Khamis, 25 September 2008

PAK LAH BAGI DUIT RAYA SEKUPANG KPD RAKYAT MALAYSIA

Alor Star- Isu penurunan harga minyak memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Dengan kedudukan harga minyak dipasaran dunia yang semakin menurun, rakyat menjangka harga minyak akan turun lebih banyak berbanding 15 sen semasa merasuah pengundi di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Semalam kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak, tapi cuma 10 sen sahaja. Rakyat yang menjangkakan akan turun lebih dari itu amat merasa kecewa. Dengan bebanan kewangan menjelang hari lebaran ini 'duit raya 10 sen' itu masih belum dapat meringankan beban rakyat. Walaupun harga minyak turun harga barangan di pasaran tetap sama, para peniaga bukannya mudah untuk menurunkan harga barang walaupun mereka begitu cepat menaikkan harga barang ketika ura-ura harga minyak akan naik. itu lah sistem...

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

Intan Abdullah | intan@harakah.net.myThu | Sep 25, 08 | 12:10:26 pm MYTKUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal."Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily."Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak."Menteri...

Rabu, 24 September 2008

Langkah seterusnya untuk membentuk kerajaan

Dato' Seri Anwar IbrahimWed | Sep 24, 08 | 12:51:38 pm MYTHari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat.Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu.Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan...

Kakitangan Pejabat PAS Kedah Diraikan Sempena Kedatangan Aidilfitri

Kompleks PAS Kedah- Alor StarSeramai 18 orang kakitangan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah termasuk kakitangan Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat PAS Kedah telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Kompleks PAS Kedah semalam. Majlis tersebut merupakan acara tahunan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah setiap kali menjelma hari raya Aidilfitri. Mereka juga turut menerima sumbangan duit raya dan kain sumbangan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah yang disampaikan oleh YB Dr. Mohd Hayati bin Othman yang merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah yang juga Ahli Parlimen Pendang. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada semua kakitangan pejabat PAS Kedah.Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang sumbangan yang dihulurkan kepada PAS Kedah...

Tamrin Ramadhan DPPNK

Oleh Izwan Abdul HalimKUBANG ROTAN: Demi mengaut ganjaran di fasa terakhir Ramadhan serta memburu malam Lailatul Qadar, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menganjurkan Tamrin Ramadhan pada 19 dan 20 September baru-baru ini.Tamrin tersebut bermula dengan majlis berbuka puasa bersama penduduk miskin di Pekan Kuala Kedah seterusnya beriktikaf di Masjid Nurul Ihsan, di sini. Iktikaf sepanjang malam itu diisi dengan solat berjamaah, tazkirah serta tadarus al-Quran.Pada kuliah subuh yang disampaikan oleh Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah, Aris Awang, beliau mengingatkan pemuda PAS agar diingat tidak leka dengan kemenangan hari ini sebaliknya terus berusaha membina kemenangan sebenar. “Kemenangan yang kita dapat ini baru kemenangan struktur. Ia...

Isnin, 22 September 2008

PERJUMPAAN DENGAN KETUA DPPNK

19 Ramadhan. Ketua DPPNK telah mengadakan perjumpaan dengan Harian PASTI Kedah dan Harian MGP Kedah. Pertemuan ini adalah sebagai sesi pertemuan dan perbincangan mengenai program serta projek ekonomi PASTI Kedah.Antara perkara yang dibincangkan adalah persiapan Kedah sebagai tuan rumah Ujibakat PASTI Malaysia pada 31 Oktober dan 1 November 2008 yang akan datang, persiapan pembukaan kedai PASTI Kedah, hutang PASTI Kedah dan kebajikan guru. Beliau juga memaklumkan bahawa perhubungan PAS Kedah bermurah hati memberikan "duit raya" kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah. Jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.Pihak PASTI amat berpuas hati dengan pertemuan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Ketua DPPNK dan Badan Perhubungan PAS Kedah yang bermurah hati dan memahami situasi guru menjelang hari...

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GURU PASTI NEGERI KEDAH SESI 2008/2010

Pengerusi - Puan Jawariah Bt. Mohd Yakin ( Unit Penaziran )Timbalan - Puan Mahfuzah Bt. Saipi ( Unit Peperiksaan )Setiausaha - Puan Rosliza Bt. Rasidi ( Unit ICT )Bendahari - Puan Khalijah Bt. Zainol ( Unit Ekonomi )K. Penerangan - Puan Saudah Bt. Morad ( Unit Penerangan )Ahli JawatankuasaPuan Rogayah Bt. Abd. RahmanPuan Rosna Bt. AhmadPuan Jassalina Bt. Md. IsaPuan Norzamalati Bt. ZakariaPuan Nor Diana Bt. DinPuan Siti Abadah Bt. Salleh ( Unit Kebajikan )Puan Rossita Bt. MuradPuan Sharifah Bt. IshakPuan Khalijah Bt. HussinPuan Nashiyah Bt. Abd. Wahab ( Unit Tarbiah )Puan Azizah Bt. MansorPosted by Pasti Kedah at 7:19...

JOHAN PASTI 3K NEGERI KEDAH

PASTI As-salam Taman Mutiara, Padang Serai adalah merupakan johan bagi pertandingan PASTI 3K bagi peringkat negeri Kedah dan calon ke peringkat kebangsaan( PASTI Malaysia ). PASTI yang menyewa 3 rumah taman ini menempatkan 150 orang lebih pelajar berumur 4,5dan 6 tahun. Sesi persekolahan dijalankan 2 sesi kerana permintaan yang tinggi dan tempat yang terhad.Penyampaian wang tunai kepada pemenang pertandingan 3K tersebut di sampaikan dalam Majlis Tadarus MGP baru-baru ini. Johan menerima RM 500.00, naib johan PASTI Taman Pelangi, Kuala Kedah menerima RM 300.00 dan tempat ketiga menerima RM 200.00 PASTI Sg. Tengas Kulim/Bandar Bahru.Jabatan PASTI Kedah mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengharapkan supaya semua pasti seluruh kedah akan...

Gani Patail: International Man of Mystery!

sumber: Tranungkite.netDilulus terbit pada Monday, September 22 @ 13:45:53 MYT oleh adminArtikel Oleh melayunett" Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Gani Patail adalah seorang lelaki yang penuh misteri dan keajaiban. Artikel ini membongkar rahsia-rahsia dan misteri-misteri yang menyelubungi insan bernama Gani Patail ini termasuk peranannya dalam menumbangkan kerajaan pembangkang Sabah satu waktu dulu. Tarikh 6 Oktober 1955 merupakan tarikh malang bagi negara apabila lahirnya insan yang cukup kontroversi ini. Beliau mendapat pendidikan awal di UM. Beliau bekerja sebagai pendakwa semenjak tahun 1980 iaitu sebaik saja tamat pengajian pada tahun 1979. Beliau merupakan ahli : * Jemaah Pengampunan * Majlis Pendidikan Negara * Malaysia/Thailand...

Kau (Pak Lah) Pergi Jua

FudzailMon | Sep 22, 08 | 10:06:07 am MYTmalam-malam terakhirdi bilik kelam sebuah istanamimpi pun menjadi igauan burukbersama suara-suara gamat memekakdi luar pagar yang kenyangmemakan padi dari dulang emasberbalam musim-musim indahdari ikon suami mithalike duda tua paling diberahimeriah sebagai pengantin barubertukar menjadi foto-foto lapukyang tersadai dalam album usanggemilang hari-hari terlelapdari mesyuarat ke majlis negaraadalah memori tidak cemerlangbuat marhaen yang dendam terlukaoleh pembohongan manifesto terbilangdan seribu keputusan flip-flop perdanapujukan rayu dari anak dan menantukeluarga dan rakan terdekatsemakin tenggelam dan karamdigilis cemuhan dan ketukan bertalumengetuk pintu kewarasan tersisatentang realiti semasa negaraberbuih di putrajaya kau berjanjisemuanya telah...

Tindakan polis di ceramah Badar al-Qubra biadap

Mohd Sabri SaidMon | Sep 22, 08 | 10:51:57 am MYTBUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan."Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya...

Ahad, 21 September 2008

SIBUKNYA MB WAKIL RAKYAT PAS

Ikutilah gambar -gambar sekitar aktiviti Wakil Rakyat PAS di Ke...

ADUN KUBANG ROTAN SIBUK DIBULAN RAMADHAN

BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.....Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa melayan kaum ibu dan warga emas yang datang ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan untuk mendapatkan khidmatn...

DPPNK TERUSKAN PROGRAM KEBAJIKAN DI BULAN RAMADHAN

ALOR STAR- 21 SEP 2008Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) telah meneruskan program kebajikan seperti yang dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Beberapa program berbentuk sumbangan dan mendekati golongan kurang bernasib baik telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini.Antara program yang dijalankan ialah :-1. 14 Sep 2008 - Edaran bubur lambuk kepada orang ramai di Pekan Rabu Alor Star. Sebanyak 1500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai. Program yang bermula pukul 6.00 petang itu berakhir pada jam 7.00 petang dengan semua bubur lambuk yang disediakan telah habis diagihkan. Turut serta turun mengagihkan bubur lambuk tersebut ialah Ketua Pemuda DPPNK ust Musoddak Hj Ahmad, Setiausaha DPPNK Ust. Mohd Rosli Azmi, Ketua...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons