Khamis, 12 Mac 2009

Ust Khairi Salleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu yang baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim/Bandar Baharu telah memilih semula Ust Khairi Salleh sebagai Ketua Pemuda Kawasan yang baru. Pemilihan beliau telah dibuat dalam mesyuarat Agung Pemuda Kawasan itu pada 7 Mac lepas. Beliau menggantikan Dr Suffian Yusuf yang telah melepasi umur 4o tahun yang telah memegang jawatan tersebut selama 2 penggal. Ust. Khairi sebelum ini pernah menjadi ketua pemuda selama beberapa penggal sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Dr. Suffian. Sementara itu Sdr Azli Noh telah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda Kawasan menggantikan Sdr. Pahimi Ambullah yang turut melepasi umur pemuda.Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengharapkan agar mereka yang dipilih untuk menerajui kepimpinan Dewan Pemuda kawasan kali ini akan menjalankan tugas yang baik dan memberikan khidmat...

Isnin, 9 Mac 2009

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong

Gerakan Mansuh PPSMIAmpun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan. MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMIPatik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah...

Ahad, 8 Mac 2009

Rakyat tolah PPSMI- Masjid Negara dihujani Gas Pemedih Mata dan Water Canon

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar ChikAzamin Amin | Foto Wan Zahari Wan SallehSat | Mar 07, 09 | 5:26:03 pm MYTKUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN."Saya bersyukur dan rasa terharu...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons