REHAT MINDA
Pelbagai persepsi timbul setelah berlakunya pertukaran kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Pelbagai telahan perasaan pasti terbuku dihati masyarakat sama ada ia berupa kegembiraan, kebimbangan mahupun harapan. Perumpamaan dan analogi yang digunakan oleh pimpinan dalam ucapan dan pertemuan mereka dengan masyarakat mungkin dapat mencerahkan sedikit gambaran suasana baru politik hari ini khususnya di Kedah. Perumpamaan dan analogi mereka menyentuh keadaan proses peralihan kuasa dari kerajaan lama kepada kerajaan baru, kelangsungan tanggungjawab kerajaan dan potensi kerajaan baru. Sama-sama kita renungkan.
“Macam orang baru menikah dualah, dok teringat juga isteri yang lama. Yang baru perah ayaq asam tak sama dengan yang lama perah ayaq asam. Masing-masing ada kelebihan.” (Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah)
“Mahu bersih itu 50 tahun punya longkang dalam beberapa hari mana boleh.” (Encik Mohd. Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan)
“Orang baru menikah, kehidupan baru nak mula, semuanya serba baru. Lepas tu nak kena kenal ipar-duai, pak sedara, mak sedara, anak sedara.” (Ustazah Siti Ashah Ghazali, Exco Kerajaan Negeri Kedah)
“Ibarat kata kalau kita masuk rumah baru, simen ada lagi, bekas cat ada lagi, kita bau cat dirumah baru ini. Ambil masa nak sesuaikan bau cat dengan bau simen. Perabut kita tak masuk lagi.” (Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah)
“Nak buat macam mana dah kita menikah dengan janda orang. Janda tu berhutang, maka kita berkahwin dengan dia, sebagai suami dia maka tanggungjawab dan kewajipan suami baru kepada janda tersebut kena bayar hutangnya walaupun 2,000 juta.” (Ustaz Hassan Razak, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah)
“Macam orang baru nikah (kali pertama) mana ada pengalaman. Tetapi bila mak ayah sebut pasal nikah melompat. Lepas itu adalah pengalaman. Begitulah bila berada di satu-satu posisi untuk bekerja dan melaksanakan tanggungjawab akhirnya akan adalah pengalaman.” (Ustaz Ahmad I’zzat Mohamad Shauki, ADUN Bukit Lada)
0 komentar:
Catat Ulasan