Rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara di masa depan kerana parti itu bermasalah dan adakala masalahnya tidak berkesudahan sekali gus boleh menjejaskan kelancaran kuasa mentadbir negara jika rakyat terus memberu mandat kuasa kepada parti itu.Masalah komponen teras Umno tidak berkesudahan sejak 1987 apabila Umno mula diharamkan dan kini berlarutan dengan krisis kepimpinan tidak berwibawa bila ia dihalalkan semula oleh undang-undang.Masalah kesepaduan parti itu sekarang tergugat kerana gabungan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tidak seutuh dahulu apabila keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu memberi reaksi memeranjatkan apabila majoriti dua pertiga BN di parlimen berjaya dinafikan Pakatan Rakyat.Ia disifatkan keputusan pilihan raya...