Khamis, 22 Mei 2008

UNIT AMAL KEDAH AKAN HANTAR 150 ANGGOTA KE JAMBORI AMAL PUSAT 2008

Baling- 22 Mei 2008Jabatan Amal Negeri Kedah akan menghantar seramai 150 orang anggota Unit Amal Kedah ke Jambori Amal Pusat 2008 yang akan diadakan di Kg. Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Peserta ke Jambori tersebut terdiri daripada anggota Unit Amal di 15 kawasan seluruh Kedah.Menurut Pengarah Jabatan Amal Kedah, Ust Zelani Nik Chik, sekarang ini pihak Jabatan Amal Negeri sedang membuat beberapa persediaan ke Jambori tersebut yang meliputi persiapan peralatan, khemah, peserta dan juga kenderaan ke sana. Untuk menjayakan matlamat ke Jambori itu Unit Amal memerlukan kos perbelanjaan yang dianggarkan hampir RM8000.00.Tambahnya lagi, pihaknya sekarang sedang mengumpulkan dana ke jambori. oleh itu beliau amat mengharapkan jika ada sebarang sumbangan. sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui...

Dewan Pemuda PAS Kedah Buat Kunjungan Hormat bertemu YB Taulan Rasul

Alor Star- 22 Mei 2008Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Hj Taulan Mat Rasul Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pejabat beliau di Wisma Darul Aman tengahari tadi. Rombongan Dewan Pemuda di Ketuai oleh Ust. Musoddak Hj Ahmad telah membincangkan beberapa perkara yang melibatkan perkembangan kerajaan negeri Kedah terutamanya yang melibatkan portfolio perumahan dan Kerajaan Tempatan .Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda, Ust. Mohd Rosli Azmi, Setiausaha, Sdr. Sanusi Md. Nor, Bendahari, Sdr. Helmi Khalid, Sdr Fadzil Baharum dan Sdr. Mohd Yani Bakar yang merupakan Exco DPPNK.Pihak Dewan Pemuda juga telah diberikan penjelasan oleh YB Hj Taulan dan juga perancangan-perancangan beliau untuk menambah baik lagi perjalanan...

Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?

Dr Mahathir Mohamad Thu | May 22, 08 | 7:53:42 am MYT Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya. !---->!----> Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.' Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya. Oleh itu Tun menghasut...

Rabu, 21 Mei 2008

KENYATAAN AKHBAR MB Kedah - Isu Tun Dr.M keluar UMNO

Tindakan bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari keanggotaan parti tersebut sebenarnya telah mengiyakan semua kenyataan pemimpin PAS selama ini bahawa Umno bukan sebuah parti yang relevan kepada perjuangan kaum Melayu.Tindakan Dr. Mahathir itu cukup untuk menggambarkan segala yang dihujah oleh pimpinan PAS terutamanya di era kepimpinan Al-Marhum Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor bahawa Umno gagal sebagai sebuah parti untuk membela kaum Melayu adalah benar.Ternyata bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin Umno selama ini hanya retorik, bukan sekadar rakyat menolak parti itu dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu, malah pada hari ini, bekas Presidennya sendiri bertindak menolak Umno yang dianggapnya sebagai lemah.Kenyataan Dr. Mahathir ini juga sebenarnya telah...

T SHIRT HIMPUNAN PEMUDA MEMELIHARA KEMENANGAN

Dapatkan T shirt Pemuda Memelihara Kemenangan yang di sediakan khusus untuk peserta ke Himpunan Memeliharan Kemenangan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah pada 13 & 14 Jun 2008, jam 8.00 malam di Kompleks PAS Kedah. T Shirt tersebut boleh didapati secara percuma dengan syarat mesti berdaftar sebagai ahli Skim Perlindungan Pemuda (SPP) Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah atau memperbaharui keahlian untuk tahun 2008 sebanyak RM 10.00 .T shirt akan mula diedarkan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan pada minggu pertama bulan Jun 2008 ini. Pemuda yang ingin mendapatkan T shirt ini sila daftar sebagai ahli SPP melalui Dewan Pemuda PAS Kawasan masing-masing. Berikut disenaraikan nama dan NO HP Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh...

Mokhzani keluar UMNO

21/05/2008 12:33pmKUALA LUMPUR 21 Mei _ Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta. ``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ...

WAWANCARA EKSLUSIF DENGAN MENTERI BESAR KEDAH

Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha memugar kawasan sawah baru seluas 6,000 ekar di kawasan luar pengairan MADA Kedah Bakal Jadi Belanda Malaysia Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha memugar kawasan sawah baru seluas 6,000 eka Kedah Bakal Jadi Belanda Malaysia DUNIA kini dilanda krisis kekurangan bekalan makanan, khususnya hasil pertanian dan negara kita tidak terkecuali dari menerima tempiasannya. Namun kerajaan baru Kedah...

Umat Islam perlu bersungguh dalam perniagaan

Izwan Abdul Halim Tue | May 20, 08 | 3:43:12 pm MYT ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Mencari rezeki melalui perniagaan perlulah dengan usaha yang bersungguh-sungguh mengikut panduan Islam selain pergantungan harap semata-mata hanya kepada Allah.!---->!----> Demikian antara intipati ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul dalam satu majlis bersama penjaja kecil yang diadakan di sini baru-baru ini. Menurut beliau, perniagaan adalah suatu urusan yang memerlukan ketabahan dan kerajinan. "Sebab itulah orang Inggeris memanggil meniaga ini business, ia busy yakni sibuk. Sebab sibuk itulah orang meniaga ini kaya raya," terang beliau. Peniaga boleh menambah rezeki kerana...

Kedah sambut baik langkah bendung kenaikan harga beras

Bashir Ishak Wed | May 14, 08 | 1:03:56 pm MYT ALOR STAR, 14 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik sebarang langkah membendung kenaikan harga beras. !---->!----> Bagaimanapun katanya, beliau mahu satu kaedah penyelesaian jangka panjang dicari oleh kerajaan pusat bagi mengatasi masalah tersebut. "Permintaan terhadap beras masa ini adalah tinggi tapi pembekalnya semakin berkurangan. Jadi, kerajaan pusat kena fikir bagaimana cara nak tambah pengeluaran padi sebab semua rakyat Malaysia makan nasi," katanya. Tambahnya lagi, usaha menangani kenaikan harga beras sebenarnya masih tidak menyelesaikan masalah bebanan rakyat ekoran kenaikan harga barangan keperluan lain. Justeru...

Dun Kedah lantik 'Pak Chop' sebagai Senator

Bashir Ishak Tue | May 20, 08 | 2:13:06 pm MYT ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang bersidang hari ini bersetuju melantik Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Mohd Yusuff Hussein menjadi Ahli Dewan Negara berkuatkuasa hari ini. !---->!---->Mohd Yusuff atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Chop' akan menggantikan Dato' Yaakob Mohammad yang telah tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara 10 April lalu. Pelantikan tersebut telah dicadangkan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian Negeri Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi dan disokong oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul. Mohd Yusuff, 54, berasal dari Sungai Petani dan menetap di Memali, Baling adalah seorang aktivis yang telah...

LEBIH 2000 HADIRI MAJLIS MUNAJAT PAS KEDAH

Lebih 2,000 hadiri Majlis Munajat Kedah Izwan Abdul Halim Wed | May 21, 08 | 7:32:29 am MYT KOTA SARANG SEMUT, 21 Mei (Hrkh) - Lebih 2,000 ahli dan penyokong PAS memenuhi Dewan Dato' Fadzil Mohd. Nor, Kompleks PAS Kedah sempena Majlis Ibtihal atau Munajat PAS Kedah yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah baru-baru ini. !---->!----> Orang ramai mulai hadir ke pekarangan kompleks seawal jam 11 malam dengan masing-masing melakukan ibadah mutlak secara bersendirian. Tepat jam 3.00 pagi, aturcara dimulakan dengan solat hajat berjamaah, bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa. Setelah itu, aturcara diteruskan dengan solat...

Selasa, 20 Mei 2008

TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM AZIZAH SHAARI

Kompleks PAs Kedah- Alor StarDewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizah Shaari, seorang guru PASTI Kawasan Merbok yang telah menghempuskan nafas terakhir ketika sedang mengendalikan Sukan PASTI Kawasan Merbok pada 17 Mei lepas. Semoga keluarga beliau tabah dengan pemergian beliau. Kita mendoa'kan semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkannya dikalangan orang yang soleh. am...

SAMBUTAN HARI GURU PAS KEDAH DISAMBUT MERIAH

Seri Mentaloon , Alor Star- 17 Mei 2008Sambutan Hari Guru PAS Kedah 2008 yang julung-julung kali diadakan telah disambut dengan meriah. Seramai 500 orang terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan Ahli Lembaga Tadbir Sekolah-sekolah Agama Rakyat menhadiri majlis tersebut. Sebanyak 21 buah Sekolah Agama rakyat (SAR) yang bernaung dibawah Majlis Muassasah Darul Ulum, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan juga PAS kawasan serta beberapa buah sekolah Pondok dan Tahfiz terlibat menjayakan sambutan ini.Majlis Sambutan ini dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB Dr. Abd. Isa Ismail yang juga selaku Speaker Dewan Undangan Negeri.Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ust Hj. Azizan Abd. Razak , Menteri Besar Kedah yang menyempurnakan Perasmian Penutup...

PAS Kedah Lantik Setiausaha Perhubungan Sebagai Senator

Alor Star - Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini telah meluluskan perlantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah YB Hj. Muhammad Yusuf Husin sebagai senator bagi penggal ini berkuatkuasa 20 Mei 2008. Sementara YB Ir. Zamri Yusuf, pengerusi PKR Kedah turut dilantik sebagai senator bagi mewakili parti P...

Ahad, 18 Mei 2008

Pasti Kehilangan Seorang Guru Berpengalaman

Sungai Petani : 17 Mei – Sukan Pasti Kawasan Merbok yang diadakan di Padang Awam Taman Peruda di sini gempar apabila seorang guru Pasti berusia 48 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia. Ustazah Azizah Shaari yang telah berkhidmat di Pasti Pengkalan Iman Merbok sejak lebih 18 tahun menghembuskan nafas terakahir di pangkuan rakan-rakan guru yang membantu Allahyarhamah yang sebelumnya rebah di tepi padang setelah memberi arahan kepada anak-anak muridnya bermain dalam perlawanan bolasepak sempena Sukan Pasti Kawasan Merbok. Menurut suaminya seorang nalayan di Tanjung Dawai yang ketika kejadian berada di Langkawi atas urusan pembelian bot, Allahyarham isterinya memang mengidapi penyakit paru-paru berair dan lelah. Allahyarham meninggalkan suami...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons