
MEMORANDUM
Kepada:
Ketua Biro Utusan Malaysia (Alor Setar)
Ketua Biro Kosmo ! (Alor Setar)
Tingkat 2, NO 1588, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah
Assalamualaikum wrt wbh.
Tuan,
Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya....