Rabu, 28 November 2007

Tahanan ISA yang diseksa boleh saman polis - Suhakam

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin Wed | Nov 28, 07 | 3:44:12 pm MYT KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Khalid Ibrahim menyatakan kehairanan terhadap tindakan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Husin yang memenangi kes samannya terhadap kerajaan yang bernilai RM2.5 juta sebelum ini, apabila beliau tidak mengemukakan saman terhadap polis.!---->"Dalam kes Malek Husin, beliau sepatutnya mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak polis jika beliau mempunyai maklumat yang lengkap mengenai salah guna kuasa polis dalam menjalankan siasatan," ujarnya dalam pertemuan Suhakam bersama wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pejabat Suhakam, Jalan Raja Laut hari...

Isnin, 26 November 2007

Bajet Kelantan 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat

Sun | Nov 25, 07 | 5:29:06 pm MYT Kota Bharu, 25 Nov (Hrkh) - "Bajet rakyat" yang menjadi tema Bajet 2008 Bagi Tempoh Penggal Yang Ke Empat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang ke Sebelas yang dibentangkan hari ini memberi fokus kepada penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat, pembinaan insan berteraskan Islam, pembinaan perumahan mampu milik serta pembelaan golongan dhaif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas. Bejet tersebut dibentangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini pada jam 11 pagi tadi. Selaras dengan aspirasi rakyat, Bajet Negeri Kelantan 2008 menggariskan beberapa strategi. Antara strategi tersebut ialah memantapkan pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang...

Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan

Mat Zain Mat Isa Sun | Nov 25, 07 | 2:12:37 pm MYT Balik-balik alasan sama yang diberikan kerajaan bagi merasionalkan kenaikan kadar bayaran tol di beberapa lebuh raya negara. Bukan kali pertama kerajaan menyandarkan hujah bahawa tindakan itu adalah hak syarikat-syarikat konsesi terbabit sebagaimana dimaktubkan di dalam perjanjian.!----> Bukan asing juga bagi rakyat untuk mendengar alasan bahawa kerajaan sudah tidak bersedia membayar pampasan ratusan juta kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya tidak membenarkan mereka menaikkan kadar tol. Rakyat juga pernah dijinakkan dengan hujah kononnya sebarang kenaikan tol telah mengambil kira pandangan semua pihak. Bahkan, sering dihujahkan juga kononnya kenaikan...

Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik

Posted on Sunday, November 25 @ 21:37:38 EST by reformis JOHOR BAHARU, 25 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Shahrir Abdul Samad menyarankan kerajaan membeli keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad (Plus) sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikan tol lebuh raya.Katanya pembelian saham itu sekaligus menjadikan aset Plus sebagai aset awam yang merupakan langkah terbaik bagi mengelak bebanan kerajaan kemungkinan terus terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol jika caj tidak dinaikkan serta beban rakyat untuk membayar caj sekiranya tol dinaikkan."Pada saya kalau kita tengok umumnya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membeli saham Plus. Jadi tol tidak naik kerana konsesi terbatal dan...

Bila elemen mafia menguasai negara

Bila elemen mafia menguasai negara Mahfuz Omar Fri | Nov 23, 07 | 3:38:28 pm MYT Selepas negara digemparkan oleh kegiatan 'judges shopping' baru-baru ini, kini satu lagi penyelewengan kuasa didedahkan apabila Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Ramly Yusuff didakwa kerana memiliki harta bernilai RM27 juta.mana pendedahan ini berpunca daripada kegiatan broker-broker kroni dalam mencaturkan jawatan pegawai-pegawai tinggi polis – seperti mana Datuk VK Lingam didakwa mencaturkan para hakim. Apa yang jelas di dalam skandal ini adalah kelemahan dan kegagalan Kerajaan Umno/BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam melahirkan budaya 'good governance' di negara ini. Amat memalukan...

Beberapa kisah dari negeri jelapang padi

Helmi Khalid Sun | Nov 25, 07 | 2:32:35 pm MYT Selepas menerima emel dari Pengarang Harakah, saudara Taufek Yahya mengarahkan setiap wartawan dimestikan menulis untuk ruangan Catatan Wartawan, saya tercari-cari apa topik yang hendak ditulis.!----> Tanya juga kepada beberapa rakan, ada yang kata tulislah tentang NCER, sebab sambungan kepada berita yang saya laporkan mengenai sidang DUN Kedah, majlis pelancaran NCER di Kedah untuk empat negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak belanja sampai RM 4.5 juta, tapi hingga sekarang hanya berjaya buka ladang jagung di Changloon. Ada yang suruh 'check' betulkah cakap-cakap mengatakan ada pemimpin atasan Umno di Kedah kerap ke luar negara untuk berjudi...

Gelombang Kuning gemparkan Alamanda, Putrajaya

Herman Samsudeen Mon | Nov 26, 07 | 3:09:09 pm MYT KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Kempen 'Bahaya BN' yang dibawa melalui Gelombang Kuning versi PAS Wilayah Persekutuan telah mengemparkan Kompleks membeli belah Alamanda di Putrajaya pada tengahari semalam.!----> Gelombang Kuning yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa BERSIH,Anuar Tahir bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,Nazir Zakaria telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Risalah-risalah mengenai kenaikan harga barang dan BERSIH diedarkan kepada orang ramai. Pengunjung yang hadir memberikan respon yang positif dan meminta agar kumpulan ini dapat hadir di Alamanda pada setiap minggu. Sedikit...

Kes Pita Lingam: Lingam sebut kes Anwar perlu dikalahkan?

Zaili Muhammad Mon | Nov 26, 07 | 12:44:46 pm MYT JASIN, 26 Nov (Hrkh) - Perjalanan sistem kehakiman negara yang semakin kelam-kabut dan bercelaru kini membangkitkan persoalan di manakah maruah kita sebagai sebuah bangsa yang bebas merdeka sejak 50 tahun yang lalu.!----> Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan, di manakah maruah rakyat yang merdeka apabila Ketua Hakim Negara boleh ditentukan oleh peguam yang penipu, tauke judi dan pemimpin Umno. "VK Lingam seorang peguam yang kaya bukan kerana dia pandai, Bahasa Inggeris dia pun lebih kurang Bahasa Inggeris Menteri Penerangan tapi semua kesnya menang. "Beliau merupakan rakan kongsi tauke judi Vincent Tan dan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons