Sabtu, 6 November 2010

PAS Kedah perlu sumbangan bantu mangsa banjir

Izwan Abdul Halim ALOR SETAR, 6 Nov: PAS Negeri Kedah telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini. Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam dan akan mengkoordinasikan bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir. PAS Kedah juga, katanya, telah menyusun tenaga sukarelawannya terdiri daripada Pemuda, Muslimat, Unit Amal dan Nisa’ untuk menjayakan bantuan tersebut. Tambahnya, pada ketika ini pihak PAS Kedah amat memerlukan sumbangan orang ramai berupa air mineral, tuala wanita, lampin bayi dan biskut. Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang prihatin untuk membantu usaha tersebut melalui sumbangan terus ke bilik gerakan banjir. Katanya...

MENTERI KEBAJIKAN MAI JENGUK SAT LEPAS TU LESAP

BANJIR : SHARIZAT JANGAN BERMAIN POLITIK Harakahdaily ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir. “Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,”...

Jumaat, 5 November 2010

SUKARELAWAN PEMUDA PAS MULAI LAPOR DIRI

alhamdulillah setakat petang ini seramai 70 orang tenaga sukarelawan pemuda dan Unit Amal dari Kedah , Wilayah Persekutuan telah melaporkan diri di Bilik Gerakan Banjnir PAS Kedah . Mereka telah dihantar kekawasan penempatan bannir di Kuala Kedah, Alor setar, Pokok Sena dan Kubang Pa...

JADUAL TUGAS BANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH

Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menubuhkan Sekretariat Bantuan Mangsa Banjir melihat perkembangan banjir yang semakin teruk di Kedah dan Perlis. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sekretariat itu diketuai oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat yang boleh dihubungi di talian 019-7701830. Katanya, arahan bertindak telah dikeluarkan dan misi bantuan telah digerakkan di mana pada hari ini untuk tindakan segera dengan menghantar tenaga sukarelawan dari DPP Negeri Perak ke Kedah dan DPP Pulau Pinang ke Perlis. Bilik Gerakan Banjir DPP Negeri Kedah di Kompleks PAS Negeri Kedah Batu 9. Tel: 019  470 4740 Ust Mad Ya/013 407 4295 Ust Ezzat Syauqi. Bilik...

BILIK GERAKAN BANJIR PAS KEDAH BEROPERASI 24 JAM

PAS KEDAH TELAH MENUBUHKAN BILIK GERAKAN BANJIR BERTEMPAT DIKOMPLEKS PAS KEDAH. SEMUA PETUGAS DAN SUKARELAWAN DIMINTA LAPOR DIRI DI KOMPLEKS PAS KEDAH SEBELUM DIHANTAR KE KAWASAN BANJIR. UNTUK KERJA PEMBERSIHAN SILA BAWA PERLATAN YANG LENGKAP. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI UST AHMAD YAHYA 019 4704740, UST MUSODDAK 012 4827563, UST ROSLI AZMI 019 4706247BARANGAN KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN 1. AIR MINERAL 2. PAMPERS BAYI 3. TUALA WANITA 4. BISKUT 5. APA YANG DIFIKIRKAN PERLU UNTUK SUMBANGAN KEWANGAN HANTAR ATAS NAMA MAJLIS TINDAKAN BENCANA ALAM BPPNK MAYBANK 552170001133. BILIK GERAKAN BANJIR PAS KEDAH BEROPERASI 24 J...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons