Sabtu, 2 Mei 2009

Pendedahan terkini.......Syed Sobri Al Muflisin

Oleh :- Ibnu Bakrin.ADUN Kuala Nerang :- ALKISAH BERUK HILANG TUAN........Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeri Kedah Darul Aman, timbul pulak cerita lain yang mungkin membimbangkan lagi YB Kuala Nerang ini. Sebelum ini, Syed Sobri sibuk menepis beberapa tuduhan dan penghakiman mengenai status muflisnya. Syed Sobri akan dihimpit lagi dengan kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation (“STDC”) yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.Menurut sumber dari Wisma Darulaman, perkara ini telah mendapat perhatian dari awal lagi sejak kerajaan PR mengambil tampuk pentadbiran negeri Kedah Darul Aman. Namun usaha mengumpul bukti memerlukan masa yang secukupnya.Pihak Kerajaan Negeri...

Rabu, 29 April 2009

PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk...

Kenyataan Media : Pemudawilayah anjur Himpunan Rakyat Desak Kabinet Tarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak Jumaat Ini

Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap Ahli Kabinet Malaysia yang diketuai Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayani pandangan Jakim, Jabatan Agama, Mufti dan NGO Islam berhubung dengan isu agama anak K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.Kabinet telah mewujudkan Jawatankuasa khas bagi membincangkan isu ini dan diketuai oleh Menteri di JPM, Koh Tsu Koon, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan...

Selasa, 28 April 2009

KENYATAAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH- UMNO KETANDUSAN KEPIMPINAN

Umno sudah ketandusan kepimpinan dengan melantik Dato' Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru. Mungkin pada pandangan Dato' Seri Najib inilah pemimpin paling 'AFDHAL' untuk memimpin UMNO Kedah. Nampak sangat Dato' Seri Najib mengambil orang beliau untuk terajui kepimpinan UMNO baru dibeberapa buah negeri termasuk Kedah. Walaupun banyak Menteri dari Kedah yang berkelayakkan tetapi mereka masih belum cukup kemampuan untuk menerajui UMNO Kedah mengikut penilaian Dato' Seri Najib . Namun begitu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah tidak gentar menghadapi cabaran baru UMNO ini dan akan terus bekerja bagi mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.Kita juga melahirkan rasa simpati kepada Dato' Seri Mahdzir Khalid yang tidak dilantik semula menjadi Pengerusi Perhubungan...

Isnin, 27 April 2009

MB HARAM BN USUL PECAT SPEAKER DUN PERAK

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry. Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan...

Sex affair just to spite parents

THE STARBy ANDREW SAGAYAMKUALA LUMPUR: More underage girls are having sex to get back at their parents for neglecting them.This startling information was revealed by police who said that the girls had initially claimed they were raped but later admitted to have consented to sex with their boyfriends.Statistics compiled since 2005 showed that the number of girls below 16 years old who are sexually active has been increasing every year.The study also revealed that an alarming 60% of girls between the ages of 13 and 15 had sex because they “wanted revenge” on their parents. Sex with a girl aged under 16 is classified as statutory rape under the Penal Code.The girls, largely from urban areas, confessed that they had befriended men as they were angry with their parents for subjecting them to emotional...

'Pele Pangkor' bergelut di Perak

Rahmah Ghazali | Apr 27, 09 4:08pmeksklusif Warna kulit serta kelicikannya di padang bola membuat beliau digelar sebagai 'Pele Pangkor', begitulah menurut pembantunya. Tetapi itu dulu. Sekarang Datuk Seri Zambry Abd Kadir berdepan dengan 'pergelutan' paling sukar dalam karier politiknya.zambry abdul kadir interview 200409 10Beliau bukan sahaja memikul tugas mentadbir negeri, tetapi juga perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat selepas Perak terlepas dari tangan pembangkang dan jatuh ke tangan BN sekarang.Walaupun BN sehingga ini dilihat menang di mahkamah, tetapi ia masih 'tewas' di mahkamah rakyat.Keadaan menjadi semakin sukar selepas BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, yang dianggap sebagai satu penolakan rakyat terhadap tindakan BN mengambil alih...

PKR pilih Mansor ganti Fairus

MALAYSIAKINIApr 27, 09 6:15pmPKR akhirnya menemui calon timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini.Timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman - seperti diura-urakan sebelumnya - disebut-sebut terpilih mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti bulan depan.Nama tokoh kanan PKR itu akan diumumkan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh, malam esok.Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini susulan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus.Selain timbalan Lim Guan Eng, beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas.Kekosongan...

Demi politik, Najib gadai Islam

Irwan Muhammad ZainMon | Apr 27, 09 | 2:59:35 pm MYTKUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya."Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS...

Menutup aurat bukan halangan bersukan

OLEH : NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARIALOR SETAR - Berpakaian menutup aurat bukan penghalang bagi pelajar perempuan dari bergiat cergas dalam sukan. Ini telah dibuktikan oleh pelajar perempuan Maktab Mahmud yang menyertai latihan pusat kontinjen Maktab Mahmud yang berlangsung di Komplek Hijau Kuning, di sini.Mereka adalah 69 dari 171 pelajar Maktab Mahmud dari seluruh daerah di Kedah yang menyertai kursus selama lima hari bermula kelmarin. Demikian diberitahu, Ketua Unit Kokurikulum Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah, Puan Jufriah Ahmad.Menurutnya, latihan ini diadakan untuk mendedahkan dan memantapkan semangat pelajar dalam semua sudut samada fizikal dan mental.“Sebelum adanya Pusat Latihan ini, pelajar hanya belajar di sekolah sendiri tanpa ada pemerhatian dari tenaga pengajar yang...

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

HarakahdailyMon | Apr 27, 09 | 12:09:33 pm MYTKUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini."SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009."Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh...

KeADILan pecat 16 ahli khianati parti

Mohd Rashidi HassanKUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat memecat 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini.Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam.Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009."Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media."Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons