Isnin, 20 April 2009

262 premis hiburan dikenakan tindakan

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Mengenai premis-premis perniagaan dan pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen perniagaan di kawasan Kulim,

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, statistik pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 1,047 kes membabitkan peniaga dan pemilik yang berniaga tanpa lesen manakala hasil kutipan kompaun ialah sebanyak RM258,100.
“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut mengambil tindakan ke atas 262 pemilik pusat hiburan yang mempamerkan iklan tanpa lesen dengan kutipan kompaun sebanyak RM48,730 di samping tindakan ke atas 279 peniaga yang berniaga tanpa lesen untuk kedai makanan dengan kutipan kompaun sebanyak RM51,520,” jelasnya bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, YB. Encik Lim Soo Nee.
Dalam usaha Kerajaan Negeri memberi lesen yang sah kepada peniaga dan pemilik pusat hiburan bagi menambahkan hasil kepada Kerajaan Negeri, katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta meningkatkan penguatkuasaan ke atas premis-premis yang melanggar undang-undang kecil PBT yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu akan memberi tambahan pendapatan kepada PBT melalui pembayaran lesen dan juga kompaun yang dikenakan kepada premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan di mana hasil pendapatan itu adalah untuk meningkatkan keupayaan PBT pada masyarakat.
“Berhubung dengan kegawatan ekonomi yang dihadapi pada masa ini, pekerja yang kehilangan kerja, peluang ini terbuka kepada mereka untuk menjalankan perniagaan, maka PBT diarahkan supaya meluluskan permohonan lesen sebaik sahaja permohonan dibuat sementara diberi tempoh selama dua bulan untuk penuhi syarat-syarat kelulusan lesen dan sekiranya mereka gagal mematuhi arahan dalam tempoh tersebut, lesen akan ditarik balik,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kelima penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons