Jumaat, 6 Jun 2008

Demo Bantah Kenaikan Harga Minyak di Sg Petani

Sungai Petani, 6 Jun: Himpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya manarik lebih 1000 orang untuk berhimpun di sebelah Dataran MPSP di sini. Beberapa trak polis dari skuad LSF kelihatan tiba lebih awal di lokasi demo dan menghalang orang ramai memasuki dataran tersebut. Perarakan peserta yang berhimpun di Masjid Muzaffar Syah sesudah solat jumaat berhenti di kawasan lapang bertentangan dengan menara jam untuk berkumpul di situ. Perhimpunan aman ini mendapat kerjasama baik dari peserta dan pasukan keselamatan yang mengawal lalu lintas. Ini adalah himpunan pertama yang diadakan dinegeri ini setelah kerajaan pimpinan Pak Lah menghukum rakyat dengan kenaikan 78.4 sen seliter. Kita harap selepas ini rakyat tidak bercakap saja...

Rabu, 4 Jun 2008

Jejak sejahtera rakyat Darul Aman (Siri 1)

Ibnu Bakrin Wed | Jun 04, 08 | 12:34:58 pm MYT 'KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA' sudah menghampiri keseratus hari slogan ini menjadi moto baru pemerintahan di negeri tertua yang terletak di utara semenanjung Malaysia. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bagaimana rasa tergamam; teruja; tangisan; laungan; rintihan dan seumpamanya yang lahir daripada perasaan bercampur baur. !---->!----> Apa tidaknya, sudah lebih 50 tahun Umno-BN menguasai kerajaan negeri yang melahirkan ramai tokoh dan pemimpin yang bukan saja masyhur di dalam negara malah hampir seantero dunia, tetapi akhirnya tumbang di tangan parti-parti Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS. Terleburlah kurafat yang menyatakan hanya Umno-BN saja yang menjadi keyakinan rakyat dan mampu memerintah....

Masyarakat Barat fobia angka 13

LIF yang tiada tingkat 13. TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut:Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya.Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13? Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai...

Antara Babi & Minyak.

Assalamu'alaikum. ..Sah!!!Sah parti Un Mind Nasional Organisation menipu rakyat Malaysia sekali lagi...Sah sebutir Malaysia kena tipu hidup-hidup buat kesekian kalinya...Sah pak-pak Menteri dari Parti Barang Naik memperbodohkan rakyat-rakyat Malaysia yang mengundi parti Barang Naik masa PRU12 hari tu.Sah kome semua bodoh sebab undi Parti Barang Naik.Sah Parti Barang Naik sinonim dengan namanya Barang Naik.Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos.Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai...

Selasa, 3 Jun 2008

LAGI GAMBAR MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SUKMA KEDAH

...

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN SUKMA KEDAH

SINTOK: Memperolehi 38 pingat emas menjadi sasaran yang akan diusahakan Kontinjen Negeri Kedah pada penyertaan Sukan Malaysia (SUKMA) XII di Terengganu pada 31 Mei hingga 9 Jun ini.Sasaran itu dilafazkan sebagai akujanji dan ikrar oleh 594 atlet dan pegawai kontinjen pada Majlis Penyerahan Bendera oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks Sukan, Universiti Utara Malaysia baru-baru ini.Dalam majlis penuh semangat yang diadakan itu, Ketua Kontinjen Negeri Kedah, Dato' Bashiruddin Abdul Jamil menyatakan kesediaan yang tinggi pasukannya untuk menggalas cabaran ke temasya tersebut."Kita akan menyemarakkan bendera Kedah di seluruh Terengganu sebagai menandakan Kedah kuat!" ujarnya yang disambut tepukan gemuruh seluruh hadirin.Menurut...

UNGKAPAN MENARIK YB-YB PAS KEDAH

REHAT MINDA Pelbagai persepsi timbul setelah berlakunya pertukaran kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Pelbagai telahan perasaan pasti terbuku dihati masyarakat sama ada ia berupa kegembiraan, kebimbangan mahupun harapan. Perumpamaan dan analogi yang digunakan oleh pimpinan dalam ucapan dan pertemuan mereka dengan masyarakat mungkin dapat mencerahkan sedikit gambaran suasana baru politik hari ini khususnya di Kedah. Perumpamaan dan analogi mereka menyentuh keadaan proses peralihan kuasa dari kerajaan lama kepada kerajaan baru, kelangsungan tanggungjawab kerajaan dan potensi kerajaan baru. Sama-sama kita renungkan. “Macam orang baru menikah dualah, dok teringat juga isteri yang lama. Yang baru perah ayaq asam tak sama dengan yang lama perah ayaq asam. Masing-masing...

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah- Isu Krisis Makanan

KOTA SARANG SEMUT – Kenaikan harga beras yang agak tidak terkawal akhir-akhir ini menimbulkan polemik yang membimbangkan dan meresahkan hampir setiap lapisan rakyat. Rata-rata kerisauan, berpusat akan kemampuan kerajaan untuk membendung situasi masa kini iaitu dengan mengenal-pasti faktor kelemahan dan merangka pelan jangkapanjang sebagai jaminan krisis tidak berulang serta menyediakan stok simpanan beras negara agar berada pada tahap yang menyakinkan. Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius akan perkembangan yang berlaku dan menyarankan agar Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kedah Darul Aman khususnya, menyegerakan langkah–langkah proaktif untuk menambah kawasan penananam padi yang baru disamping mengkaji dan menaiktaraf...

YB UST NASIR ZAKARIA AHLI PARLIMEN PADANG TERAP SERTAI SKIM PERLINDUNGAN PEMUDA (SPP)

Kompleks PAS Kedah- 3 Jun 2008YB Ust. Nasir Zakaria , Ahli Parlimen Padang Terap telah menyertai Skim Perlindungan Pemuda SPP. Beliau yang hadir ke Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dengan tujuan tersebut telah mengisi borang keahlian SPP dan menyerahkan borang tersebut kepadaSetiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Mohd Rosli Azmi pada jam 8.oo malam di pejabat DPPNK.Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah cukup terharu dengan komitmen beliau untuk membantu meningkatkan keahlian SPP. Beliau yang berumur 32 tahun adalah antara ahli Parlimen yang muda dan telah membuktikan kebolehan dalam sesi sidang Parlimen penggal pertama baru-baru i...

Enam kejayaan PAS Perak

Ustaz Ahmad Awang Tue Jun 03, 08 3:29:40 pm MYTSelaku Pesuruhjaya PAS Perak, saya telah menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat MB yang diadakan di dewan serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak. -->-->Majlis tersebut dihadiri lebih 700 pemimpin PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan. Ketika berucap, saya menegaskan bahawa pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lalu dengan memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri telah memberikan PAS Perak enam kemenangan yang sangat bermakna.Intisari kemenangan yang saya huraikan dalam ucapan adalah seperti berikut:Penubuhan kerajaan campuran PAS-DAP-KeADILan yang kini dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.Perbincangan dibuat di antara ketiga-tiga parti pada kira-kira jam 1 pagi selepas DAP memenangi 18 kerusi Dun, KeADILan...

Isnin, 2 Jun 2008

Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?

Nik Abduh Nik Abdul Aziz Mon | Jun 02, 08 | 12:51:22 pm MYT Salam Kamunting, kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Semasa saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah. !---->!---->Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hishamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam Islamis macam budak 'usrah'. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu,...

Kedah tunjuk 'jalan tengah'

Ahmad Lutfi Othman & Izwan Abdul Halim Mon | Jun 02, 08 | 8:19:48 am MYT Ustaz Azizan Abdul Razak nampak lebih segar dan ceria walaupun bebanan tugasnya makin berat. Berbekalkan pengalamannya hampir 15 tahun sebagai Adun, juga jawatannya dalam parti sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mewarisi kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, dan pernah dipilih Naib Presiden, kini mengetuai kerajaan baru di Kedah, beliau tetap mudah didekati. !---->!---->Pendekatannya mungkin ditafsirkan dalam pelbagai versi, namun dalam pertemuan dengan Harakah baru-baru ini, di rumahnya yang cukup sederhana, di Jalan Sultanah, Alor Star, Ustaz Azizan penuh yakin menjawab pertanyaan yang dibangkitkan. Difahamkan...

Golongan muda diseru ambil alih warisan perjuangan Islam

Mazelan Haron Tue | May 27, 08 | 1:35:15 pm MYT SERDANG, KEDAH, 27 Mei (Hrkh) - Golongan pemuda diminta bersedia mengambil alih tanggung jawab dan amanah sebagai pewaris kepemimpinan perjuangan Islam di Malaysia bagi meneruskan cita-cita perjuangan menegakkan keadilan. !---->!---->Perjuangan Islam yang dipelopori Pas sejak lebih 50 tahun lalu masih relevan untuk diperjuangkan walaupun kepimpinanya silih berganti. Demikian tegas Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa ketika berucap membentangkan kertas kerja yang bertajuk 'Siapakah Kita - Harapan Kedua Ibu bapa, Kepimpinan Pas dan Masyarakat' pada majlis Akademi Pewarisan Pas yang diadakan di Dewan Dato' Fadhil Noor, di sini, baru-baru ini. Program yang menghimpunkan...

Pembela lapor polis berhubung laporan akhbar China Press

Izwan Abdul Halim Thu | May 29, 08 | 4:32:40 pm MYT KUBANG PASU, 29 Mei (Hrkh) - Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia atau singkatannya Pembela telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jitra kelmarin berhubung satu laporan akhbar oleh China Press keluaran 23 Mei mengenai cubaan pihak Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) merobohkan kuil Hindu di Taman Osman Aroff, Jitra. !---->!----> Laporan polis itu memetik laporan daripada akhbar berkenaan yang berbunyi 'Kejadian berlaku apabila Pegawai Penguat kuasa MDKP pergi ke tempat kejadian dengan lori dan jentolak dan apabila sampai ke tempat itu mereka bersedia untuk meroboh kuil Hindu itu dengan mengatakan bahawa mereka menerima arahan daripada Pegawai Daerah dan Menteri Besar (MB)...

Kemudahan teknologi jalur lebar akan diperluaskan di Kedah

Izwan Abdul Halim Thu | May 29, 08 | 4:40:45 pm MYT KULIM, 29 Mei (Hrkh) - Kawasan-kawasan kediaman di seluruh negeri Kedah bakal menikmati kemudahan teknologi jalur lebar terpantas apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) menyatakan komitmennya untuk mengembangkan kemudahan tersebut secara berperingkat sehingga 50 peratus menjelang tahun 2010. !---->!----> Sasaran TM itu mampu dicapai apabila Kerajaan Negeri turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama secara berterusan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri, Abdullah Jusoh dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran TM Broadband - Kulim Fiesta di Business Centre Kulim HiTech Park baru-baru ini berkata, kerjasama tersebut adalah untuk melengkapkan...

enyelewengan MBAS berlaku di bawah kepimpinan BN?

Lee Guan Aik Mon | Jun 02, 08 | 12:00:38 pm MYT DAP Kedah mempersoalkan ketelusan kerajaan kepimpinan Barisan Nasional sebelum pilihan raya ke-12 lalu berikutan Majlis Bandaraya Alor Star mengalami kerugian besar dalam pengurusan yang lemah berikutan banyak penyelewengan. !---->!----> DAP Kedah mendesak kepimpinan Barisan Nasional menjawab secara telus andaian dan cakap-cakap masyarakat yang menagih jawapan mereka terbabit sama ada benar atau tidak fakta yang menimbulkan keresahan rakyat. Antara persoalan tersebut ialah: 1. Pembelian Aras 7 & 8 Menara Sentosa yang dibeli oleh MBAS dengan harga melebihi RM 5,150,000.00 dibiarkan kosong sejak 1996. Menariknya kos penyelenggaraan RM 10,871.10 setiap bulan dan perkara ini sudah berlarutan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons