Melayu dan bukan Islam ianya membawa maksud yang cukup jauh perbezaannya.

Bagi orang Islam/Melayu babi merupakan binatang yang haram lagi menjijikkan namun kepada bukan Islam ianya binatang yang cukup bermakna. Selain sebagai makanan yang enak ianya juga merupakan produk perniagaan yang menguntungkan kerana tabiat pembiakannya yang berproduktiviti tinggi, dikatakan mengikut jumlah turutan bulanan serta mendapat permintaan yang tinggi.

Dalam kontek politik, khususnya di Malaysia yang bermasyarakat majmuk, apa saja yang berkaitan dengan babi merupakan bahan politik yang cukup sensasi dan berkesan terutama dalam kaedah politik berpandukan ‘devide and rule’ yang menjadi amalan rejim Umno/BN.

Terbaru, Pakatan Rakyat pimpinan PAS yang menguasai teraju pentadbiran kerajaan negeri Kedah cuba dimangsakan oleh konspirasi politik yang berasaskan kepada binatang ini.

Bermula daripada soalan yang dikemuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah oleh ADUN Bakar Bata melalui garapan ayat yang berunsur provokasi atau ‘malafide’ seterusnya diputar-belit serta disensasikan oleh media dengan cara yang tidak bermaruah dan bercirikan etika kewartawanan picisan.

ADUN Bakar Bata bertanya samada kerajaan negeri bercadang untuk merancang projek ternakan babi secara komersial sedangkan projek tersebut telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri semasa dibawah pentadbiran rejim Umno/BN dahulu lagi iaitu pada 04 Disember 2007.

Untuk rekod, projek yang telah diluluskan akan menggunakan teknologi termoden dan berpusat yang bakal menempatkan sebanyak 46,000 ekor babi pada satu-satu masa sebagai bekalan untuk keperluan di Kedah dan Pulau Pinang.

Untuk rekod, ADUN Bakar Bata ketika itu merupakan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang memegang potfolio antaranya Kerajaaan Tempatan dan terlibat secara langsung semasa proses keputusan itu dibuat.

Jelas sekali tujuan soalan itu dikemukakan hanya bertujuan untuk memerangkap serta berkepentingan politik sempit semata bukannya atas dasar keperihatinan atau demi kesejahteraan rakyat dan negeri.

Umno/BN cuba menjadikan isu ini untuk menghakis keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat pimpinan PAS terutamanya kepada orang Islam / Melayu dan menimbulkan ketegangan antara kaum setelah mereka gagal menanganinya dalam isu kuota 50% perumahan yang dilihat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

Soalan ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak semasa sessi ucapan pergulungan usul menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Sultan dan perbentangan bajet 2009, dengan jelas menyatakan projek ini hanya akan diteruskan sekiranya tidak mendapat bantahan daripada rakyat.Pendekatan ini diambil sebagai menghormati kehendak rakyat pelbagai kaum dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Ironinya, jika kerajaan negeri terus ditadbir oleh rejim Umno/BN selepas PRU12 pasti projek ini telah dilaksanakan tanpa disedari oleh rakyat di kawasan perindustrian berat kayukayan dan perabut Bukit Selambau.

Hanya setelah Pakatan Rakyat pimpinan PAS mengambil-alih teraju pentadbiran kerajaan negeri maka perlaksanaan projek ini dibatalkan dan perlu dikaji semula kesesuaian lokasi sekiranya hendak diteruskan.

Namun fakta-fakta ini tidak dijelaskan kepada rakyat walaupun Ustaz Azizan secara khusus telah berulangkali meminta agar ianya dilaporkan dengan adil dan telus oleh semua wartawan yang berada didalam dewan semasa sessi ucapan pergulungan serta sidang media yang dihadiri oleh media elektronik dan cetak.

Malah beliau menegaskan sekiranya pihak media tidak memberikan laporan secara adil dan telus, kemungkinan pada sidang dewan yang akan datang wartawan tidak lagi akan dibenarkan berada didalam dewan.

Konspirasi antara Umno/ BN ( baca Mahdzir Khalid ) dan TV3, media elektrik yang terkenal dengan pemberitaan politik yang berat sebelah dan memutar belitkan fakta serta jauh menyimpang dari etika profesionalisma kewartawanan.

Anak sulong kumpulan Media Prima ini yang turut dibantu oleh adik bongsunya TV9, boleh lah disifatkan sebagai media jalangan politik ‘high class’ dengan Umno/Bn sebagai ‘bapak ayam’.

Dalam kontek politik negeri Kedah terdahulu, gabungan TV3 denganDatuk Seri Diraja Mahdzir Khalid sebagaimana yang sering diperkatakan oleh rakyat Kedah umumnya telah berperanan menjatuhkan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakbah bagi membolehkan Mahdzir Khalid mengambilalih jawatan Menteri Besar.

Selepas PRU 12, setelah negeri Kedah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, gabungan antara antara TV3 dan Mahathir Khalid terus berperanan untuk mengelirukan rakyat Kedah.

Bermula dengan isu ‘jet peribadi dan payung diraja’, kemudiannya di-ikuti dengan sessi dialog penerangan dan dasar kerajaan anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang cuba disensasikan namun kedua-duanya tidak berhasil dan mengalami kebuntuan.

Malah isu ‘ jet peribadi dan payung diraja’ telah memaksa Ketua Pegawai Eksekutif TV3 dan rombongan mengujungi Wisma Darulaman dan Istana Anak Bukit untuk memohon kemaafan dan keampunan, sementara dalam isu dialog penerangan dan dasar kerajaan pulak dengan mudah telah ditangkis oleh Ustaz Azizan.

Lalu babi pulak dijadikan bahan untuk mereka terus mengelirukan pandangan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS.Pastinya selepas ini pelbagai lagi perkara atau apa saja akan dijadikan isu untuk diputar-belitkan oleh TV3 demi survival Umno/BN.

Cuma kebelakangan ini TV3 tidak lagi menghantar jurukamera dan wartawan dengan labelnya sendiri untuk membuat liputan sebaliknya menggunakan label TV9 yang dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan kerajaan negeri. Sekiranya keadaan ini berterusan tidak mustahil TV9 juga akan turut menerima nasib yang sama dengan kekandanya.

Ustaz Azizan khususnya, diakui oleh sebahagian besar wartawan – wartawan samada dari media cetak maupun elektronik sebagai antara pimpinan Pakatan Rakyat yang mesra media dan sentiasa memberi layanan yang baik setiap kali berhadapan dengan liputan atau soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak media, itupun masih lagi dikhianati.

Bagaimana pulak dengan rakyat yang sering kali ditipu dan disogok dengan sesuatu yang palsu sedangkan mereka membayar dan berhak untuk mendapat sesuatu yang benar dan berkualiti.

Adakah wartawan, pengarang, penerbit atau penggiat media tidak merasa bersalah atau sememangnya mereka terdiri daripada manusia – manusia yang rendah nilai dan akar budi ? Halalkah hasil atau gaji yang dibawa pulang untuk disuapkan ke-mulut anak dan isteri serta ibubapa dirumah?

Jangan sampai orang ramai meludah atau memaki hamun setiap kali berselisih dengan wartawan/penggiat media atau diumpamakan sebagai anjing- anjing pemburu yang digembala oleh rejim Umno/BN. Agak keterlaluan bunyinya namun realiti yang terpapar adalah justifikasinya kecuali senario atau budaya ini dapat diubah.

“Lu orang fikirlah sendiri..” kata Nabil si raja lawak namun frasa kata itu cukup mendalam maknanya.

5 Aktivis Unit Amal akan dibicarakan esok

BALING 28 Nov - Seramai lima orang aktivis Dewan Pemuda PAS Baling yang ditahan dalam Himpunan Bersih pada bulan November 2007 lalu akan meneruskan proses perbicaraan mereka pada 2 Disember 2008 (Selasa) ini di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Mereka adalah antara puluhan petugas PAS dari kalangan Unit Amal yang ditangkap secara rambang oleh pihak polis ketika meleraikan himpunan bersejarah tersebut. Gelaran 'tentera merah' diberi kepada anggota Unit Amal dalam peristiwa tersebut kerana pengorbanan dan ketabahan mereka mengawal keselamatan pimpinan PAS dan orang ramai walaupun terpaksa berdepan dengan FRU & bermandikan water canon.

Ahad, 30 November 2008

Apabila babi ' masuk ' politik

Artikel
Oleh : kelulut@telokbakong.com

Tidak sudah - sudah isu babi .Dahulu media massa bersopan santun sebutan Arab jadi pilihan. Apabila PR memerintah perkataan yang paling dibenci oleh orang melayu itu jaja siang dan malam .Jika sebelum ini orang melayu jarang dapat melihat babi tapi kini TV3 suka ulang tayang .
Untuk membuktikan kepada orang melayu bahawa babi semakin berkembang biak dimalaysia semenjak PR memerintah beberapa buah negeri.


Al kisah ratusan ribu si babi diselangor mahu dipindahkan ke ladang lebih moden .Melayu Umno melompat - lompat marah kononnya Melayu PR ikut cakap Cina .Mereka buat - buat lupa walhal projek itu berasal dari pemikiran otak Melayu Umno juga.
Umno tahu orang melayu jijik, alergik dengan babi.Mereka maklum bahwa orang melayu sensitif . Sebab itulah mereka dapat bola tanggung apabila kerajaan PR teruskan projek pemodenan ladang babi .
Umno marah ladang babi besar- besaran tetapi kita pelik apabila mereka tidak marah apabila ada kasino antara yang termasyhur dan terbesar di Asia berada di Pahang Darul Makmur !
Kini negeri kedah pula dihebohkan akan menempatkan semula ladang babi yang moden.Tanpa perlu membawa babi hidup diatas lori apabila mahu memasarkan haiwan berkenaan.Melayu umno angkat sepanduk dan membantah.Rupa - rupa projek itu juga adalah asal kerajaan BN sebelum ini.
Kenapa mereka marah ? agaknya babi zaman BN kurang sedikit makam "keharamannya kot??...
Babi sana ,babi sini....Melaka pula ada kisah kepala babi sangkut atas pagar rumah jawatankuasa pemantauan babi....wahhh...hebat ....!!
Sebenarnya Umno sudah hilang modal politik . Yang tinggal hanyalah babi dan hak ketuananan Melayu yang menurut acuan umno .Mereka lupa atau buat - buat lupa gerombolan merekalah yang menjahanamkan hak melayu.
Jadi untuk menampakkan kehebatan mereka maka isu babi yang menjadi mangsa politik.
Dengan harapan orang - orang Melayu akan marah membabi buta .
www.telokbakong.com

Sabtu, 29 November 2008

Malapetaka Berganda BN: Sudah Jatuh ditimpa Tangga?

Analisis Isu Oleh Ajeem

Nampaknya hari ini (28 november 2008) rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu benar-benar mendapat kejutan apabila Pilihan Raya Kecil bakal dijalankan di negeri tersebut.

Barisan Nasional khusunya UMNO benar-benar menjadi mabuk tidak tentu arah dan seperti cacing kepanasan. Mungkinkah nasib BN diambang akhir dan sudah jatuh ditimpa tangga?. Saat pemimpin UMNO sedang bergelut antara satu sama lain untuk merebut jawatan dan 'memperkayakan' diri masing-masing atau dalam erti kata lain sedang berhempas pulas mengumpul harta dunia kini mereka bakal diuji lagi apabila kawasan Parlimen 36,Kuala Terengganu bakal diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Selepas ini akhbar perdana pasti akan menyiarkan berita berkenaan PRK dan mengurangkan berita berkaitan rasuah UMNO dan perebutan jawatan. Datuk Razali Ismail penyandang kerusi P36 yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Terlalu banyak pandangan berkenaan kekosongan kerusi parlimen tersebut tetapi cukuplah saya mengatakan bahawa inilah masa untuk menguburkan politik UMNO khususnya kerana ibarat sudah terang lagi bersuluh UMNO begitu buruk dan hodoh sifatnya apabila setiap hari pertelingkahan pemimpin dan rasuah dalam UNO tidak pernah ketinggalan terpapar di dada akhbar. Ianya seolah-olah 'jamuan' bagi rakyat marhaen yang semakin hari semakin sengsara. Bukan berita baik berkenaan pembangunan negara yang banyak menghiasi akhbar tetapi berita berkenaan ketamakan pemimpin 'membaham' wang rakyat yang dipaparkan saban hari.

Bagi saya secara peribadi, sekiranya rakyat Kuala Terengganu memberi kemenangan lagi kepada BN maka inilah kawasan pertama selepas PRU 12 yang bakal menjadi jahanam kerana tiada kemahuan untuk berubah. Tetapi saya yakin rakyat di P36 Kuala Terengganu begitu bijak memilih pemimpin. Jangan lupa Pakatan Rakyat menang 3 daripada 4 kerusi DUN dikawasan P36 ini maka peluang Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden PAS untuk memenangi kerusi tersebut begitu tinggi. Mat Sabu sepatutnya sudah boleh 'berkokok' di Parlimen pada masa kini kerana calon BN hanya menang kerana undi Pos yang beribu-ribu dan beliau merupakan salah seorang yang boleh digelar "MP POS" atau "PUTERA POS".

"saham politik" Mat Sabu benar-benar melonjak selepas beliau menjadi pengerusi bagi protes 100,000 (BERSIH) rakyat pada november tahun lalu. Ketokohan beliau begitu terserlah dan dilihat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikut perkembangan zaman malahan secara peribadi saya melihat ketokohan beliau dalam politik lebih hebat berbanding Timbalan Presiden PAS iaitu Nasharuddin Isa. Maka, adalah wajar sekiranya beliau menjadi calon kali kedua bagi kerusi parlimen tersebut.

Berilah peluang pemimpin seperti beliau untuk berada di Parlimen bagi membawa suara rakyat. Adalah menjadi kebodohan sekiranya pencuri diberi peluang untuk terus mencuri dan pencabul diberi peluang untuk terus mencabul dengan sewenang-wenangnya. Rakyat tidak boleh menunggu setengah dekad lagi bagi membawa perubahan tetapi ambillah peluang yang ada bagi berbuat demikian. Walaupun BN akan berjuang bermati-matian tetapi sekiranya rakyat bijak membuat pilihan dan berjuang dengan sabar maka kebobrokan yang dilakukan oleh BN akan terkubur.

Buat peringatan semua, BN kini hanya mempunyai 138 kerusi dan bakal berkurangan dari hari ke hari. Ahli Parlimen SAPP 2 orang telah menjadi MP bebas manakala kerusi Pensiangan Sabah bakal 'terlepas' jika mahkamah bebas dalam membuat keputusan, kini Kuala Terengganu menanti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menjadikan BN hanya mempunyai 136 kerusi. Nampaknya usaha yang dilakukan oleh PR untuk membentuk kerajaan bakal menjadi kenyataan sekiranya 'fenomena' seperti ini bakal berterusan sebelum PRU 13.

"MELANGKAH KE ARAH PERUBAHAN"

Blog Pengirim: http://egimbb.blogspot.com

Salahuddin Ayub utus ucapan takziah dari Mekah

29 Nov 2008 10:36AM

Oleh Salahuddin Ayub

BAGI pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam.

Kembalinya kerahmatullah Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sistem pembangunan pendidikan negara. Allahyarham banyak memberikan perkembangan positif dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara untuk generasi yang akan datang.

Kami berharap dan mendoakan agar Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah di atas ujian yang telah melanda. Kami juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh jua. Amin

* YB Salahuddin Ayub merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - Pengarang

Rabu, 26 November 2008

Kerana TV3 babi jadi glamour

Kisah babi dan cerita 'pendekar babi' Zhū Wùnéng

Oleh Faizal Riduan

DI DALAM Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan maki hamun, caci cerca, herdik hina dan gelaran babi kepada seseorang adalah satu gelaran terburuk (peringatan kepada orang yang mengelarkannya jauh lebih buruk!).

Malah dalam sejarah Perang Larut Ketiga, Lee Ah Khun pemimpin kumpulan Ghee Hin dan pasangan mukahnya isteri orang dari kumpulan Han San dihukum dengan disumbat dalam raga bekas isi babi dan dihumban ke dalam lombong tinggal – begitulah sinonimnya babi bagi menunjukan penghinaan yang teramat sangat.

Sedari kecil ibu saya (kacukan Malayu dan Cina) melarang menyebut gelar ‘babi’ kerana akan dianggap bermulut lancap, celupar dan carut – hukuman mandatori mulut akan dikuti atau diciliapikan.

Paling tidak saya akan memanggil babi sebagai khinzir yang dikira lebih sopan – begitu halusnya budi bahasa menjadi seorang Melayu.

Semasa di universiti saya dan rakan Cina (terutama Chow Wah Hon & Loh Lun San) biasa bergurau-senda dengan menyebut babi sebagai bab1 (bab-satu). Tabo malu itu masih kekal sehingga kini.

Babi yang satu masa dahulu menjadi perkataan yang fobia tiba-tiba menjadi begitu obsesi bagi orang Melayu.

Baik di peti TV, laman sesawang (internet), helaian akhbar sampai ke sembang kedai kopi malah di parlimen, Yang Berhormat lulusan Oxford dan lulusan Haji Baitullah menggunakan bahasa berlabel seperti Projek Khinzir Raksaksa (PKR) dan Babi Negara (BN) – babi, babi, babi!

Tiba-tiba orang Melayu mempunyai kegilaan semacam terhadap babi yang jika dianalogikan menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) edisi keempat sebagai gila babi atau sawan babi atau ayan atau epilepsi dalam bahasa perubatan moden iaitu sejenis penyakit saraf (neurologikal) yang menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak.

Tidak semena-mena pula ramai tokoh muncul entah dari mana datangnya sang juara membuat kenyataan tentang babi tanpa hujung pangkal, usul periksa dan letak duduk perkara yang sebenarnya.

Ia lebih parah dan kritikal apabila ditanggapi oleh orang awam yang kurang ilmu dan maklumat menjadikannya lebih sensasi dengan emosi, lebih sandis dengan prejudis. Isu yang sebenar tenggelam lemas dek asakan sempit perkauman yang bertubi-tubi tetapi tidak seperti ‘berisinya ubi’ – kosong.

Kini isu babi berkisar melarat sehingga ke negeri Kedah yang diperintah oleh Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Semalaysia (PAS) sehingga Tun Mahathir menyifatkan PAS ditungangi oleh DAP yang hanya mempunyai 1 kerusi sahaja dan tidak boleh bersuara sehingga tidak kedengaran tentang buah mulut negara Islam PAS seperti dahulu lagi.

Persoalannya bukankah semasa zaman Tun Mahathir sendiri ‘babi-babi’ ini masih berkeliaran walaupun beliau mengistiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam?

Melihat isu babi dari sudut sempit perkauman sebenarnya sangat tidak adil bahkan jatuh kepada kategori zalim bagi orang Islam.

Kita sewajarnya melihat isu ini mengatasi sempadan agama dan bangsa menjadikan lebih rasional dan profesional.

Mengaitkan babi dengan orang Cina adalah contoh mentaliti kelas bawah sebawah tempurung kelapa, tidak glokal (istilah catchy ciptaan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak) kerana babi juga adalah makanan kegemaran orang Jerman.

Sebenarnya masyarakat Cina bukan melihat babi dari aspek makanan semata-mata tetapi meliputi aspek kepercayaan, budaya dan pandangan hidup mereka.

Contohnya di dalam astrologi Cina, babi (dalam versi Jepun hanya terdapat zodiak babi hutan) adalah salah satu daripada 12 zodiak haiwan iaitu kaedah penilikan nasib pada masa depan berasaskan kalendar Cina dengan sumber astronomi dan falsafah Cina kuno berdasarkan kitaran enam puluh tahun yang bermula semenjak zaman Dinasti Shang.

Dalam kebudayaan mereka pula, babi dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan (sekarang baru saya tahu mengapa orang Cina sungguh berani) malah anak yang lahir pada tahun tersebut dianggap amat bertuah kerana menjadi seorang yang periang dan jujur.

Epik Cina yang terkenal, Journey to the West juga mengandungi watak hero babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.

Satu perkara yang ramai orang Islam tidak tahu bahawa mendiang Tan Sri Loh Boon Siew (lebih dikenali sebagai 'Mr Honda') yang merupakan pengasas Boon Siew Honda yang juga jutawan dari Pulau Pinang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Fujian, China dengan mengutip najis babi untuk dijual sebagai bahan bakar.

Ironinya, jika anda tidak boleh memandang kepada seekor babi sebagai makhluk tuhan, berilah orang lain (tentunya orang bukan Islam) memandangnya dari sudut positif walau hanya dengan najisnya!

Pengharaman babi sebagaimana jelas dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah Al-An'am ayat 145 sebenarnya bukan hanya sensitiviti mutlak kepada umat Islam sahaja.

Bahkan agama Kristian dan Yahudi juga menjauhinya sebagaimana dalam larangan Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8, Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4, dan Chapter 66, Verse 17.

Adapun kefobiaan terhadap babi lebih kepada amalan spiritual seperti balasan dosa yang dilakukan di dunia.

Dalam kepercayaan animisme seperti amalan suku Nias di kepulauan barat Sumatera, roh si mati boleh memasuki tubuh babi dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya.

Ianya meyerupai kepercayaan kelahiran semula dalam agama Hindu dan Buddha.

Bagi orang Islam pula terdapat kepercayaan tentang balasan Allah yang ditunjukan ketika mati apabila mayatnya berkepalakan babi (awas kepada mereka yang mempolitikan isu babi!).

Ramai di kalangan kita yang beragama Islam berbangsa Melayu yang pastinya melebihi majoriti dua pertiga melihat babi sekadar binatang bermuncung panjang dan berhidung leper – jijik, loya dan mual!

Inilah antara warisan larangan Rasullullah yang paling berjaya diharamkan sedangkan larangan lain yang sekutuk atau lebih teruk hukumnya seperti minum arak, main nombor ekor, zina, sumbang mahram, memfitnah, mengumpat dan mengadu-domba menjadi amalan terang-terangan bagi mereka yang Islam pada nama dan Mykad sahaja.

Lebih malang, ada orang Islam yang makan rasuah, makan riba, makan komisen (dengan cara yang tidak sah), makan judi (termasuk main nombor), makan dadah (penagih), makan skim cepat kaya, makan hak orang lain atau makan sebarang hasil haram yang setaraf dengan memakan babi!

Barangkali kerana babi dari sudut sainstifik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia (tidak hairan mengapa ada yang berperangai seperti b*b* – maaf!).

Malah jantung babi pernah digunakan sebagai ganti jantung manusia yang sakit tenat sementara menanti penderma yang sesuai.

Persamaan genetik ini memungkinkan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies) yang kesannya kehilangan ketahanan badan bagi melawan penyakit baru.

Dalam kes virus Nipah, penyelesaiannya hanya dua pilihan sama ada menghapuskan manusia berhampiran babi atau menghapuskan babi berhampiran manusia.

Hasilnya, kesemua babi dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali dari muka bumi bukan kerana azalinya berspesiskan babi sebaliknya demi kemashalatan dan keselamatan manusia sekeliling.

Rasanya semua orang Islam sekalipun tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam subjek Pendidikan Islam, sedia maklum hukum haram babi (bukan sekadar memakannya tetapi juga melibatkan diri dari sebarang hasil daripadanya seperti bekerja, mengambil upah atau berniaga termasuk atas nama membawa masuk teknologi dari Jerman!).

Tetapi jangan lupa sebenarnya ia terpakai hanya pada umat manusia Islam sahaja dengan dua keadaan iaitu haram bagi umat Islam dan haram juga bagi umat Islam mengharamkan sesuatu yang halal bagi kaum lain (pengecualian dalam hal darurat).

Kita lebih tahu babi adalah sejenis najis berat mughallazah yang boleh disucikan. Tetapi yang sebenarnya dituntut dalam Islam ialah samak dan thaharah kerana terkena najis dan bukan kerana dosa.

Bagaimana pula dengan penyakit seketul hati yang penuh prasangka dan prejudis hingga hilang timbang rasa ihsan dan adil, kemudian mengotorkan hubungan perpaduan antara kaum yang menjadi asas terpenting dalam Islam dengan matlamat yang lebih besar demi pembinaan sebuah negara bangsa yang harmoni, rukun dan aman damai?

* Isu babi di Kedah mengulangi sejarah polemik perkauman isu babi di Selangor. Saya lihat isu ini telah dipolitikan. Orang Islam kurang sedar mengenai falsafah di sebalik babi dalam kepercayaan masyarakat cina. Artikel ini adalah sebuah penulsian ilmiah. Sudah lama saya siapkan namun belum pernah diterbitkan. - Penulis

Kisah MP pakatan yang suka menyampuk dan Speaker yang senget sebelah

Oleh Mohd Sayuti Omar

ADA waktu-waktu sikap ahli Parlimen pembangkang begitu keras dan menjolok mata. Banyak yang saya kurang setuju dengan telatah dan penampilan sesetengah ahli Parlimen pembangkang, terutamanya yang suka menyampuk percakapan ahli lain. Perangai suka menyampuk ini tidak mudah untuk dibuangkan mungkin perangai ini diwarisi sejak dari mereka kecil lagi. Perangai asal penyakiti keturunan!

Pantang orang bercakap dia menyampuk, lepas itu dia ketawa. Macam main-main saja, tidak serius dan menggambarkan seorang ahli profesionali! Disebabkan perbuatan yang kurang manis inilah kadang-kadang isu yang penting terbiar begitu saja dan isu lain yang remeh temeh pula diperdebatakan bagaikan nak rak. Berlakunya perbalahan sehingga menjadikan Parlimen macam pasar ikan gara-gara perbuatan suka menyampuk tidak senonoh ini.

Dalam perhatian saya ada beberapa orang ahli Parlimen yang terkena saka penyakit ini. Mereka datang dari kedua belah pihak, pembangkang dan juga pihak kerajaan. Kewujudan ahli suka nyampuk ini sering kali ada pada setiap kali penggal Parlimen. Semacam species ini senantiasa saja ada dan sukar pula untuk dibasmikan. Mereka menjadi pelengkap Parlimen Malaysia.

Dari pihak pembangkang, ahli yang suka menyampuk ialah ahli Pokok Sena dan Padang Serai. Mereka ini terkenal dengan karektor menyampuk ini. Mereka tidak boleh mendiamkan diri ada-ada saja yang beliau nak celah dan sampuk orang yang bercakap. Malahan sikap ahli Padang Serai lagi dering apabila beliau boleh melangkah menghampiri speaker dan membisikan sesuatu. Beliau menjadikan speaker seperti rakan main gulinya semasa kecil.

Begitu juga dengan wakil Pokok Sena. Perangainya melucukan! Pernah seorang wakil Kerjaaan menyamakan telatah beliau seperti binatang atas pokok. Bahasa yang dikeluarkan juga kurang beradab dan tidak menandakan ciri-ciri seorang wakil Islam. Kononnya dengan menyampuk itu dia melawak, tetapi lawakan itu menyerlahkan dirinya yang sebenarnya.

Baik kalau mereka berdua (Padang Serai dan Pokok Sena) ini selepas habis ahli Parlimen atau sesudah tidak menang dalam pilihan raya kelak mereka bergabung tenaga tubuhkan kumpulan lawak boleh ganti Jamali Shadat dan Hamid Gurkha.

Manakala di pihak kerajaan pula dua juga ahli yang dikenali terkenal dengan menyampuk dan suka menjerit dan memperli ahli lain. Mereka ialah wakil dari Kinabatangan dan Batu Pahat. Kadang kala jeritan mereka mengalahkan ungka dan orang utan dalam rimba. Keadaan mereka menjadikan spekaer, pusing kepada dan terpaksa membekalkan panado dalam saku setiap kali melangkah masuk ke Parlimen.

Kelantangan melampau mereka ini menyenakkan telinga pemerhati mendengar. Pernah sekali wakil dari Batu Pahat kerana vokal tidak menentunya diherdik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Anwar memintanya supaya belajar agama dan tahu berada bila bercakap atau berhujah.

Jadi kedua pihak ada wakil-wakil yang layak berada dalam kandang serkas. Bagaimana pun dalam melayani watak-watak dan telatah ini ada semacam tidak kena dilakukan speaker. Speaker seperti tidak bersikap adil dalam hal ini dan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk melakukan diskrimiansi dengan membela ahli Parlimen Kerajaan dan muda terasa dan bertindak ke atas ahli pembangkang.

Benar ada kalanya lagak pembangkang melebih-lebih tetapi apa kurangnya dengan ahli Parlimen kerajaan. Namun yang selalu dikenakan hukum ialah ahli pembangkang. Tindakan memberi gambaran tidak baik kepada seorang sepeaker yang harus adil, bijaksana dan peka dengan keadaan.

Misalnya kejadian siang tadi di mana menyebabkan ahli Puchong, Gobind Sing Deo digantung sidang selama dua hari adalah kesilapannya bermula dari tindakan speaker yang tidak adil dan bersikap senget sebelah dalam tindakannya.

Jelas dalam sidang tadi Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaaffar gagal menjadi speaker yang bijak dan terpalit dengan emosi dalam melayan ahli Puchong itu. Beliau sepatutnya tidak bertindak menggantung wakil Puchong berkenaan berdasarkan amarah tanpa fakta yang kemas.

Beliau harus meneliti kenapa wakil Puchong itu jadi emosi dan menjerit-jerit macam orang kejar pencuri. Puncanya ialah dari speaker sendiri. Keputusan dibuat Wan Juniaidi untuk tidak meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamad Nazri Aziz supaya meminta maaf atas kekhilafannya adalah kurang tepat.

Alasan digunakan beliau kerana Nazri tidak berniat hendak mengeliru dan berbohong di Parlimen berhubung kedudukan kelima hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebanyak RM10.5 juta itu tidak kena dan relevan dengan apa yang berlaku.

Mungkin betul Nazri tidak berniat begitu dan tidak perlu dihadapkan ke jawatankuasa khas Parlimen. Tetapi dengan memutuskan begitu saja tanpa memberi apa-apa amran kepada Nazri yang tidak peka dengan fakta itu tidak adil. Kalau Wan Juniadi bijak beliau harus memanggil Nazri agar memohon maaf kepada Parlimen atas kesilapan itu. Contoh klasik yang beliau petik hal sama pernah dilakukan oleh ahli Parlimen negara asing juga tidak menyakinkan untuk menerima tindakannya Nazri atau beliau itu sebagai betul.

Begitu juga alasan diberikan Wan Junaidi yang Nazri tidak tahu mengenai fakta bukan jalan penyelesaian. Jawaban itu sendiri menjelaskan Nazri gagal menjalankan tuagsnya sebagai Menteri. Sepatutnya selaku menteri Nazri tahu segala maklumat itu (berhubung pembayaran ex-gratia dan kedudukan hakim yang menerima wang itu) dan kalau beliau confius beliau boleh menangguhkan menjawab persoalan itu. Beliau selilidiki dulu kemudian baru memberi jawaban.

Apa yang dilakukan Timbalan Speaker menggantungkan wakil Puchong dan tidak memanggil wakil Padang Rengas itu satu tindakan bagi menyelamatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Ada benarnya juga bila wakil Puchong memperkatakan yang speaker cuba melindungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Kesimpulannya setiap keributan yang berlaku dalam Parlimen (kecuali dilakukan si penyampuk) adalah kesilapan dan kelamahan speaker juga. Ada kalanya speaker sendiri yang mendorong ke arah berlarutannya pergaduhan dan pertegangan leher di Parlimen. Saya nampak kadang kala speaker ingin bertindak menjadi Backbanchers.

Bagi menjamin kewibawaan spaeker dan kewibawaan Parlimen saya rasa elok kalau speaker termasuk dua timbalannya belajar dan menimba pengalaman speaker-spear sebelum ini yang jelas lebih adil dan profesional.

Salah seorang bekas speaker yang boleh dicontohi dan sering disanjung tugasnnya ialah Allahyarham Tan Sri Zahir Ismail. Baik Wan Junaidi atau Pendikar Amin Mulia rajin-rajinlah membuka semula rakaman persidangan Parlimen sewaktu Allahyarham menjadi speaker. Belajarlah dari Tan Sri Zahir yang berhemah, lemah lembut tetapi tegas itu.

Ingatlah wibawa sesebuah negara dan demokrasi itu terletak kepada Parlimen; pincang Parlimen maka pincanglah negara dan demokrasi. / msomelayu.blogspot.com

PERTEMUAN REHDA-MB BERJAYA SELESAI ISU KUOTA PERUMAHAN

Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR STAR - Keputusan Kerajaan menambah kuota daripada 30 kepada 50 peratus bagi Bumiputera dalam pembangunan perumahan mendapat persetujuan daripada Persatuan Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis setelah diadakan perjumpaan dan perbincangan dari hati ke hati dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Bilik Gerakan Wisma Daril Aman.


"Kerajaan Negeri Kedah tidak ada masalah dengan pihak REHDA setelah kita beri penerangan kepada mereka dan dan mereka bagi cadangan akan beberapa masalah mereka kepada kita.


"Ini hanya masalah mekanisme iaitu jualan rumah kos Bumitputera kalau tidak dibeli. Mereka minta perundingan supaya kerajaan mengadakan perbincangan bersama REHDA secara detail macam mana sekatan-sekatan dan maklumat menanganai kuota," katanya dengan menyatakan kegembiran apabila mendapat laporan unit-unit rumah telah habis dibeli oleh Bumiputera.

Cuma yang menjadi masalah, katanya, rumah-rumah kedai kerana pembeli Bumiputera khususnya orang-orang Melayu tidak berminat. "Mereka merayu supaya Kerajaan Negeri selesaikan masalah ini kerana mereka telah membelanjakan jutaan ringgit," ujarnya.

Untuk menangani masalah ini YAB Dato' Seri Ustaz Azizan berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Teknikal akan mengkaji dari segi agihan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan sentiasa bersama-sama REHDA membantu pembangunan perumahan di Kedah ini untuk memberi keselesaan kepada semua pihak .

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa REHDA.

Selasa, 25 November 2008

Pertanian adalah pekerjaan terbaik

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR STAR: Kerja-kerja berkaitan pertanian merupakan usaha yang berhadapan dengan ketidakpastian. Sedang ketidakpastian itu pula merupakan satu unsur tawakal kepada Allah. Kerana itu Imam Syafie pernah menyatakan pandangannya bahawa pertanian adalah pekerjaan terbaik.

"Walaupun hasil pertanian itu belum pasti, tetapi tawakal ini ia hadir bersama dengan pahala," jelas Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah Tahun 2008 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini 16 November lalu.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas luahan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Dato' Badri Yunus berhubung permasalahan dan risiko yang dihadapi sektor pertanian khususnya di negeri ini.

Ketika melanjutkan ucapannya berhubung halatuju pertanian di negeri Kedah, Menteri Besar berkata, walaupun pertanian kini diterima sebagai perniagaan, tetapi tidak kesemuanya boleh dianggap sebagai perniagaan.

Menurutnya, pertanian terbahagi kepada dua iaitu komoditi dan makanan. Komoditi pertanian jelas beliau, berkait dengan permintaan dan penawaran yakni kehendak. Tetapi, makanan dalam pertanian merupakan bekalan yang menjadi keperluan asas.

"Krisis yang melanda menyebabkan lahirnya Program Jaminan Makanan (Food Security Programme). Oleh itu, penting kerajaan menjamin stok dan pengeluaran yang mencukupi melalui polisi tertentu," terangnya dengan menyebut beberapa langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan Negeri.

Selain dikenali sebagai negeri jelapang padi katanya, Kedah kini mahu dikenali juga sebagai negeri jelapang makanan. Merujuk kepada keterangan Ibnu Khaldun yang pernah menyatakan hubung kait antara sektor pembuatan dengan sektor pertanian, beliau mahu kejayaan pertanian di negeri ini dipertingkatkan melalui jalinan industri hiliran dengan industri huluan dalam sektor tersebut.

Terdahulu, Dato' Badri dalam ucapannya mahu kerajaan juga mengambil tanggung jawab terhadap bencana yang menyerang dan menjejaskan pengeluaran hasil pertanian. Beliau memberikan contoh peranan yang diambil Jabatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan dalam menangani penyakit-penyakit haiwan ternakan dan kes-kes kesihatan yang dihadapi manusia.

"Apa salahnya beras sebagai makanan negara, musuh-musuh padi ini juga diatasi kerajaan," ujarnya melontarkan cadangan berhubung bencana dihadapi pesawah seperti serangan siput, tikus dan rumput.

Mengakhiri ucapannya, beliau mahu Pertubuhan Peladang Kawasan diberi peluang menyuarakan pandangan dalam perjumpaan atau mesyuarat di bawah kendalian Kerajaan Negeri.

Pada konvensyen sehari itu, sebanyak lima kertas kerja dibentang berkaitan tanaman, penternakan, hortikultur, pemasaran dan teknologi pertanian. Menteri Besar turut sudi menyampaikan anugerah kepada 18 penerima yang cemerlang dalam sub-bidang masing-masing di akhir majlis.

Dulu dapat RM3 juta, sekarang RM16.3 juta

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

BALING: Hasil dari polisi tander terbuka yang diamalkan, Kerajaan Negeri berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 16.3 juta dari kawasan pembalakan seluas 1,000 hektar.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kampung/Komuniti Daerah Baling di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini 17 November lalu.

"Sebelum ini kawasan yang sama kita cuma dapat RM 3 juta sahaja. Ini semua duit rakyat," jelasnya.

Polisi-polisi Kerajaan Negeri berhubung pengurusan dan amalan berkaitan kewangan ternyata berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan menambahkan hasil pendapatan negeri ini disamping mendatangkan manfaat besar kepada kepentingan rakyat.

Sebelum ini, penyata kira-kira kewangan negeri telah menunjukkan lebihan sebanyak RM 28 juta selepas enam bulan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan.

Perkembangan tersebut turut disumbangkan melalui polisi belanja berhemah dengan pengurangan 30 peratus perbelanjaan untuk pembangunan dan 10 peratus untuk perbelanjaan mengurus yang dilaksanakan selepas kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.

TV3 DAN BABI

MUQADDIMAH

Penternakan babi di negeri ini telah menjadi perhatian media sepanjang minggu lalu (16 hingga 21 November 2008). Malah ia menjadi antara laporan utama media pada Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 hingga 20 November 2008 (Selasa – Khamis) baru-baru ini. Paling menonjol memberi liputan mengenai perkara ini ialah TV3 dari Kumpulan Media Prima Berhad.


OBJEKTIF

1. Menjelaskan perkara sebenar dari perspektif media.
2. Membuktikan unsur tidak profesional media terbabit.
3. Dokumentasi untuk tindakan lanjut pihak-pihak berkenaan.


PERBINCANGAN DAN PERBAHASAN

Secara rasmi, perkara ini menjadi perhatian media bermula pada Majlis Konvensyen Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Kedah 2008, Ahad, 16 November lalu yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Alor Star. Pada konvensyen tersebut, dalam kertas kerja yang dibentangkan ada menyebut butiran mengenai projek berkenaan.

Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Dato’ Badri Yunus semasa menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian yang disempurnakan oleh Menteri Besar telah meminta Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula lokasi yang dicadangkan iaitu di Bukit Selambau.

Bermula dari situ, pihak media semasa sesi sidang media telah mengemukakan perkara itu untuk penjelasan lanjut Menteri Besar. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sekadar memberi penjelasan umum disamping menegaskan kawalan terhadap hal itu. Kebanyakan media hadir pada sesi tersebut termasuk dari Kumpulan Media Prima Berhad iaitu TV9.

Pada Rabu, 19 November iaitu hari kedua Sidang DUN Kedah, TV3 melalui siaran Buletin Utama jam 8:00 malam telah menonjolkan perkara ini sebagai tajuk utama. Laporan TV3 adalah seperti berikut:

Saluran : TV3
Slot : Buletin Utama
Tarikh : 19 November 2008 (Rabu)
Masa : 8:00 malam
Penyampai : Mohamad Yasir Mansor (Y)
: Azwaliza Azman (A)

Tajuk Skrin Paparan: LADANG MODEN DI KEDAH?
Gambar Skrin Paparan: Babi
Tag Tajuk Utama: PENUHI KEPERLUAN BUKAN ISLAM
SL: “Tajuk Utama 19 November; Kedah pula rancang buka ladang babi berteknologi moden.”

Y: “Selepas Selangor dicanang membuka ladang babi mega di Sepang, sebuah lagi Kerajaan Negeri, Kedah yang majoriti penduduknya orang Melayu turut merancang membuka ladang babi.”

A: “Ladang itu dicadang dibuka di Bukit Selambau, daerah Kuala Muda membabitkan kawasan seluas 160 hektar.”

Tag Tajuk: DICADANG DIBUKA DI BUKIT SELAMBAU
SL: “Cadangan membuka ladang ternakan babi itu terkandung dalam jawapan bertulis dikemukakan pada Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri siang tadi. Persidang dewan yang bermula semalam akan berakhir esok. Soalan asal mengenai projek ternakan babi itu dikemukakan ADUN Bakar Bakar Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah. Menjawab soalan itu, Kerajaan Kedah mengakui mempunyai perancangan membuka ladang menternak babi bersistematik. Ladang terbabit akan dibuka di kawasan perindustrian kayu kayan berat di Bukit Selambau. Projek akan diusahakan sebuah syarikat swasta. Dalam jawapan bertulis ini juga Kerajaan Kedah menjelaskan, ladang ternakan babi itu akan menggunakan teknologi moden iaitu ‘closed house system’ atau sistem tertutup. Turut dirancang dibina di ladang yang sama sebuah rumah sembelih tertutup. Kapasiti babi bakal diternak di ladang ini satu-satu masa dianggarkan 46 ribu ekor. Jumlah itu dikatakan bagi menampung keperluan penduduk bukan Islam di Kedah.”


Rujukan:
*SL: Suara Latar
**Siaran turut diselangi paparan ketika sidang dewan, buku jawapan bertulis sidang dewan dan petikan yang dimaksudkan.


Pada Khamis, 20 November, semasa sesi penggulungan sidang dewan, Menteri Besar menegur laporan media berhubung perkara tersebut sekaligus memberikan penjelasan berdasarkan jawapan sebenar yang terkandung dalam buku jawapan bertulis. Beliau turut meminta media memberi laporan yang benar.

Selepas sidang dewan tamat, pihak media memohon untuk mengadakan sidang media dan Menteri Besar memenuhi permintaan tersebut. Pada sesi tersebut yang diadakan diruang menunggu pejabat Menteri Besar, beliau meluahkan rasa kesalnya dengan laporan media berkenaan terhadap perkara itu yang disifatkannya telah mensensasikan perkara sensitif. Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu adalah dari kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional. Beliau juga memberi reaksinya dengan melahirkan nada hairan terhadap tindakan ADUN Bakar Bata membangkitkan perkara tersebut sedangkan ADUN berkenaan adalah Exco semasa keputusan itu dibuat di bawah kerajaan terdahulu.

Jelasnya, beliau juga telah menerima pandangan daripada jabatan berkenaan agar pelaksanaan itu tidak diteruskan di Bukit Selambau. Beliau juga menegaskan ladang tersebut bukan untuk pasaran luar tetapi penggunaan tempatan yang dikawal sebaiknya. Menteri Besar turut menasihati wartawan agar memberi laporan yang benar kerana kerja mereka juga adalah rezeki mereka.

Wartawan dan jurugambar TV9 yang turut hadir membuat rakaman penuh sidang media itu. Malah jelas terlihat pada wajah wartawannya keadaan separuh pucat dan beliau mengaku ketakutan untuk mengajukan soalan kepada Menteri Besar dengan disaksikan ramai media, pegawai dan tetamu yang ada di situ. Bagaimanapun, TV3 pada malam berkenaan tidak menyiarkan penjelasan Menteri Besar semasa sesi sidang dewan mahupun sidang media itu sebaliknya membawa laporan berikut:

Saluran : TV3
Slot : Buletin Utama
Tarikh : 20 November 2008 (Khamis)
Masa : 8:00 malam
Penyampai : Mohamad Yasir Mansor (Y)
: Azwaliza Azman (A)

Tajuk Skrin Paparan: LADANG MODEN?
Gambar Skrin Paparan: Babi

Y: “Laporan kami semalam mengenai cadangan Kerajaan Negeri Kedah membuka ladang babi bersepadu di Bukit Selambau mengundang rasa hairan di kalangan masyarakat termasuk bukan Melayu.”

A: “Ini kerana projek bersekala besar seumpama itu belum pernah diteroka Kerajaan Negeri sebelum ini. Begitupun penyokong PAS ada alasan sendiri, cadangan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Negeri.”

Tag Tajuk: REAKSI CADANGAN LADANG BABI
SL: “Cadangan projek ini terkandung dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah. Menurut Jawapan itu ladang itu akan diusahakan sebuah syarikat swasta menggunakan teknologi moden. 46 ribu ekor babi mampu diternak pada satu masa bagi menampung keperluan penduduk Kedah.”

Respon awam; Azmi Yaakob

SL: “Malangnya masyarakat bukan beragama Islam yang secara realiti hidup berjiran dengan masyarakat bukan Islam kurang senang dengan cadangan itu.”

Respon awam; Teoh San Seng

SL: “Tidak terkecuali timbul tandatanya berikut.”

Respon awam; Abdul Aziz Yaakob

Respon awam; Shuib Abdul Khadir

SL: “Untuk rekod Bukit Selambau yang didiami pelbagai kaum terletak kira-kira 20 km dari Bandar Sungai Petani. DUN Bukit Selambau diwakili Parti Keadilan Rakyat.”

“Sebentar tadi Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan projek ternakan babi di Bukit Selambau dibatalkan. Katanya, lokasi lain akan dicari.”


Rujukan:
*SL: Suara Latar
**Siaran turut diselangi paparan ketika sidang dewan, temubual dengan responden, tempat cadangan di Bukit Selambau, sekumpulan penduduk kononnya sedang melihat kawasan tersebut dan suasana di Pekan Bukit Selambau.

Media yang sama terus memanjangkan perkara ini dalam siarannya pada hari berikut. Laporannya adalah seperti berikut:

Saluran : TV3
Slot : Buletin Utama
Tarikh : 21 November 2008 (Jumaat)
Masa : 8:00 malam
Penyampai : Suhaimi Ahmad (S)
: Pang Chinn Fei (P)

S: “Semalam Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pembatalan projek ladang ternakan babi di Bukit Selambau dan lokasi baru bakal di cari.”

P: “Ini menundang keresahan penduduk di daerah lain pula yang bimbang projek sensatif itu akan menjadi jiran mereka.”

S: “Siang tadi Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi jaminan projek itu akan menggunakan sistem ladang tertutup sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.”

Tag Tajuk: SISTEM LADANG TERTUTUP DIPERKENALKAN

Respon Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPH) Negeri Kedah, Dr Abd Razak Zailan: “Sosio tempat itu akan jauh dari penempatan kerana kita peka dari segi pencemaran alam sekitar dan masyarakat sosial. Sistem ladang yang kita buat ini memang ‘high technology’. Apa yang saya sebut tadi, kita akan gunakan sistem ‘all in one’, maksudnya hanya daging babi yang disembelih dan di’frozen’ beku dan di bawa keluar terus ke pasar, tidak ada lori bawa daging hidup.”

P: “Menurut Dr Abd Razak pembinaan ladang ini meliputi semua aspek termasuk proses pembiakan, penggemukan, proses makanan, pemprosesan dan sistem kumbahan. Jabatan juga sedang mengenalpasti tapak baru bagi projek terbabit. Katanya ada keperluan membina ladang babi di Kedah berikutan masalah pencemaran yang berlaku di Pulau Pinang.”

S: “Apa pun penduduk Kedah tetap menolak cadangan Kerajaan PAS Negeri meneruskan projek ladang babi di negeri itu. Ini jelas ditonjolkan melalui satu demonstarsi di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani selepas solat Jumaat.”

P: “Ia disertai jamaah dan penduduk sekitar. Difahamkan penyokong PAS dan NGO turut menyertai demonstrasi aman itu.”

S: “Kerajaan Negeri sebelum ini bercadang membuka ladang babi di Bukit Selambau. Namun semalam selepas mendapat bantaahan projek seluas 160 hektar dibatalkan.”

P: “Sebaliknya Kerajaan Negeri tetap berhasrat meneruskan projek itu dengan memindahkannya ke lokasi baru. 46 ribu ekor babi akan diternak melalui kaedah ladang tertutup. Ia akan diusahakan sebuah syarikat swasta dikenalpasti Kerajaan Kedah.”


Rujukan:
*Siaran turut diselangi sesi temubual dengan Dr Abd Zailan dan gambar statik demonstrasi.

Tindakan TV3 memanjangkan perkara ini selepas penjelasan rasmi dalam sidang dewan dan sidang media 20 November oleh Menteri Besar nyata mempunyai motif disebaliknya. Walaupun telah dinyatakan mengenai pembatalan, namun perkara ini dipanjangkan dengan dakwaan berhubung lokasi baru (rujuk ayat bergaris).

Pun begitu, TV3 menyiarkan pada siang hari itu (Jumaat, 21 November?) pihak jabatan berkenaan memberi penjelasan seperti yang dinyatakan. Keghairahan TV3 akhirnya memakan diri kerana hari Jumaat adalah hari cuti bagi Negeri Kedah dan sidang dewan telahpun tamat pada hari Khamis, 20 November. Sedangkan rakaman itu jelas diadakan semasa sidang dewan berlangsung di luar pintu DUN Kedah di Tingkat 3, Wisma Darul Aman oleh wartawan TV9 yang kelihatan dalam temubual itu.

Ternyata TV3 telah melakukan satu penipuan fakta dan cubaan untuk mengadakan propaganda bahawa Kerajaan Negeri Kedah mencari lokasi dengan menjadikan kenyataan Pengarah JPH sebagai sandarannya.

Turut dipersoalkan di sini, jika benar rakaman itu dibuat pada siang hari tersebut, bagaimana pihak TV9 dapat masuk ke dalam kawasan Wisma Darul Aman dan daripada pihak mana kebenaran diperolehi?

Motif ADUN Bakar Bata juga wajar dipersoalkan kerana mengemukakan solan seolah-olah ingin tahu mengenai perkara yang beliau tidak tahu dengan mengemukakan soalan menggunakan frasa ‘Apakah benar...’, walhal beliau adalah salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah semasa di bawah pemerintahan BN. Keputusan mengenai perkara itu pula dibuat ketika dalam Mesyuarat Exco ketika itu.

Berikut petikan penuh soalan dan jawapan berkenaan dari buku pertanyaan bertulis tersebut:

Y.B DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH
(ADUN BAKAR BATA)

Apakah benar Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membuka ladang bagi menternak babi secara komersial bagi menampung keperluan masyarakat bukan Islam di Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pohon penjelasan :-

a) Kawasan manakah yang telah dikenalpasti bagi menjalankan kerja-kerja penternakan tersebut?

b) Berapa buah syarikatkah yang terbabit dalam menjalankan ternakan berkenaan dan bilangan babi yang dibenarkan pada satu-satu masa?

c) Adakah syarikat yang terbabit mengendalikan ladang berkenaan menggunakan teknologi terkini?

d) Adakah Kerajaan Negeri memberi jaminan keselamatan terhadap penduduk sekitar, sekiranya ladang berkenaan dibuka berdekatan dengan penempatan penduduk?

JAWAPAN :

Kerajaan Negeri hanya merancang untuk membuka ladang menternak babi yang bersistematik. i.e. ‘Modern Pig Farming Area’ (MPFA) jika mendapat aduan kacau ganggu daripada masyarakat setempat.

a) Kawasan yang telah dikenalpasti ialah kawasan perindustrian kayu-kayan berat di Bukit Selambau seluas 407 ekar yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK. 4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007, bertajuk : “Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman”.

b) Hanya satu syarikat akan dikenalpasti untuk menjalankan aktiviti perladangan ternakan babi secara moden. Bilangan babi yang akan diternak pada satu-satu masa tidak melebihi 46,000 ekor. Jumlah ini dapat menampung keperluan pengguna bagi Negeri Kedah.

c) Ya, syarikat terbabit dikehendaki mengendalikan sistem penternakan babi secara teknologi terkini, iaitu ‘closed house system’ dengan ‘zero discharged’ dan mewujudkan satu rumah penyembelihan khindzir yang berpusat di situ.

d) Ya, untuk memberi jaminan keselamatan terhadap penduduk sekitar, Kerajaan Negeri perlu menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi Bil. 12 Tahun 1991, yang telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada 11 Ogos 1991 (dengan pindaan). Dalam Enakmen ini menyatakan zon penampan daripada ladang khindzir ialah sekurang-kurangnya 300 meter daripada penempatan penduduk


KESIMPULAN

Terdapatnya keraguan dan motif sama ada secara langsung mahupun tidak langsung pada pihak media tersebut dan juga ADUN berkenaan. Nyata sekali terdapat unsur-unsur sengaja untuk menimbulkan perkara ini kepada khalayak secara sensasi selain terdapatnya kesalahan, penyembunyian, pemesongan dan putar belit terhadap fakta sebenar.


PENUTUP

Semoga semua fakta sebenar yang ditampilkan berguna untuk semua pihak sama ada untuk tujuan penerangan atau perundangan.



Disediakan oleh:
IZWAN ABDUL HALIM

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons