Rabu, 11 Februari 2009

NIZAR TAK PERNAH DERHAKA TAPI UMNO PERNAH

...

POHON DERHAKA??

"Patik Mohon Derhaka" antara ungkapa DS Nizar yang dijaja. DS Nizar dikatakan derhaka. Saya kurang mahir berbahasa. Namun naluri saya berkata...bersopannya DS NIzar MEMOHON untuk derhaka.... itulah indahnya bahasa istana.Namun berbicara dengan orang yang tak reti bahasa istana samalah berbicara dengan BERUK tentang bunga. Berbuih mulut kita menyatakan wanginya bunga namun akhirnya bunga dikoyak dan dipijak jua.... saya tak tahu siapa beruk dalam isu ini..Sejarah melayu terlalu panjang untuk dikongsi bersama, namun ruang ini terlalu terhad untuk kita berbicara. Saya anak melayu jati yang sayang kepada raja. Saya ulangi... anak melayu jati.... bukan peranakan atau celupan warna kuah kari atau parpu. Sebab itu sayang saya pada raja sayang sejati... Saya tidak memiliki nombor selain no kad pengenalan...

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak - Majlis Peguam

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:* Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.* YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.* Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada...

KEMUNCULAN HJ NIZAR DI STADIUM MENGEJUTKAN

Sekali lagi Dato' Seri Hj Nizar buat kejutan dengan muncul menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perak dengan Kelantan di Stadium Negeri Perak malam tadi. Kemunculannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton-penonton bola sepak. Hj Nizar adalah Presiden PAFA. Tan Seri Anuar Musa, Presiden KAFA juga turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut, beliau duduk bersebelahan Dato' Seri Nizar. Kehadirannya ke stadium menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar, dalam kemelut politik yang belum ada tanda berkesudahan, beliau tetap menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Presiden PAFA. Kehadirannya turut membangkitkan semangat skuad Seladang walaupun tewas 2-3.Posted by MisbahulMunir at 1:52...

PAS KEDAH BERSIAP SEDIA PERTAHAN DUN BUKIT SELAMBAU

Kota Sarang SemutPAS Kedah telah bersiap sedia untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau. Satu mesyuarat khas telah diadakan semalam di Kompleks PAS Kedah yang melibat seluruh Jentera Jabatan Pilihanraya Negeri dan majlis Tindakan DUn di Kedah. PAS Kedah akan berbincang dengan pihak PKR bagi menyelaras dan merancang strategi terbaik mempertahankan kemenang...

Jangan biarkan kami boikot produk Celcom pula

Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 12:44:52 MYT oleh TokBatinE-mel Pembaca Oleh ustnik" (dua minggu sudah dihantar ke surat pembaca BH tapi tak disiar)Keganasan tentera Yahudi terhadap penduduk Gaza menimbulkan satu bentuk kesedaran kepada umat Islam untuk memboikot produk Israel dan Amerika. Tidak mustahil ekonomi Amerika dan Israel boleh lumpuh jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.Jenis dan jenama produk Israel dan Amerika yang patut diboikot disebar secara meluas melalui e-mail, sms dan internet. Mungkin di tv, radio dan media cetak kurang (kecuali radio ikim.fm) kerana pulangan dan keuntungan besar dari iklannya.Dalam keadaan demikian, Celcom mengambil langkah berundur ke belakang apabila menaja konsert Rihanna yang bakal berlangsung pada 13 Feb 2009 nanti. Rihanna adalah...

Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

Salmah Mat HusainKOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun."Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi."Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali."Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat...

PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

Irwan Muhammad ZainKUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi."Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak."Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.ImageMedia arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin...

Selasa, 10 Februari 2009

Orang Najib tawarkan RM5 juta untuk lompat parti

Oleh: Nik Nurul Nadhiroh Nik Zabari Alor Setar: Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam mendedahkan bahawa, beliau telah dihubungi oleh individu yang mendakwa mereka adalah wakil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Besar Kedah, memujuk beliau meninggalkan KeADILan dengan tawaran RM5 juta serta jawatan Exco dalam kerajaan baru. Butiran tersebut terkandung dalam kenyataan akuan bersumpah yang dibuat oleh V. Arumugam bertarikh 8 Februari 2009. “Saya memberitahu ejen BN tersebut saya tidak berminat dan menolak tawaran mereka. Saya juga membuat laporan polis pada 2 Februari 2009,” ujarnya. Setelah melihat situasi semasa, katanya, di mana dua orang wakil rakyat KeADILan Perak telah hilang dan menerima tekanan serta cubaan untuk menculik beliau dan keluarga,...

50,000 HADIR CERAMAH RAKYAT TOLAK BN

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myKOTA SARANG SEMUT, 9 Februari (Hrkh) - Ketika di Ipoh, Perak diberitakan berkumpulnya lebih 50,000 hadirin mendengar ceramah Pakatan Rakyat semalam, gelombang yang sama turut berlaku di Kedah apabila kira-kira 50,000 membanjiri Kompleks PAS Kedah, di sini semalam pada ceramah perdana bertemakan "Confirmed Rakyat Tolak BN". Kehadiran begitu ramai pada ceramah yang menampilkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut itu, dipercayai kesan krisis politik yang berlaku di Perak sekarang ini. Turut menyampaikan ceramah Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah yang juga Ahli Parlimen...

ARUMUGAM LETAK JAWATAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIMizwan@harakah.net.myALOR SETAR: Selepas memaklumkan perletakan jawatan Exco Kerajaan Negeri, Arumugam Vengatarakoo dari jawatan Exco, Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebentar tadi mengesahkan kepada media bahawa Arumugam turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.Sedang medianya itu diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini dengan turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim. "Dukacita saya maklumkan YB Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta...

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan?...

Arumugam 'selamatkan' Kerajaan Kedah, kembalikan 'kuasa' pada rakyat

Azamin AminKUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Ahli Dewan Negara Senator Mohd Yusuff Hussein menyifatkan tindakan Arumugam Vengatarakoo meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan Exco Kedah semalam adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah daripada terus digugat oleh Barisan Nasional (BN).Kata Senator Yusuff yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Arumugam juga bertindak secara bertanggungjawab dengan mengembalikan kuasa memilih di tangan rakyat untuk membuat keputusan."Senario ini Kedah tidak sama di Perak. Arumugam kembalikan mandat pada rakyat biar rakyat pilih siapa yang dikehandaki."Bukannya macam Perak apabila tiga Adun itu bertindak seperti 'pengecut', tidak berani kosongkan kerusi untuk adakan pilhan raya kecil. Rakyat Perak tidak...

Arumugam 'selamatkan' Kerajaan Kedah, kembalikan 'kuasa' pada rakyat

Azamin AminKUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - Ahli Dewan Negara Senator Mohd Yusuff Hussein menyifatkan tindakan Arumugam Vengatarakoo meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambau dan Exco Kedah semalam adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah daripada terus digugat oleh Barisan Nasional (BN).Kata Senator Yusuff yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Arumugam juga bertindak secara bertanggungjawab dengan mengembalikan kuasa memilih di tangan rakyat untuk membuat keputusan."Senario ini Kedah tidak sama di Perak. Arumugam kembalikan mandat pada rakyat biar rakyat pilih siapa yang dikehandaki."Bukannya macam Perak apabila tiga Adun itu bertindak seperti 'pengecut', tidak berani kosongkan kerusi untuk adakan pilhan raya kecil. Rakyat Perak tidak...

Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh)-Atas faktor tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim."Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan...

Berita Terkini Dari Perak

Tuesday, February 10, 2009HANYA ENAM ORANG EXCO SAHAJA ANGKAT SUMPAHTimbul tanda tanya, mengapa hanya 6 orang sahaja EXCO yang angkat sumpah, mana 3 yang lain. mereka itu ialah ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).Majlis angkat sumpah berlangsung dengan satu kawalan yang sangat ketat, FRU dan pasukan keselamatan ditempatkan di merata tempat. Suasana ini akan sentiasa menghantui dan membimbangi kerajaan Haram BN sepanjang masa selagi keadilan tidak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat dan Pakatan Rakyat mahu DUN dibubarkan, mandat perlu diberi kepada rakyat bagi memilih kerajaan baru. Rakyat akan puas hati bila mereka diberi...

Ahad, 8 Februari 2009

GADIS HILANG

Friday, February 6, 2009KEHILANGAN......Seorang pelajar bernama Nurul Anisah Binti Ahmad Zaini berumur 19 tahun hilang sejak seminggu yang lalu. Beliau adalah anak kepada Setiausaha PAS Cawangan Padang Wahid yang juga merupakan MKK Kedah Darul Aman.Kali terakhir gadis ini dikesan adalah di Perlis sebelum hilang. Gadis ini yang sedang menunggu keputusan STPM dikatakan ingin ke rumah neneknya di Kuala Kedah sebelum hilang. Sebarang perkembangan boleh berhubung terus dengan ayah mangsa di talian 017-4214867 ( Ahmad Zaini )...sila uploadkan gambar gadis di sebelah untuk diletakkan di blog tuan2 dan diedarkan kepada sahabat2 sem...

SEHINGGA KINI DI PERAK...

http://anaksengat.blogspot.com/Berita Nasional TV melaporkan ulasan Zamri tentang kerajaan yang di bentuknya. Bila ditanya tentang sikap MB Nizar yang bertegas tidak mahu meletakkan jawatan, Selamba Beruk Zamry al Mangkori menjawab: itu kerajan Haram.Pepatah arab ada menyebut : Dia pukul saya dia yang menangis, dia yang menzalimi saya, dia yang mengadu..... Pelik tapi benar( benar bodoh)...yang merampas menyatakan kerajan yang di rampas haram...perampas nak kata apa??? mungkin HARAM JADAH agaknya...Gelombang kebangkitan rakyat Perak seolah tak dapat di bendung lagi. Ianya turut dirasai sama oleh seluruh pendokong hak dan keadilan di seluruh negara. Hanya Profesor kangkung, kangkang dan longkang sahaja yang berdalih menyerlahkan kebodohan mereka. Rakyat akan terus meniupkan gelombang ini. Sekurangnya...

BN bagai lanun rompak kerajaan Perak

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah.Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan...

Belum pernah dalam dunia ada begini

PETALING JAYA: Walaupun sudah lebih 30 jam Menteri Besar baru telah dilantik oleh Sultan Perak dan mengangkat sumpah, kegawatan politik negeri itu masih belum menemui titik penyelesaian dengan dua Menteri Besar menghadiri majlis 'rasmi' masing-masing hari ini.Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar berkata, barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.Nizar mempengerusikan mesyuarat khas Exconya, yang berusia 11 bulan, di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.PENDIRIAN NIZARKetika ditemui wartawan selepas mesyuarat itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri...

Perutusan MB Nizar

BismilahirRahmanirRahim.Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan...

Zambry ditolak rakyat Perak, disambut dengan batu nesan

IPOH, Feb 8 – MB Kudeta haram, Zambry Abdul Kadir telah di hadiah kan batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua di Ipoh malam tadi .Zambry yang datang untuk memberi ucapan dalam majlis Hari Raya Cina di sebuah sekolah China Yit Choy yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah MB Nizar.Najib yang dijangka hadir sama rupanya tidak muncul sampai program berakhir.Warga Tionghua Ipoh berdemo dan melaungkan bantahan mereka. Suara para penunjuk perasaan telah menenggelamkan bunyi meriah sambutan Tahun Baru China dalam sekolah tersebut.Batu nisan ini kemudian di letak kan di tepi jalan sambil orang ramai yang datang membakar lilin.Kenderaan rasmi yang membawa Zambry yang melintasi kumpulan manusia itu telah dilaungkan dengan kutukan dan ejekan.- cina-islamIPOH, Feb 8 - As the...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons