Rabu, 10 Februari 2010

TAHNIAH DPP BALING - TERUSKAN PERJUANGAN ANDA

DPPB KOMITED MENGUMPULKAN 2000 PEMUDA Dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah, menambahkan majoriti undi di dun Kuala Ketil dan dun Kupang serta menawan dun Bayu, DPPB berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik golongan pemuda untk bersama-sama dengan PAS. Kami menyedari peranan dan pengaruh undi pemuda kepada kemenangan PAS khususnya di Kedah. Oleh itu, Ust Osman di dlm mesyuarat semalam menegaskan agar semua ajk DPPB dengan kerjasama ketua pemuda cawangan perlu komited dalam menangani isu pemuda. Kita tidak mahu hanya sibuk melayan isu perdana sehingga lupa pemuda-pemuda di kawasan kita. Pemuda adalah nadi perjuangan PAS. Denan perkelahan perdana yang bakal diadakan ini, DPPB yakin kita dapat mengumpulkan 2000 pemuda...

JOM PAKAT GI BALING

...

Selasa, 9 Februari 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH TIDAK SELESAI KEMELUT PERAK

Nazri Abdullah    PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu. Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu. Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu. “Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang kepada media selepas keputusan itu diumumkan. Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi. Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya...

ITULAH KEPUTUSANNYA, APA NAK DI KATA

Nazri Abdullah    PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan. Berikutan itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menenangkan para penyokong Pakatan Rakyat dan meminta mereka bersabar. "Kita hormati keputusan mahkamah," ujarnya. Para penyokong Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Ir Mohammah Nizar Jamaluddin dan BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, mulai diasingkan jam 9.55 pagi. Kira-kira jam 10.00 pagi kain rentang yang bertulis "Mahkamah rakyat, Nizar MB" dirampas oleh pihak...

SKIM KAFALAH KEDAH DILANCAR

li Hashim    ALOR SETAR, 9 Feb: Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi membiayai skim Kafalah bagi tahun 2010 mulai awal tahun ini. Skim Kifalah sebelum ini telah ditukar dengan sebutan asalnya kini iaitu Kafalah bagi menepati ciri-ciri sebutan tersebut bagi membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pengurusan jenazah. Menurut Menteri Besar lagi, penerima skim ini dilakukan berdasarkan kepada pendaftaran yang telah dilakukan oleh waris ataupun ahli keluarga di bawah program e-Sinar sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. "Melalui skim ini maka waris akan menerima RM500, namun begitu pendapatan isi rumah haruslah kurang daripada RM720 bagi melayakkan mereka tersenarai dalam...

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN-CAWANGAN PAS KAWASAN BALING

Pada hari Sabtu 13 Februari 2010 ini bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak Baling akan diadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Baling bagi tahun 2010 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato'Seri Ustaz Hj.Azizan bin Abdul Razak, PesuruhJaya PAS Negeri Kedah merangkap Menteri Besar Kedah Darul Aman. Majlis perasmian Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan yang dibuat secara serentak seluruh 149 cawangan PAS dalam kawasan Baling ini adalah julung kali diadakan kerana perasmian sebelum ini diadakan mengikut cawangan-cawangan. Semua Cawangan diwajibkan menghantar perwakilan sebanyak 8 orang yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda dan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons