Isnin, 19 Mac 2012

Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Добрый день.

Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Сибиряков
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (495) 661-6100
Web: www.future-adv.ru

Jumaat, 3 Februari 2012

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

 
 

Sent to you by Faizal via Google Reader:

 
 

via Faizal Rahman by Faizal Rahman on 2/2/12

Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang".

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil".

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

 
 

Things you can do from here:

 
 

Khamis, 12 Januari 2012

BERKAS PENGARAH KASTAM KEDAH MASUK PAS


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JERLUN: Tindakan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa mereka sudah muak dengan Umno-BN yang cuba memperalatkan para pegawai kerajaan untuk kepentingan Umno-BN, demikian ditegaskan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar.

Hakikat itu juga ujarnya, membuktikan bahawa ramai pegawai kerajaan telah lama menyokong perjuangan PAS, tetapi hanya mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli apabila telah pencen dari perjawatan.

Beliau menyatakan demikian selepas menerima serahan borang menyertai PAS dari bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah, Ishak Ahmad di Kampung Alor Biak, di sini 10 Januari baru-baru ini.

Tiga bulan lalu, bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato’ Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tertinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menyertai PAS dalam satu majlis di Taiping.

Turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mahfuz adalah 16 anak muda diketuai oleh Muhamad Maududi Abd Ghani.

Hadir sama berceramah semalam ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad dan Pengerusi KeADILan Negeri Kedah, Ahmad Kassim.


Keterangan gambar:

Kastam: Ishak menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mahfuz




Selasa, 3 Januari 2012

Peminat bolasepak Kedah serbu Stadium Mini Keladi

KULIM, 1 Jan 2012 – Kira-kira lima ribu penonton membanjiri Stadium Mini Keladi menyaksikan pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah pilihan dan pasukan pilihan Kulim.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan pilihan Kedah telah berjaya mengalahkan pasukan pilihan Kulim dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kedua-dua gol kemenangan itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua perlawanan.
Penonton dari setiap lapisan umur  berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi ianya dihadiri oleh pemain bola sepak Kedah terkenal, Saudara Baddrol Bakhtiar. Sementara itu suasana diceriakan lagi dengan kehadiran Penolong Juru Latih Pasukan Bola Sepak Kedah, Radhi Md Din.
Hadiah-hadiah serta cenderamata disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar (Penerangan), Ustaz Musoddaq Ahmad.
Pertandingan bola sepak persahabatan itu diadakan sempena Program Ambang Sejahtera, anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Kulim.

SEKITAR AMBANG SEJAHTERA 2012

KULIM, 1 Jan 2012 – Lebih lima ribu penduduk sekitar Kulim membanjiri dataran Dewan Sri Putra, bagi sama-sama meraikan Majlis Sambutan Ambang Sejahtera 2012. Pengunjung yang terdiri dari setiap lapisan umur dan berbagai bangsa mula memenuhi dataran dewan berkenaan seawal jam 8 malam lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Sambutan dalam ucapan aluannya berkata, program sambutan berkenaan merupakan satu agenda perpaduan dan melaluinya kebudayaan setiap kaum ditampilkan untuk persembahan umum.
“Kerajaan negeri tidak anti hiburan. Walau bagaimana pun kita tetap memastikan hiburan yang kita persembahkan bersesuaian dengan budaya timur serta tidak bercanggah dengan Islam,” katanya lagi.
Sementara menanti detik 12 malam ketibaan tahun 2012, para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan  dari artis terkenal seperti  Iwan Syahman, Ammar serta kumpulan nasyid Dzil Afnan. Sementara itu pertunjukkan tarian singa dari kaum Cina dan tarian merak dari kaum India turut mencuit hati penonton.
Pancaragam dari Sekolah Menengah Sultan Badlishah juga menghiburkan pengunjung dengan persembahan yang menarik. Selain itu, persembahan unik  yang mengabungkan seni kebudayaan Melayu, Cina dan India berjaya memukau para hadirin.
Menjelang detik 12 malam 2012, para artis jemputan beramai-ramai berselawat sejurus sebelum pengunjung dikejutkan dengan tembakan bunga api.
Sempena Majlis Sambutan Ambang Sejahtera 2012, tayangan multimedia “ Pencapaian Kedah 2011” dipancarkan untuk tontonan umum.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Amiruddin Hamzah sebagai wakil kepada Menteri Besar. Sebelum itu, selepas solat Maghrib para jemaah beramai-ramai membaca Yaasin mendoakan kesejahteraan Negeri Kedah.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons