Sabtu, 9 Oktober 2010

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri SENARIO Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan. . Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan...

Jumaat, 8 Oktober 2010

GAMBAR SEKITAR IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PUSAT DI RUSILA MARANG

Pemuda berikrar akan terus mendokong kepimpinan ulama tetamu kehormat yang dijemput memberi suntikan taujihad kepada para peserta Lebih 5,000 pemuda menyertai Ijtimak Tarbawi Para panelis melakarkan pengalaman untuk dikongsi para pemuda. Laungan wehdah membakar semangat untuk bangun berjihad Para pemuda khusyuk menadah kitab tafsir surah al-Hujurat yang dibentangkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sebahagian peserta mengikuti melalui skrin elektronik berikutan ruang padat. Para peserta tekun mendengar butiran pembentangan  Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Presiden PAS Ustaz Dato' Tuan Ibrahim mengingatkan cabaran yang ditempuh oleh Islam Kaunter pendaftaran sesak dengan penyertaan pemuda dari...

FORUM IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS PUSAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Tarbiyah merupakan elemen penting yang menjana kekuatan perjuangan PAS. Pelaksanaan tarbiyah itu sendiri menjadi penekanan kepada setiap anggota parti dalam memenuhi tuntutan pelaksanaan gerakerja di dalam PAS menuju cita-cita memartabatkan Islam. Pun begitu, mehnah dan tribulasi tidak terhad datangnya daripada musuh Islam semata-mata. Anasir-anasir yang tidak diundang sentiasa berlegar mempengaruhi kemurnian tarbiyah. Ikuti ringkasan kupasan oleh ahli panel Forum Tarbawi pada Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan di Rusila, Terengganu baru-baru ini. Jantung Gerakan Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor pernah berkata bahawa perjuangan PAS bukan untuk mencari kebenaran tetapi perjuangan PAS adalah untuk mengangkat kebenaran bagi diletakkan...

MEMAHAMI REALITI CABARAN KEPADA ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Para pemuda Islam perlu memahami bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mencipta pelbagai fasa baru setiap kali mereka gagal menyekat kebangkitan Islam, demikian intipati penting dipertegaskan Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Musuh Islam pernah menjajah negara umat Islam, menghapuskan generasi Islam dan menciptakan rasa takut manusia kepada Islam. Di sebahagian negara Islam, mereka meruntuhkan masjid-masjid, membakar kitab suci dan membunuh orang yang mengaku Islam. Perkara demikian pernah berlaku kepada umat Islam di negeri Balkan. “Musuh tidak menjangka benih Islam akan muncul kembali. Setelah lebih 80 tahun mereka cuba menghapuskan benih-benih Islam, tetapi seperti kemarau yang lama, tidak ada manusia menjangka ada pokok...

MENSIFATKAN DIRI DENGAN SIFAT SEORANG PEJUANG ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Usaha memupuk budaya tarbiyah perlu bermula dengan memahami maksud tarbiyah itu sendiri. “Perlu faham (maksud) tarbiyah itu baru boleh pupuk, baru hadir rasa kecintaan yang tinggi untuk pupuk budaya tarbawi dalam PAS. Selagi tak faham, tak hadir kecenderungan untuk pupuk,” demikian menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi. Secara mudah dalam memahami maksud tarbiyah, beliau mengajak merenungi kembali lihat tujuan asal seseorang menyertai PAS. Katanya, inilah suatu perkara penting yang akan menjawab sekaligus mentakrifkan erti tarbiyah itu sendiri. Beliau yakin, mereka yang ikhlas tidak menyertai PAS untuk kepentingan duniawi sebaliknya mahu mendaulat syariat Allah serta meninggikan kalimah-Nya. Demikian itu, segala...

PEMUDA ADALAH PELAPIS PERJUANGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Pemuda adalah ‘kilang’ melahirkan pimpinan PAS. Menurutnya, 80 peratus barisan kepimpinan PAS ketika ini adalah mereka yang melalui proses tarbiyah dalam Dewan Pemuda. Tarbiyah jugalah katanya membezakan PAS dengan Umno dan menjadi teras pembinaan jiwa dan fikrah. Natijahnya, Pemuda PAS adalah golongan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa walau di mana berada. “Kalau parti mengeluarkan sesuatu arahan, kita tidak teragak-agak untuk mengorbankan segala masa lapang kita, sumbangan kita, semata-mata untuk meninggikan Islam. Inilah yang PAS banggakan pada pemuda-pemudanya hari ini,” ujar beliau. Beliau menyeru Pemuda meneruskan kecemerlangan melahirkan lebih ramai lagi pimpinan yang berualiti....

TARBIYYAH DIRI UNTUK MENGUKUH JAMAAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my Tarbiyah adalah wadah dalam mengukuhkan perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sehubungan itu, menjadi tanggung jawab setiap ahli PAS menyediakan diri dengan sifat-sifat sebagai pejuang ‘hizbul muslimin’ serta mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tarbiyah. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, setiap ahli PAS perlu berasa bangga menjadi seorang Islam yang berada di dalam jamaah PAS dan perlu ada dalam fikiran bahawa mereka mempunyai peranan untuk mengukuhkan PAS. Dengan itu, ahli-ahli PAS perlu mengikat diri dengan semua program PAS untuk terus mengukuh kefahaman terhadap tarbiyyah. “Tidak salah bagi kita untuk menimba pengalaman, tidak salah bagi kita untuk berkawan, tidak salah bagi kita untuk melihat pengalaman-pengalaman...

Isnin, 4 Oktober 2010

Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan

Tempat berlansungnya Ijtima' : Masjid Rusila, Marang, Terengganu... Ijtimak bermula pada hari Jumaat, 1 Okt 2010 dan berakhir pada hari Ahad, 3 Okt 2010. Kehadiran hampir 5000peserta dari kawasan-kawasan seluruh malaysia... Kedah menghantar seramai 140 orang peserta. Forum kemuncak sebelum perasmian penutup : 1- alFadil al Ust. Hj Zulkifli Ismail (Dewan Ulama') 2- alFadil al Ust. Hj Nik Zawawi Nik Salleh (DUP Pusat) 3- alFadil al Ust. Ahmad bin Yahaya (Ketua Pemuda PAS Negeri Ked...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons