Jumaat, 12 Disember 2008

700 MAHASISWA HADIRI HIMPUNAN MAHASISWA KEDAH

Alor StarSeramai 700 orang mahasiswa Kedah dari IPT seluruh negara telah menghadiri Himpunan Mahasiswa Kedah yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Himpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah berjaya menarik kehadiran mahasiswa yang begitu ramai,walaupun pada peringkat awal pihak penganjur hanya menjangkakan 500 orang akan hadir.YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah telah turut sama hadir ke himpunan dan menyempurnakan majlis perasmian dan pelancaran Parsatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA). PERSADA merupakan sebuah NGO pelajar yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan mahasiswa anak Kedah dengan Kerajaan Negeri Kedah disamping membantu masyarakat.Menteri...

AL FATIHAH- SDR MD NOR OTHMAN ANGGOTA UNIT AMAL KEDAH MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

11 Disember 2008AL-FATIHAHKUALA KEDAH - 10/12/08 - Pulangnya ke rahmatullah seorang yang amat disenangi dikalangan anggota unit amal kedah, allahyarham Md Noor Osman.Beliau yang dalam perjalanan bagi menghadiri satu program korban telah dilanggar sebuah kereta dalam satu kemalangan ngeri di kuala kedah.Beliau juga merupakan anggota unit amal yang lebih 10 tahun berkhidmat dalam unit amal telah meninggal seorang balu dan 3 orang anak.Semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau... AMINDicatat oleh unitamalkedah@yahoo.com di 16:18:00 0 ula...

Isnin, 8 Disember 2008

FOTO HARI PENUTUP KBS 2008

...

Basikal Kempen Jerit dibakar,dirosakkan

HarakahdailyKUALA LUMPUR, 8 Dis (Hrkh) -Peserta kempen mengayuh untuk perubahan anjuran Jerit berdepan dengan masalah lagi - kali ini basikal mereka dibakar di Penanti, Pulau Pinang awal pagi semalam.Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya lapan basikal rosak, tiga daripadanya rosak teruk, apabila dibakar pada kira-kira jam 3 pagi semalam di bangunan Yayasan Aman.Kumpulan berbasikal Jerit itu berhenti bermalam di bangunan tersebut selepas mengayuh sejauh hampir 100km dari kedah dan di Pulau Pinang.Nasib baik penyelaras Jerit, Liew Shin Siong, 40, yang tidur di tingkat bawah bangunan tersebut, sempat memadamnya sebelum api merosakkan ke semua basikal.Beliau dikejutkan oleh bunyi letupan, yang dipercayai dari tayar yang terbakar.Ketika sedang...

Kerjasama erat,tiada masalah dalam Pakatan Rakyat

Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.myALOR STAR, 8 Dis (Hrkh) - Tiada masalah dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang dilakukan sememangnya memerlukan kajian dan pertimbangan memandangkan Pakatan Rakyat baru lapan bulan memerintah.Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bahawa sukar mentadbir Selangor bersama KeADILan dan DAP."Kita Pakatan Rakyat memang bekerjasama, kalau tidak bekerjasama tak bolehlah 'pukul' Barisan Nasional baru ini dan kita kerjasama nak lawan Barisan Nasional. Di Kedah ini kita atur nak 'pukul' bagi tak bangun dah. Kita akan 'pukul' lepas ini!"Dia tak payah kerjalah macam mana pun, bagi...

Ahad, 7 Disember 2008

Hari Penutup KBS

...

Dermawan sumbang RM5 juta bina rumah rakyat miskin

Sunday, December 7, 2008Oleh IZWAN ABDUL HALIMYAN: Kerajaan Negeri memperuntukan kawasan seluas 15.09 ekar di Dulang, di sini untuk pembinaan penempatan bagi rakyat miskin di daerah ini hasil sumbangan seorang dermawan melalui Tabung Tunku Mahmud.Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Yan, di sini 3 Disember lalu berkata, dermawan itu memberi sumbangan sebanyak RM 5 juta untuk dibina 100 unit rumah. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama individu berkenaan. Maklum beliau, tapak pembinaan itu asalnya akan dibangunkan penempatan bagi penduduk yang mengalami hakisan pantai di sekitar Pantai Kuala Sungai Sala hingga ke Sungai Yan. Selain daripada mereka yang berkenaan,...

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

Oleh: WADIASSOFI JAAFARALOR STAR, 6 Disember: Kes-kes jenayah juvana, pembuangan bayi, penagihan dadah dan alkohol, serta pukul guru semakin menjadi-jadi di kalangan anak muda pada hari ini.Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, perkara yang berlaku itu menjadi kebimbangan ibu bapa dan juga masyarakat kerana ia boleh merosakkan kehidupan anak-anak remaja dan belia."Adalah tidak adil jika kita hanya mampu menuding jari kepada pihak lain mengenai punca permasalahan yang berlaku ini," jelasnya.Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kem Bina Sahsiah 2008 di Kolej Universiti Insaniah, di sini. Menurutnya, ibu bapa dan masyarakat tercari-cari ke mana mereka hendak hantar anak-anak mereka terutama di musim cuti persekolahan untuk diberi 'ilmu tambahan' semata-mata...

Kem Bina Sahsiah berjaya ubah pelajar

<!-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Arial Unicode MS"; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:none; mso-hyphenate:none; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Arial Unicode MS"; mso-font-kerning:.5pt;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:56.7pt 56.7pt 56.7pt 56.7pt; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons