
Ahad, Mei 23, 2010

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
Harakahdaily
ALOR SETAR, 23 Mei: Adun Sidam Tan Show Kang yang terbabit dalam spekulasi akan melompat parti malam tadi menyifatkan khabar angin tersebut sebagai 'bodoh' dan tidak benar sama sekali.
Berucap pada perhimpunan ceramah khas bubar Dun di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut beliau berkata, penjelasannya malam tadi adalah yang terakhir dan tidak akan melayan soalan berkaitan lagi.
"Jika ia lagu yang sedap, saya tidak keberatan untuk dengar (berulang kali), tetapi ini adalah soalan bodoh.
"Saya penat dan bosan kerana terpaksa menjawab soalan yang sama berkali-kali. Biar ia dihentikan malam ini," katanya.
Beliau malam tadi sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya dihadapan ribuan yang hadir bahawa beliau akan kekal bersama Pakatan Rakyat mentadbir...