Sabtu, 11 Oktober 2008

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS KEDAH MERIAH

Sungai Petani- 11 Oktober(Sabtu)Majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Kedah berlangsung dengan meriah hari ini. Majlis yang diadakan di Padang Awam Taman Semarak, Sg. Pasir, Sg. Petani telah dipenuhi dengan pengunjung yang datang dari seluruh negeri Kedah sejak jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang.Pada tahun ini PAS Kawasan Sungai Petani telah dipilih sebagai tuan rumah majlis Aidilfitri . Berbagai juadah yang dibawa khas dari seluruh kawasan di Negeri Kedah telah dihidangkan untuk semua orang yang hadir. Setiap PAS kawasan telah ditetapkan menu untuk jamuan hari ini antaranya Bihun Sup, Lemang, Ketupat. laksa, keropok lekor, buah-buahan , kekacang, satay dan bermacam-macam lagi. Antara menu istimewa ialah teh tarik menteri besar dan aiskrim yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah...

Jumaat, 10 Oktober 2008

YB Ust Nasir Zakaria Dilantik Sebagai Pengerusi Lajnah Pertanian, Pekerja dan Peniaga DPPNK

Kota Sarang SemutMesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah dalam mesyuaratnya pagi tadi telah melantik YB Ust Nasir Zakaria sebagai Pengerusi Lajnah Pertanian, Pekerja dan Peniaga berkuatkuasa serta merta. Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap telah dilantik sebagai Exco DPPNK bulan lepas. Sebelum ini jawatan tersebut dipegang oleh Ust Mohd Azam Abd. Aziz yang melepaskan jawatan sebagai exco awal tahun i...

Khamis, 9 Oktober 2008

LAGI GLC DILAPOR POLIS, BPR

Oleh: AMELIA HASHIM ALOR STAR, 8 Oktober: Kerajaan Kedah sedang meneruskan kajian mengenai mana-mana GLC yang pecah amanah dalam pentadbiran untuk diambil tindakan. Ini ekoran langkah kerajaan negeri baru-baru ini yang mengarahkan GLC supaya membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis sekiranya terdapat pecah amanah dalam mana-mana syarikat milik kerajaan. Dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco hari ini Menteri Besar YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan, terdapat sebuah lagi syarikat yang telah dikenal pasti melakukan pecah amanah dalam pentadbirannya. “Oleh kerana sebelum ini seluruh umat Islam akan merayakan Eidulfitri yang menuntut kita supaya bermaaaf-maafan, jadi kita tangguhkan sementara tindakan mengarahkan GLC berkenaan membuat laporan...

Kouta 50%: Jangan dipolitikkan menjadi isu perkauman

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyokong penuh dasar baru Kerajaan Negeri Kedah mewajibkan peruntukan 50% lot Bumiputera dalam semua projek perumahan di negeri ini. DPPNK mengajak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kedah/Perlis dan semua pihak menyedari bahawa rumah adalah keperluan asas setiap manusia. Oleh itu ia tidak harus dilihat sebagai satu dagangan sebaliknya hak yang perlu diberi kepada setiap manusia.Menginsafi terdapat rakyat berkemampuan, namun lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan, maka sewajarnya pemaju mengutamakan projek-projek perumahan mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan di negeri ini dengan mengambil kira demografi sosio-ekonomi semasa. DPPNK melihat selama ini hak asas manusia telah...

Kedah kekal naikkan kuota rumah bumiputera

Kedah kekal naikkan kuota rumah bumiputeraALOR STAR 8 Okt. - Kerajaan negeri tetap dengan keputusannya untuk menaikkan kuota pembelian rumah kepada bumiputera daripada 30 kepada 50 peratus walaupun mendapat bantahan daripada pihak pemaju.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri bersedia bersemuka di mahkamah dengan mana-mana pihak yang ingin mencabar keputusan kerajaan berhubung perkara itu."Ini negara bebas, sesiapa sahaja boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mereka tidak bersetuju dengannya."Jika kerajaan negeri kalah, kami bersedia menerimanya namun saya percaya kami berada di landasan yang betul," katanya kepada pemberita di sini semalam.Beliau diminta mengulas kenyataan, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah/Perlis,...

Isnin, 6 Oktober 2008

KONSERT CITRA AIDILFITRI

Tarikh : 11 Oktober 2008Hari : Sabtu, Jam 9.00-12.00 malamTempat : Stadium Mini Pendang, Pendang, KedahTiket : RM 6.00(Dewasa)Boleh didapati di Pejabat Sekolah Rendah Islam An Nur , KM 4, gajah Mati, Pendang.Anjuran : Sekolah Rendah Islam An NurAcara:MarhabanNasyidCabutan bertuahArtis jemputan:Azhan Juara Akademi Nasyid Tv9 2008.Kumpulan U...

PETA KE RUMAH TERBUKA PAS KEDAH

Semua lapisan rakyat Kedah dijemput ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kedah pada 11 Oktober 2008, hari Sabtu bertempat di Padang Awam, Taman semarak, Sg. Pasir, Sungai Petani, Kedah Bermula jam 3.00 petang- 5.00 petang.ATURCARA:3.00 PETANG : Jamuan Aidlfitri 1429H : Ucapan Hari raya oleh: YB. Ketua Penerangan PAS Kedah YAB Dato' Seri Pesuruhjaya PAS Kedah, Ust Hj Azizan Abd. Razak Penyampaian Duit Raya Nasyid selingan5.00 PETANG : Bersu...

Gambar Sekitar Rumah Terbuka MB Kedah

...

Ahad, 5 Oktober 2008

Lebih 60,000 Ribu hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilftir Menteri Besar Kedah

Alor Star- 4 Okt 2008 Lebih 60,000 ribu rakyat Kedah yabng terdiri dari segenap lapisan rakyat dan bangsa telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.Jamuan yang bermula jam 11.00 pagi dijadualkan berakhir pada jam 4.30 petang, namun orang ramai berpusu-pusu datang sejak awal majlis bermula sehingga jam 5.30 petang lebih. Berbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, satay, mee goreng, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim. YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah juga turut menyampaikan duit...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons