Khamis, 26 November 2009

PRESIDEN PAS DAHULUI MANFAAT FACEBOOK

                                                        Ust Nasruddin Hassan Tantawi                                              Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my BALING: Ketika media massa terpaksa digunakan untuk membuat hebahan mengenai laman sosial Facebook milik Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak kepada pengetahuan umum, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menarik ramai individu menyertai dan berinteraksi dengannya. Biarpun tanpa hebahan...

SEKARANG ZAMAN PERLAKSANAAN ISLAM

                  TUAN HAJI MOHAMAD SABU Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my BALING: Zaman Islam dihujahkan dan menjadi teori di tengah masyarakat sudah berlalu, kini adalah zaman pelaksanaan Islam sesuai dengan mandat pemerintahan yang ada, demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu. “Pengenalan Islam sudah dihujahkan pimpinan PAS sejak lebih 50 tahun lalu dan kini adalah peringkat pelaksanaan yang terpikul dibahu generasi pimpinan pemuda. Ini adalah zaman pelaksanaan, oleh itu pemuda perlu lengkapkan ilmu di dada dan segalanya untuk terjemahkan Islam dalam bentuk amali supaya dapat diperlihatkan kepada manusia di atas muka bumi ini. Zaman teori, zaman taarif sudah...

SPR MENANGGUK DI AIR KEROH

                                                         YB ABD GHANI AHMAD  Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my KOTA SIPUTEH: Yang DiPertua PAS Kawasan Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai menangguk di air keruh apabila cuba mencabar keputusan mahkamah berhubung keputusan terhadap kerusi Dun Kota Siputeh sedangkan SPR adalah agensi pelaksana manakala mahkamah adalah institusi kehakiman yang mengeluarkan...

BANYAK NYA HASIL JUDI KAT MALAYSIA

YB Nasir Zakaria, Ketua Penerangan DPPNK Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.   Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009. Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan. Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan. Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan  di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!! Keempat: Ini adalah pendapatan...

Rabu, 25 November 2009

BILLBOARD GAMBAR MENTERI BESAR KEDAH DIKHIANAT

Beberapa billboard mini yang dipasang dibeberapa tempat di Jitra dan juga Alor Setar telah dirosakkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggong jawab. Antara tempat yang billboard dirosakkan ialah di Tanah Merah Bandar Darul Aman dekat simpang empat Taman Tunku Maheran dan di simpang 3 Majid Tanjung Pauh. Juga dimaklumkan billboard di  beberapa tempat sekitar  Alor Setar dan Kuala Kedah juga turut mengalami nasib yang sama. Perkra ini dipercayai dilakukan semalam. Ini mungkin tindakan pihak yang cemburu dengan kejayaan YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak mentadbir negeri Kedah dengan baik dan cemerlang. Tak dapat tuan gambar pun jadilah untuk lepaskan geram.. Diharapkaan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Kepada mereka terlibat...

Selasa, 24 November 2009

Kota Siputeh : Ke Garisan! Sedia! Baaaannnggg!

#fullpost {display:none;} Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) petang tadi menolak permohonan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan penghakiman kes Kota Siputeh yang telah dibuat pada 16 November lalu. Maknanya... responden-responden dalam kes Kota Siputeh (SPR dan Bekas Adun) hanya ada satu talian hayat saja lagi untuk menafikan pilihanraya kecil di DUN itu....yakni Mahkamah Rayuan. Siapakah yang akan bersidang di meja Hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar kes ini? Hakim-hakim sekarang ramai yang sudah berubah, memperbaiki persepsi rakyat terhadap mereka dan institusi kehakiman. Sejak 1988 hinggalah mutakhir ini dalam kes Linggam, hakim-hakim dicurigai. Kecuali hakim-hakim yang pernah terpalit dengan dosa mempertahankan pemimpin...

JIHAD MEMALI TETAP MEMBARA

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my BALING: Jika Allah memuliakan dan mengangkat tinggi martabat para syuhada dengan segala pujian dan keistimewaan, sewajarnya mereka yang memfitnah dan memburuk-burukkan para syuhada perlu dikutuk dan dicela serta dihadapkan dengan peringatan dan hukuman tegas. Sebagaimana hidupnya roh para syuhada di sisi Allah, seperti itulah hidupnya roh perjuangan Islam di kalangan pendokong sejati PAS. Lantaran tulisan dan kedegilan penulis Zulkifli Manzor dan majikannya akhbar Kosmo! kerana memfitnah para syuhada Memali dalam siaran mereka 26 Oktober lalu, majlis peringatan peristiwa Memali yang telah dua tahun tidak diadakan kerana halangan pihak tertentu, kembali diadakan. Lanjutan tindakan pembelaan yang...

DPPNK LANCAR PEMANGKAH 2012

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my KOTA SARANG SEMUT: Ketika Barisan Nasional (BN) Kedah terus bermain slogan dengan pelancaran tagline “BN Menang, Kedah Senang”, PAS Kedah pula melalui sayap pemudanya melancarkan gerakerja “Pemuda Mempertahan Kemenangan Kedah” atau dikenali sebagai ‘Pemangkah 2012’. Bahkan, disebalik kehangatan isu bai‘ah dalam PAS yang sengaja dipermain-mainkan BN, Pemuda PAS Kedah pula menyatakan bai‘ah untuk memastikan kemenangan terus dipertahankan. Malah, semangat untuk mempertahankan kemenangan PAS itu turut dibarakan dengan ingatan kepada sejarah perjuangan Memali. “Kalau As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya berjuang hingga ke titisan darah terakhir, insya-Allah...kita juga bersedia meneruskan perjuangan mereka dan kita yakin roh perjuangan...

Teks Usrah Bulan 11 (Korban dan Pengorbanan)

KORBAN DAN PENGORBANAN MUQADDIMAH Korban ialah amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, kibas, lembu dan kerbau pada 10 Zulhijjah atau hari-hari tasyrik dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin. Korban boleh juga ditakrifkan sebagai pemberian iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai tanda kebaktian. Pengorbanan pula membawa maksud perihal mengorbankan (berkorban) Di dalam perjuangan menegakkan Islam, para ulamak telah memberikan berbagai takrifan korban antaranya, Imam As Shahid Hasan Al-Banna berkata: “Apa yang aku maksudkan dengan pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat. Tiada jihad di dunia tanpa...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons