Sabtu, 27 Jun 2009

PESURUHJAYA PAS KEDAH UMUM KABINET BARU PAS KEDAH SESI 2009-2011

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah hari ini telah meluluskan pembentukan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat diadakan di Seri Mentaloon , Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.Berikut adalah senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah bagi sesi 2009-2011Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Bin Abd RazakTimbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' ir. Hj. Phahrolrazi bin Hj ZawawiTimbalan Pesuruhjaya II : YB Dato' Hj Mahfuz bin OmarTimbalan Pesuruhjaya III : YB Ust Hj Taib Azamudden bin Md TaibSetiausaha : YB Senator Hj Muhamad Yusuf bin HusainBendahari : YB Dato' Hj Taulan bin Mat RasulKetua Penerangan : YB Dato' Hj Amiruddin bin HamzahAHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN YANG DILANTIK:1. Ust. Hj Abu Kassim bin Abdullah2. Sheikh Ismail...

PEMUDA BN PENGECUT

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myKOTA SARANG SEMUT: Dakwaan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan bahawa PAS sanggup ‘bertumpah darah’ untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai merupakan satu kenyataan pengecut dan gagal mengenal dirinya sendiri.“Sama ada ianya tuduhan mahupun manipulasi ungkapan, ternyata Pemuda BN pengecut!” demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan yang mendakwa kandungan ceramah pimpinan PAS sanggup ‘bertumpah darah’ pada PRK tersebut sebagai pendekatan politik samseng.Katanya, samseng sebenar dalam sejarah politik negara ini hanya ada pada BN dan apabila samseng sudah ‘kecut’ dengan kebangkitan rakyat, maka mereka mula menuduh orang lain sebagai samseng.Jelas...

ISU SELATAN THAI- ICG CUBA TUBDING JARI KEPADA ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyifatkan laporan yang dikeluarkan International Crisis Group (ICG) bertajuk “Merekrut Militan Di Selatan Thai” sebagai satu bentuk tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau ‘Islamophobia’.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, ICG yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkininya mendakwa sekolah pondok telah menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.Menurut beliau, laporan itu turut menyebut, pengrekrutan melibatkan latihan ketenteraan, perang saraf psikologikal, pengintipan dan sabotaj...

DPPNK BANGGA SIFAT AL MURSYIDUL AM

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyanjungi dan merasa berbangga dengan jiwa besar yang dimiliki Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memaaf dan memohon maaf dalam isu menggesa Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok.“Sifat ini amat wajar dicontohi pemimpin dan ini bukti bahawa PAS jamaah Islam yang tulen dan memiliki pemimpin Islam tulen serta berjaya menjauhi sifat mazmumah,” demikian kenyataan ringkas kepada Harakah, 23 Jun lalu.Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya di Pejabat Agung PAS, 22 Jun lalu menarik balik kenyataannya yang menggesa Nasharuddin meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.Kedua-dua...

KETUA DPPNK DAN DPPPT MENYERTAI MISI BANTUAN KE NARATHIWAT THAILAND

Posted by DPP PADANG TERAP Atas semangat persaudaraan Islam dan keprihatinan pada ummah maka Pemuda Pas PAdang Terap telah menyertai misi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dallam tragedi berdarah di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong pada 14 Jun 2009 hari Ahad.Dalam kejadian terbaru pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak. Manakala pada 13 Jun kelmarin, seramai 6 nyawa lagi terkorban setelah diserang pihak tidak dikenali.Antara yang bersama dalam misi ini ialah Ketua Pemuda Kedah Ustaz Ahmad Yahya, Presiden TERAS cikgu Azmi.Ketua Pemuda Padang Terap Ustaz Nasir Zakaria ,AJK...

gambar sekitar majlis Tahlil Sempena 7 tahun pemergian Al Marhum Dato' Fadzil Noor

Pihak DPPNK dengan kerjasama SRIDU telah menganjurkan majlis tahlil sempena 7 tahun pemergian al marhum Dato' Fadzil Noor di SRIDU pada 22 Jun lepas. Program bermula dengan solat maghrib dan majlis tahlil selepas solat maghrib. Sementara jamuan kenduri pulut durian diadakan selepas solat isya'. Antara tetamu yang hadir ialah YB Sen Hj Yusuf Husin, Ust Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK,Hj Adnan Saad, bekas ketua Pemuda DPPNK, Cikgu Sukarno Abd Hamid, Bekas Setiausaha DPPNK, Guru-guru SRIDU dan waris-waris serta masyarakat setempat.GAMBAR-GAM...

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KEPIMPINAN DPPNK SESI 2009-2011

Majlis Penerimaan Watikah Kepimpinan PemudaSemalam 24 Jun 2009, DPPN Kedah telah mengajurkan satu majlis simbolik bagi mengiktiraf perlantikan saf kepimpinan DPP kawasan seluruh negeri Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda, Ust Ahmad Yahya yang menerangkan tentang pencapaian, cabaran dan halatuju DPPN sesi 2009-2011. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada abang-abang dan mantan-mantan DPP yang dahulu yang begitu gigih berusaha menaikkan dan mempersadakan perjuangan PAS dalam konteks DPP.Majlis kemudian diserikan dengan ucapan olehYB Dato' Ir Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi. Beliau menerangkan tentang peri pentingnya tenaga pemuda di dalam melangsungkan perjuangan PAS. Sejarah membuktikan bahawa kebanyakkan pimpinan PAS pusat adalah hasil tarbiyah di dalam dewan pemuda....

SEKITAR LAWATAN DPPNK KE BALING

Lawatan DPPN Kedah Ke Pejabat DPPBDPP Baling berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil DPP Negeri Kedah yang diketuai oleh Sdr Sanusi merangkap Timbalan Ketua Pemuda bersama 3 ajk yang lain pada 25 Jun 2009Majlis bermula pada 7.30 petang dimulai dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan makan malam yang diuruskan oleh Ust Mohd Nor Zakaria bin Harun. Selepas solat isyak, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pemangku Ketua Pemuda DPPB Ust Osman dan diikuti oleh laporan yang dibentangkan oleh S/U, Ust Helmi. Sdr Sanusi dan ajk DPPNK menyambut baik atas segala usaha yang dijalankan dan mengharapkan agar ianya berjalan dengan baik.Di antara teguran dan nasihat yang disampaikan ialah agar DPPB turut menganjurkan program bersama jabatan...

Isnin, 22 Jun 2009

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan SallehMon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYTKUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik...

MANEK URAI SANGGAH MEDIA PRO-BN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Situasi terkini di Manek Urai menyanggah sama sekali gambaran negatif yang cuba ditonjolkan pihak media pro-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, demikian pandangan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya. Menurut beliau, ketika media cuba menunjukkan kononnya PAS berpecah, hakikat sebenar jelas dapat dilihat adalah kesatuan antara jentera, pimpinan dan aktivis dengan matlamat padu untuk mempertahankan Manek Urai serta mengalahkan Umno-BN. “Manakala kecelaruan pendapat kononnya sedang wujud dalam PAS, yang menonjol di Manek Urai ialah kesungguhan untuk mengalahkan kezaliman, penyelewengan dan kejahatan BN. “Malah, kehadiran KeADILan dan DAP serta kerjasama mereka sebagaimana kerjasama...

SEJAHTERA WUJUD DARI AKAR UMBI

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myALOR SETAR: Sebuah negeri ‘sejahtera’ menurut tasawwur al-Quran adalah negeri yang bernuansakan “al-adl wal ehsan” di mana ia seharusnya merata dari segenap masyarakat bermula dari peringkat paling rendah hinggalah peringkat tertinggi dalam masyarakat tersebut.Untuk itu, dalam merealisasikan “Kedah Sejahtera” sebagaimana motto Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, ianya perlu bermula dari peringkat kampung yang sejahtera, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar.Katanya, sebuah “Kampung Sejahtera” bertitik tolak dari beberapa perkara yang menjadi senarai utama perlu diberi perhatian oleh setiap pimpinan cawangan.Membentangkan senarai tersebut, beliau menjadikan pembedayaan manusia dan pembinaan jiwa merdeka...

Ahad, 21 Jun 2009

JAMUAN AMAL SEKALUNG BUDI SEGUNUNG HARAPAN MUASSASAH DARUL ULUM

...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons