Jumaat, 6 Februari 2009

seloka 4 ekor katak

Gendang genduttali kecapipak jamaluddin kenyang perutdapat duit Freepengundi Behrang dah naik serabutsemua pakat gigit jaritapi pengundi jangan takutpak jamaluddin akan kembalitunggu dia ngan kasutbaling betul-betul kat dahiBudak-budak bermain kotakbermain kotak di kedai baulukalau nak kenal budak botakitu dia osman jailuperangai pun dah macam kataksuka lompat tempat tak tentupengundi changkat jering bukat tak dak otakcuma tunggu dia balik dahulubila saja muka dia dah nampakhambat dia dengan penyapusorong papan tarik papanbuat keranji dalam perahudato Nasa memang padankalau digelar kaki penipudekat Bota dia dah jual temberangkata dah tak nak kat BN dulusampai stadium Bota penuh padangdok sambut Dato Nasa tinggalkan UMNOtunggu je dia pulangorang Bota nak maki hamunwo ai teniwo ai tenichan na...

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian...

TERKINI DI PERAK

YAB MB PERAK UTUS SURAT PADA TUANKUWarkah YAB MB Perak kepada TuankuAmpuan Tuanku,Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.Ampuan Tuanku,Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If...

Khamis, 5 Februari 2009

Najib berjaya lahirkan katak, wujudkan kerajaan rasuah?

Analisis Isu Oleh WAN NORDIN WAN YAACOBSukar bagi rakyat khasnya pengundi di Perak menerima 'game' yang sedang diusahakan Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih kerajaan negeri dari tangan Pakatan Rakyat.Pengumuman yang dibuat Najib pada 4 Februari sekaligus membawa rakyat memperkatakan semula karektor beliau yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan Umno/BN selepas ini.Hanya dalam masa 11 hari, Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim 'tidur' lena dalam kelambu Pakatan Rakyat, akhirnya pepijat dan lipas yang datang dari luar mengusik dan membungkam mimpi indahnya.Persoalan setia atau amanah poengundi serta moral mula diletakkan ke tepi tatkala 'janji manis' dihidangkan pepijat yang datang dengan kemewahan, menjanjikan kuasa dan segalanya.Maka kembalilah Nasharudin...

KRONOLOGI 5 FEB

2,000 di rumah Nizar, 'memalukan', kata Ku LiFeb 5, 09 10:19amkemaskini 9.16pm Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini.Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.kemaskini 8.45pm Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan."Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat...

...

Kurang bijak bawa wakil rakyat berkualiti rendah: Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas, manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR kembali semula kepada Um...

...

Rabu, 4 Februari 2009

Jamal : Sakit Otak?

Petang tadi saya dikunjungi oleh seorang aktivis PKR dipejabat untuk menandatangani borang sekolah anaknya.“Tak cuti hari ini?” sapanya memulakan perbualan.“Mana ada cuti!” jawab saya dengan tersengeh.”Tak ada kat sini depa pi talipon atau pi tuju rumah!” kata saya lagi. Memang pun tak boleh bercuti.Masa cutilah mereka ambil kesempatan nak berjumpa Ketua Kampung.‘Apa cerita si Jamal? Dah keluar ke dari persembunyiannya?” tanya saya kepadanya sambil mempelawa dia duduk di kerusi depan meja saya.“Entahlah!" katanya sambil duduk dikerusi itu. "Panggil sidang akhbar, tapi hantar wakil untuk bercakap.Dah tu pulak kita sendiri tak kenal siapa wakilnya tu! Buat pula di hotel lapangan terbang …..” bertalu-talu rungutan kawan itu terhadap gelagat Jamal.Saya seronok melihatkannya marah kepada Jamal...

TUANKU TANGGUH PERKENAN BUBAR DUN PERAK

Dari blog Setiausaha Politik MB Perakwww.misabah.blogspot.comWednesday, February 4, 2009YAB MB Perak memaklumkan Tuanku Sultan Perak meminta menangguhkan dulu perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Tuanku tidak pula memaklumkan bila Baginda ingin memaklumkan perkenan tertsebut kepada YAB MB. Beliau menyatakan dalam satu mesyuarat tergempar bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perak di pejabat PAS Perak. Beliau telah menghadap Tuanku jam 5.00 petang tadi dan sudah berada di Istana Kinta sejak jam 3.45 petang. Beliau memohon menghadap Tuanku sejak malam tadi tetapi tidak dapat maklum balas oleh pihak Istana. Sehinggalah pukul 11.00 pagi , pejabat Menteri Besar dimaklumkan oleh Istana yang Tuanku menerima menghadap jam 5.oo petang. Berbagai usaha dilakukan bagi...

Tidak benar BN tubuh kerajaan - Nizar

Harakahdaily Wed | Feb 04, 09 | 5:09:23 pm MYTKUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - 6.55 petang: MB Perak, Mohd Nizar Jamaluddin ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa BN sudah rampas kerajaan Perak, beliau berkata,"itu hanya kenyataan Najib." IklanMenurutnya, setakat ini belum berlaku apa-apa dan selepas ini akan ada kenyataan rasmi daripada Adun-adun.Ketika ini, Nizar sedang berada di Pejabat Perhubungan PAS Perak dan bermesyuarat dengan pimpinan PAS Perak.Sekitar kawasan pejabat perhubungan negeri ketika ini dikawal ketat oleh Unit Amal.5.45 petang"Belum ada keputusan,"demikian jawapan ringkas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika ditanya wartawan ketika keluar daripada Istana Kinta jam 5.40 petang tadi.Keadaan hujan yang turun lebat ketika...

Isnin, 2 Februari 2009

Bubar DUN? Kita sudah aturkan strategi - Nizar

Berita Oleh Truckster"mb-perakIPOH - Kerajaan negeri Pakatan rakyat di Perak mempunyai strategi tersendiri untuk menangani kemungkinan UMNO sudah mengumpan dua ahli EXCO parti keadilan rakyat yang mengadapi tuduhan rasuah.Ketika di tanya kemungkinan Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk diadakan pilihanraya negeri, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sudah mengatur strateji dan akan mengumumkannya pada waktu yang sesuai.Beliau berkata sehingga sekarang ADUN PKR Behrang Jamaluddin Mat Radzi and Osman Jailu, wakil rakyat Changkat Jering belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai spekulasi mereka menyertai BN.Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi di Dewan Undangan nengeri berbanding 27 untuk BN.Jika UMNO berjaya memancing dua ADUN PKR itu, BN akan mempunyai...

Lompat di Perak, Apa sebenarnya berlaku.

Analisis Isu Oleh Truckster"Dari Perakexpress.com“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons