
Selasa, Disember 22, 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
MUHASABAH
Muhasabah bermaksud perbuatan menilai, meninjau perasaan berkaitan fikiran, pendirian, tindakan dan sebagainya terhadap diri sendiri.Bermuhasabah pula membawa maksud membuat penilaian terhadap diri sendiri agar kita dapat mengukur pencapaian diri.
Kita juga dianjurkan untuk bermuhasabah terhadap organisasi, gerakkerja yang dilakukan serta apa jua perkara yang berkaitan dengan kehidupan seperti rumahtangga, kerjaya dan lain-lain.
Sebagai seorang yang intima’ (melibatkan diri) di dalam harakah Islamiah seperti PAS maka menjadi kewajipan terhadap ahli dan kepimpinannya untuk sering melakukan muhasabah agar segala kelemahan diperbaiki dan segala perancangan dapat berjalan dengan baik.
Kini kita di awal tahun baru Hijriah 1431dan di penghujung tahun Masihi 2009, maka amat sesuailah...