Sabtu, 4 April 2009

Laporan media perdana ibarat 'pi mai-pi mai tang tu'

Bashir IshakFri | Apr 03, 09 | 9:26:17 am MYTSUNGAI PETANI, 3 April (Hrkh) - Berita yang dipaparkan oleh media arus perdana dalam musim pilihanraya kecil ini dianggap seperti "Pi Mai Pi Mai Tu" kata Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook."Ini kerana ianya adalah sebuah drama politik. Pengarahnya adalah Umno, pelakonnya Umno. Ini kerana tiap-tiap malam hanya pemimpin Umno dan MIC sahaja yang keluar di kaca televisyen."Ini nampak macam pilihanraya kecil ini hanya satu orang saja yang lawan, macam 14 orang calon lain sudah mati," katanya.Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing."Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang...

Rabu, 1 April 2009

Masyarakat India tak mahu ketinggalan

Mohd Sabri SaidWed | Apr 01, 09 | 12:33:51 pm MYTBUKIT SELAMBAU, 1 Apr (Hrkh)- "Kami tidak mahu ketinggalan dalam setiap pembangunan memandangkan kami juga rakyat Malaysia yang harus diutamakan, " ujar Sivalingam dari Kampung Tanah Seribu.Menurutnya, jika mengharapkan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan dan pengganguran tetap tidak berubah malah bertambah teruk begitu juga dengan nasib ibu tunggal.Penduduk Kampung Kongsi Enam, Encik Siva juga kecewa dengan janji BN yang mahu meningkatkan taraf hidup penduduk India tetapi bila menang semuanya tinggal kenangan.Sudah 51 tahun BN menjanjikan kemajuan seiring dengan perkembangan pesat Malaysia namun tiada apa pun yang dikotakanya melainkan diperolehi oleh golongan yang rapat dengan MIC."Saudara boleh tengok apa yang ada di kampung ini. Tar...

Kedudukan dua orang calon bebas Bukit Selambau

HarakahdailyWed | Apr 01, 09 | 10:54:46 am MYTKUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Syed Husin Ali menjelaskan kedudukan dua calon bebas yang bertanding dalam pilhan raya Bukit Selamabau yang sebelum ini dikaitkan dengan parti itU. Katanya calon bebas Md Radzi Md Lazim pernah memimpin bahagian KeADILan Baling namun setahun dahulu, beliau dipecat dari berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti."Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli KeADILan" kata Dr Syed dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.Mengenai A. Jayagopal katanya yang pernah mengetuai bahagian pokok sena, beliau telah digantung sejak tahun lalu oleh kerana beberapa kes...

Skuad Sejahtera KeADILan bantu calon di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said | Foto Nasir SudinWed | Apr 01, 09 | 12:17:42 pm MYTBUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Penubuhan 'Skuad Sejahtera' sepenuh masa oleh jentera Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah diyakini dapat membantu calon Pakatan Rakyat, S Manikumar mendekati rakyat dengan lebih teratur di mana sahaja.Timbalan AMK Kedah, Azman Nasrudin menambah, seramai 25 orang diletakan di bawah pasukan tersebut yang senantiasa bergerak setiap minit menyampaikan maklumat calon, perjuangan parti dan mesej Pakatan Rakyat kepada pengundi tanpa kira suasana."Skuad Sejahtera akan melakukan kerja menyampaikan maklumat pada semua pengundi sama ada bersama calon atau sebaliknya. Mereka berada disetiap lokasi menyebarkan risalah atau bersembang dengan orang ramai di gerai-gerai minuman," ujarnya.Skuad Sejehtera juga...

SUARA MAHASISWA

Barisan Nasional telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun. Sepanjang pemerintahannya banyak kemajuan dan pembangunan yang telah dilaksanakan. Inilah tanggungjawab kepada mana-mana parti politik yang dipilih untuk menjadi kerajaan. Kini suasana telah berubah. Kita menghargai jasa Barisan Nasional membangunkan Negara, tetapi kerajaan BN kini pada pemerhatian dan kajian mahasiswa telah hilang kelayakan untuk mentadbir Negara. Banyak kerosakan telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin BN dewasa ini yang cukup memualkan. Masalah gejala sosial dikalangan muda-mudi yang terhasil daripada dasar-dasar lalai kerajaan BN. Masalah penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir Negara seperti dilaporkan melalui Audit Negara sebelum ini. Masalah jenayah yang terus meningkat akibat pengerahan keterlaluan...

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk"

Irwan Muhammad ZainTue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYTKAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut."Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno."Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau.Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membuktikan Umno kini semakin lemah dan terpaksa...

AMK kesan ramai pengundi diragui di Bukit Selambau

Bashir IshakTue | Mar 31, 09 | 3:32:26 pm MYTSUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengesan wujudnya ramai pengundi yang diragui statusnya dalam Dun N.25 Bukit Selambau.Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mededahkan perkara demikian dalam sidang media harian KeADILan yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman di sini pagi tadi.Menurutnya, di lokaliti Taman Bandar Baru dalam peti undi Taman Bandar Baru, AMK telah mengesan seramai 2,215 daripada keseluruhan 3,544 orang pengundi yang diragui statusnya."Umpamanya d rumah No. 3 di Taman Bandar Baru terdapat 60 orang pengundi berdaftar di situ. Rumah-rumah di sana tidaklah besar tetapi diduduki oleh peghuni dari berbilang bangsa," katanya.Justeru katanya, AMK akan membuat siasatan di rumah berkenaan bagi membuat kepastian keadaan sebenarnya."Kita...

Saya mewakili semua bangsa di Bukit Selambau - Manikumar

Bashir IshakTue | Mar 31, 09 | 3:27:51 pm MYTSUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau, S Manikumar menyatakan beliau adalah calon pilihan yang sesuai untuk semua bangsa.Menjelaskan kepada para pengundi di Taman Sungai Lalang di sini, beliau menjawab cemuhan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkannya sebagai seorang broker penjual kereta."Saya sebenarnya adalah seorang usahawan yang mempunyai syarikat penjualan kereta sendiri, juga sebagai jurunding sebuah syarikat rangkaian pembekalan ke luar negara."Di samping itu saya juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya juga menguruskan syarikat penjualan minyak sawit ke luar negara," jelasnya yang mempunyai lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UUM.Selain itu katanya,...

Selasa, 31 Mac 2009

BINTANG BENAM BUCU- LAMBANG YAHUDI

...

Kenyataan Media AIC, berkenaan isu keluar parti

Kenyataan Media Oleh ilzamSeperti biasa, setiap Pilihanraya Kecil di Malaysia tidak akan sunyi dengan ‘agenda keluar parti’. Ia seolah-olah sudah menjadi satu lumrah bagi sesetengah pihak merencana kempen bagi parti mereka, membuktikan seolah-olah parti lawan sudah tidak relevan dan kehilangan sokongan akar umbi.Inilah kebiasaan yang dihadapi oleh parti-parti pembangkang hususnya Pas dan KeADILan. Kedua parti ini tidak boleh tidak, pasti akan terkesan dengan ‘adegan keluar parti’ oleh sesetengah ahli mereka yang kononnya ‘kecewa dengan parti yang lari dari landasan perjuangan’.Hari ini KeADILan Bahagian Jerai, Kedah telah dibubarkan oleh ketuanya, V. Kalaivanar. 500 orang dikhabarkan mengikut jejak langkah beliau. Alasan beliau, KeADILan dan Anwar Ibrahim ‘gagal’ melakukan apa-apa untuk masyarakat...

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT KEPADA PENGUNDI MUDA N25 BUKIT SELAMBAU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANGAssalamualaikum waramatullahrt wabarakatuh,Semoga sejahtera selalu hendaknya.27 Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI MUDA PADA 7 APRIL 2009 ‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong (tanpa mengira bangsa dan bahasa).’Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2 Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati . Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Rakyat umumnya mengetahui...

"Lega tiada lagi duri dalam daging"

Mohd Sabri SaidTue | Mar 31, 09 | 11:16:11 am MYTBUKIT SELAMBAU, 31 Mac (Hrkh) - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Kedah, Ahmad Kasim menyifatkan tindakan bekas Ketua Bahagian KeADILan Jerai, Kalaiwanar keluar parti bersama penyokongnya semalam tidak memberi kesan pada kempen Pakatan Rakyat di Bukit Selambau bahkan ramai terutamanya kaum India merasa lega kerana duri dalam daging akhirnya sudah tiada.Di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau Pakatan Rakyat mempunyai petugas yang ramai hasil bantuan daripada PAS dan DAP."Pada saya bila Kalaiwanar mengistiharkan diri keluar parti perasaan lega cukup tinggi begitu juga kaum India di Bukit Selambau. Selama ini beliau bukan berkempen membantu calon N25, Manikumar bahkan bersikap...

fikirkan lah...

...

BONGKAR..!!! Siapa Sebenarnya Calon BEBAS N.25 Bukit Selambau Berlambang Telefon... ~ malaysiakini

BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto). Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam. Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008). Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO...

SINOPSIS 2 BUKIT 1 BATANG : ANTARA PERJUANGAN DAN BAJINGAN.

Penulis Tamu - ibnabdullah awabPRK-PRK P. 59 BUKIT GANTANG, N. 25 BUKIT SELAMBAU & N. 29 BATANG AI UMPAMA LEBUHRAYA MAUT UNTUK UMNO-MIC/BN SEPERTI SABDA: TPU TS MY – PELUANG, PR MENDAKI CABARANAN MENJUARAI KETUANAN RAKYAT, INSHAALLAH.Sah SPR mengiktiraf layaknya 20 calun bertanding untuk di 3 kawasan PRK – 7 April 2009 melalui 20 calun.(1) - 2 PKR-PR, (2) - 1 PAS-PR, (3) - 1 MIC-BN, (4 ) - 1 UMNO-BN & (5) - 1 PRS-BN dan (6) - 13 Bebas)(Walau bagaimanapun saya akan menyusul pengamatan khusus saya untuk PRK - P. 59 Bukit Gantang dan N. 29 Batang Ai dalam masa terpantas, jika di izinkan Allah)Pegawai-pegawai Pengurus SPR PRK 3 Kawasan telah disahkan pencalunan diikuti dengan pertandingan di P.59 Bukit Gantang melalui pertarongan 3 penjuru diantara calun PAS-PR - DS Ir Nizar Jamaluddin...

...

Pakatan tubuh 13 pos masyarakat India di Bukit Selambau

Mohd Sabri SaidMon | Mar 30, 09 | 4:00:10 pm MYTBUKIT SELAMBAU, 30 Mac (Hrkh) - Tidak sampai dua hari selepas hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan 13 pos untuk masyarakat India dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.Perkembangan itu menunjukan satu peningkatan sokongan di kalangan masyarakat India yang sudah tahu menilai peranan MIC pimpinan Dato' Seri S Samy Vellu yang dianggap ketinggalan.Timbalan Pengarah Hak Antara Kaum dan NGO (Hak) PAS Kedah, Hamid Ibrahim, berkata apa yang berlaku adalah di luar dugaan."Peningkatan sokongan itu menunjukan satu isyarat sokongan daripada masyarakat India berbanding pilihan raya umum ke-12 lalu. Kita sedang mengatur pelbagai pendekatan lagi untuk memastikan undi bertambah,"...

Calon bebas yang ramai bukan halangan untuk Pakatan menang

Bashir Ishak dan Izwan Abdul HalimMon | Mar 30, 09 | 4:08:11 pm MYTSUNGAI LALANG, 30 Mac (Hrkh) - Kehadiran ramai calon bebas adalah tidak relevan dalam pilihan raya kecil Dun N25 Bukit Selambau kerana pertarungan sebenar adalah antara KeADILan/Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, dalam sidang media yang diadakan di Pusat Media KeADILan di Bangunan Yayasan Aman dekat sini pagi tadi.Menjawab pertanyaan pemberita mengenai adanya calon bebas yang sebelum ini bersama Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Kedah, beliau menyifatkan perjuangan mereka lebih bersifat individu."Kita tidak ada masa untuk melayan sangat mereka ini kerana kita lebih memfokuskan untuk memenangi pilihan raya ini bagi meneruskan dasar-dasar yang telah dibuat...

Muhibah Pakatan Rakyat di hari penamaan calon

Ahmad TajdidMon | Mar 30, 09 | 5:49:35 pm MYTANGKA dan nombor mungkin menjadi isu menarik sepanjang hari penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu. Apakan tidak, jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri bandar Taiping dianggarkan lebih 30,000 orang berbanding 5000 penyokong BN.Mungkin ada antara 'penyokong fanatik' Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan angka itu kerana diyakini jumlahnya lebih besar. Bagaimanapun bukan angka yang penting tetapi semangat dan daya juang yang ditunjukkan para penyokong Pakatan.Sebelum Subuh lagi, perkarangan Masjid Lama Bandar Taiping telah pun dibanjiri para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara.Solat Subuh pagi itu berlangsung umpama solat Jumaat! Malah kumpulan-kumpulan jamaah yang tidak sempat untuk bersolat kerana...

Bukit Selambau: Masyarakat Siam sokong Pakatan Rakyat

Mohd Sabri Said | Foto Nasir SudinMon | Mar 30, 09 | 8:34:42 pm MYTBUKIT SELAMBAU, 30 Mac (Hrkh) - Masyarakat Siam sekitar Pekan Bukit Selambau bertekad akan memberi sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau pada pilihan raya kecil kali ini.Mereka berkata sokongan pada Barisan Nasional (BN) tidak membawa untung sebaliknya merugikan ekoran tindakan kepimpinan BN bila menang sering menghilangkan diri.BN dakwa mereka umpama 'layang-layang terputus ekor' terpusing ke sana ke mari tanpa tujuan maka tidak hairan mereka boleh melakukan berbagai cara semata-mata untuk menang.Deng Hong, 55, mendakwa Umno dan BN tidak boleh dipercayai lagi ekoran terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan...

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

Ahmad TajdidMon | Mar 30, 09 | 1:42:46 pm MYTKEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana...

Isnin, 30 Mac 2009

Apa kata pengundi mengenai Nizar?

Abdul Shukur HarunSat | Mar 28, 09 | 8:54:29 pm MYTBeribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat akan membanjiri Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada hari penamaan calon pilihan raya kecil didua bukit itu serentak Ahad ini. Penamaan calon di Batang Ai, Sarawak juga diadakan di hari yang sama.Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa...

Ketua Pemuda PAS Kawasan Sesi 2009-2011

1. Langkawi - Ust Suhairol bin Saad - Lama2. Alor Setar - Ust Ahmad bin Yahya- baru3. Pendang - Sdr. Ibrahim Soffian- Baru4. Merbok - Ust Zahir bin Ghazali - Lama5. Sik - Sdr. badrol Hisham bin Abd Rahman - Baru 6. Sungai Petani - Ust Yusuf Awang - Lama7. Baling - Ust Hamdan Dziauddin bin Hj Abd. Wahab - baru8. Kulim Bandar Baharu - Ust Mohd Khairi bin Mohd salleh - baru - Pernah menjadi Ketua Pemuda beberapa penggal sebelum melepas jawatan tersebut pada sesi 2005-2007 dan 2007-2009.Beberapa kawasan lagi masih belum mengadakan mesyuarat Agung Pemuda Kawasan . Dewan Pemuda PAS Negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas-bekas ketua pemuda yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan selamat berkhidmat untuk ketua-ketua pemuda yang ba...

video PRK Bukit Selambau

...

Bukan sahaja sejarah tapi rekod dunia

Bukit Selambau: Lebih 20,000 iringi calon Pakatan RakyatOleh Mohd Sabri,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim | Foto: Nasir SudinSUNGAI PETANI, 29 Mac (Hrkh) - Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas.Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas.Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi tadi.Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato'...

Ahad, 29 Mac 2009

UCAPAN SULUNG CALON PKR BUKIT SELAMBAU

...

CALON-CALON YANG BERTANDING- PECAH REKOD DUNIA

Sunday, March 29, 2009PENAMAAN CALON.Selesai sudah proses penamaan calon sebentar tadi.Memperlihatkan rekod baru MALAYSIA iaitu pertandingan 15 penjuru.Kebanjiran calon bebas sudah di jangka dari awal lagi namun ia menjadi satu yang luar biasa.Kehadiran lebih kurang 14 ribu orang menghangatkan lagi suasana penamaan calon tersebut.senarai calon yang bertanding PRK N25 BUKIT SELAMBAU1)S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)2)ANUAR B HAMID (BEBAS)3)RADZI B LAZIM (BEBAS)4)KHAMIS B AWANG (BEBAS)5)JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)6)GANESAN (BN)7)G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)8)VENASON A/L MICHELE (BEBAS)9)TAN HOK HUAT (BEBAS)10)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)11)FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)12)T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)13)ABD RAHIM B ABU (BEBAS)14)HUSAINY B YAAKOB (BEBAS)15)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)MAJORITINYA...

Bukit Selambau dibanjiri polis, pengundi cuba ditakuti

Mohd Sabri SaidSat | Mar 28, 09 | 1:53:38 pm MYTTidak mustahil ribuan anggota polis dikerah ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau melebihi apa yang dihantar ke Parlimen Kuala Terengganu semata-mata berhadapan dengan pilihan raya kecil pada 7 April nanti.Model operandi ketika bertembung dengan pembangkang penghujung tahun lalu akan digunapakai walaupun dalam pilihan raya tersebut Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 lalu.Tinjauan Harakah dua hari sebelum hari penamaan calon pada 29 Mac nanti mendapati kawasan lapang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kini dipenuhi khemah putih yang tertera kain rentang 'Martek PDRM IPD Kuala Muda N25 Bukit Selambau' mengadap ke jalan utama Alor Setar ke Butterworth.Kebanjiran pasukan polis...

Lintas langsung dari Bukit Selambau

Mohd Sabri Said,Bashir Ishak & Izwan Abdul HalimSun | Mar 29, 09 | 10:09:11 am MYTTerkini|BUKIT SELAMBAU, 29 Mac (Hrkh) - Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.9:35 pagi: Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.9:25 pagi: Calon Bebas...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons