Sabtu, 30 Ogos 2008

DPPNK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SAIFUL ANZANI ROZI

Dewan Pemuda PAS Mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Saiful Anzani Rozi, anggota Unit Amal Pulau Pinang yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan bertugas di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan mencucuri dengan rahmat . DPPNK juga mengharpkan agar supaya keluarga beliau bersabar di atas pemergian beliau. Sesungguhnya Allahyarham telah memberikan pengorbanan dan khidmat beliau hingga ke nafas yang terakhir. Amin ...Petugas Unit Amal meninggal dunia ketika hendak bertugas Mohd Sabri Said Thu | Aug 28, 08 | 2:28:55 pm MYT PERMATANG PAUH, 28 Ogos (Hrkh) - Seorang ahli Unit Amal Kawasan Permatang Pauh, Saiful Anzani Rozi,20, meninggal dunia...

Rabu, 27 Ogos 2008

'Signal' rakyat bahawa era Abdullah sudah berakhir

Mohd Sabri SaidWed | Aug 27, 08 | 12:59:19 pm MYTPERMATANG PAUH, 27 Ogos (Hrkh) - Kemenangan di Permatang Pauh semalam bermakna setiap parti dalam Pakatan Rakyat iaitu KeADILan, PAS dan DAP perlu mengalas satu lagi tugasan yang penuh dengan cabaran.Iklan Apa yang penting ialah jernihkan keadaan dengan membuang apa yang keruh demi rakyat yang telah memberi sepenuh kepercayaan untuk melihat apa yang dijanji dikotakan.Bagi Naib Presiden dan Bendahari PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan Dr Hatta Ramli, rakyat sekarang mahukan sebuah kerajaan yang memperjuangkan ketelusan, amanah dan adil.Keputusan pilihan raya Permatang Pauh jelas menunjukan rakyat telah matang bukan lagi seperti dulu dibelenggu ketakutan terhadap gertakan kerajaan Barisan Nasional (BN)."Zaman telah berubah dan kita sebagai terajunya...

Ia adalah kemenangan rakyat!

Dato' Seri Anwar Ibrahim Wed | Aug 27, 08 | 11:10:53 am MYT Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat. Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu. Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan...

Abdullah dan Najib punca BN tewas - Ku Li

Irwan Muhammad Zain Wed | Aug 27, 08 | 1:04:18 pm MYT KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) -Selepas mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, Umno terus bergolak dan mengalami keretakan yang serius. di kalangan pemimpin mereka saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain akibat dari kekalahan itu. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberikan alasan kelemahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil tersebut. Bekas Presiden parti Semangat 46 dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebaik saja keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan berkata, cebisan-cebisan...

Isnin, 25 Ogos 2008

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Mohd Sabri Said Foto Nasir SudinMon Aug 25, 08 9:18:03 am MYTTERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program...

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah. Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang. Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut. "Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons