Sabtu, 29 November 2008

Malapetaka Berganda BN: Sudah Jatuh ditimpa Tangga?

Analisis Isu Oleh AjeemNampaknya hari ini (28 november 2008) rakyat Malaysia khususnya negeri Terengganu benar-benar mendapat kejutan apabila Pilihan Raya Kecil bakal dijalankan di negeri tersebut.Barisan Nasional khusunya UMNO benar-benar menjadi mabuk tidak tentu arah dan seperti cacing kepanasan. Mungkinkah nasib BN diambang akhir dan sudah jatuh ditimpa tangga?. Saat pemimpin UMNO sedang bergelut antara satu sama lain untuk merebut jawatan dan 'memperkayakan' diri masing-masing atau dalam erti kata lain sedang berhempas pulas mengumpul harta dunia kini mereka bakal diuji lagi apabila kawasan Parlimen 36,Kuala Terengganu bakal diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).Selepas ini akhbar perdana pasti akan menyiarkan berita berkenaan PRK dan mengurangkan berita berkaitan rasuah UMNO dan perebutan...

Salahuddin Ayub utus ucapan takziah dari Mekah

29 Nov 2008 10:36AMOleh Salahuddin AyubBAGI pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam. Kembalinya kerahmatullah Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sistem pembangunan pendidikan negara. Allahyarham banyak memberikan perkembangan positif dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara untuk generasi yang akan datang. Kami berharap dan mendoakan agar Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah di atas ujian yang telah melanda. Kami juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang...

Rabu, 26 November 2008

Kerana TV3 babi jadi glamour

Kisah babi dan cerita 'pendekar babi' Zhū Wùnéng Oleh Faizal RiduanDI DALAM Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan maki hamun, caci cerca, herdik hina dan gelaran babi kepada seseorang adalah satu gelaran terburuk (peringatan kepada orang yang mengelarkannya jauh lebih buruk!).Malah dalam sejarah Perang Larut Ketiga, Lee Ah Khun pemimpin kumpulan Ghee Hin dan pasangan mukahnya isteri orang dari kumpulan Han San dihukum dengan disumbat dalam raga bekas isi babi dan dihumban ke dalam lombong tinggal – begitulah sinonimnya babi bagi menunjukan penghinaan yang teramat sangat.Sedari kecil ibu saya (kacukan Malayu dan Cina) melarang menyebut gelar ‘babi’ kerana akan dianggap bermulut lancap, celupar dan carut – hukuman mandatori mulut akan dikuti atau diciliapikan.Paling...

Kisah MP pakatan yang suka menyampuk dan Speaker yang senget sebelah

Oleh Mohd Sayuti Omar ADA waktu-waktu sikap ahli Parlimen pembangkang begitu keras dan menjolok mata. Banyak yang saya kurang setuju dengan telatah dan penampilan sesetengah ahli Parlimen pembangkang, terutamanya yang suka menyampuk percakapan ahli lain. Perangai suka menyampuk ini tidak mudah untuk dibuangkan mungkin perangai ini diwarisi sejak dari mereka kecil lagi. Perangai asal penyakiti keturunan!Pantang orang bercakap dia menyampuk, lepas itu dia ketawa. Macam main-main saja, tidak serius dan menggambarkan seorang ahli profesionali! Disebabkan perbuatan yang kurang manis inilah kadang-kadang isu yang penting terbiar begitu saja dan isu lain yang remeh temeh pula diperdebatakan bagaikan nak rak. Berlakunya perbalahan sehingga menjadikan Parlimen macam pasar ikan gara-gara perbuatan suka...

PERTEMUAN REHDA-MB BERJAYA SELESAI ISU KUOTA PERUMAHAN

Oleh: AMELIA HASHIMALOR STAR - Keputusan Kerajaan menambah kuota daripada 30 kepada 50 peratus bagi Bumiputera dalam pembangunan perumahan mendapat persetujuan daripada Persatuan Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis setelah diadakan perjumpaan dan perbincangan dari hati ke hati dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Bilik Gerakan Wisma Daril Aman."Kerajaan Negeri Kedah tidak ada masalah dengan pihak REHDA setelah kita beri penerangan kepada mereka dan dan mereka bagi cadangan akan beberapa masalah mereka kepada kita."Ini hanya masalah mekanisme iaitu jualan rumah kos Bumitputera kalau tidak dibeli. Mereka minta perundingan supaya kerajaan mengadakan perbincangan bersama REHDA secara detail macam mana sekatan-sekatan dan maklumat menanganai kuota,"...

Selasa, 25 November 2008

Pertanian adalah pekerjaan terbaik

Oleh IZWAN ABDUL HALIMALOR STAR: Kerja-kerja berkaitan pertanian merupakan usaha yang berhadapan dengan ketidakpastian. Sedang ketidakpastian itu pula merupakan satu unsur tawakal kepada Allah. Kerana itu Imam Syafie pernah menyatakan pandangannya bahawa pertanian adalah pekerjaan terbaik."Walaupun hasil pertanian itu belum pasti, tetapi tawakal ini ia hadir bersama dengan pahala," jelas Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah Tahun 2008 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, di sini 16 November lalu.Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas luahan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Dato' Badri Yunus berhubung permasalahan dan risiko yang dihadapi sektor pertanian...

Dulu dapat RM3 juta, sekarang RM16.3 juta

Oleh IZWAN ABDUL HALIMBALING: Hasil dari polisi tander terbuka yang diamalkan, Kerajaan Negeri berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 16.3 juta dari kawasan pembalakan seluas 1,000 hektar.Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Kampung/Komuniti Daerah Baling di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak, di sini 17 November lalu."Sebelum ini kawasan yang sama kita cuma dapat RM 3 juta sahaja. Ini semua duit rakyat," jelasnya.Polisi-polisi Kerajaan Negeri berhubung pengurusan dan amalan berkaitan kewangan ternyata berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan dan menambahkan hasil pendapatan negeri ini disamping mendatangkan manfaat besar kepada kepentingan rakyat.Sebelum ini, penyata kira-kira...

TV3 DAN BABI

MUQADDIMAHPenternakan babi di negeri ini telah menjadi perhatian media sepanjang minggu lalu (16 hingga 21 November 2008). Malah ia menjadi antara laporan utama media pada Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 hingga 20 November 2008 (Selasa – Khamis) baru-baru ini. Paling menonjol memberi liputan mengenai perkara ini ialah TV3 dari Kumpulan Media Prima Berhad.OBJEKTIF1. Menjelaskan perkara sebenar dari perspektif media.2. Membuktikan unsur tidak profesional media terbabit.3. Dokumentasi untuk tindakan lanjut pihak-pihak berkenaan.PERBINCANGAN DAN PERBAHASANSecara rasmi, perkara ini menjadi perhatian media bermula pada Majlis Konvensyen Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Kedah 2008, Ahad, 16 November lalu yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Alor...

Perihal Mahathir yang phobia PAS

Roslan SMSTun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat (PM dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003) adalah seorang negarawan yang telah banyak mewarnai persada politik di negara ini.Malah sejak menjejakkan kakinya ke dunia politik seawal 1950an sehingga sekarang, sebagai pengkritik sepenuh masa, beliau terus bertenaga mempengaruhi politik negara walaupun hari ini beliau telahpun keluar dari Umno.Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang karier beliau dalam kerajaan dan terutama semasa menerajui negara, PAS lah merupakan tulang tajam yang tersengkang dalam kerongkongnya.Beliau bernafsu meneruskan agenda mahu melupuskan PAS sehingga tinggal satu kerusi di parlimen di zamannya, berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (ketika itu ahli parlimen...

BABI - "Kawax ligan kawax"

CERITA BABI DI KEDAHoleh Aris AwangDengan Allah Yang Maha Pemurah dan MengasihaniTup-tup.... timbul cerita babi di Kedah.Sebermula cerita, pada tahun 2007 Kedah Gemilang yang di perintah oleh BN telah meluluskan pembinaan Ladang Babi Moden yang tempatnya di Bukit Selambau. Tiba-tiba tahun 2008 Kedah Sejahtera mengambil alih pemerintahan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR dan DAP.Adapun pada tahun 2008, pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) Kedah telah berjumpa dengan EXCO Pertanian Kedah Sejahtera, Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi untuk bertanya apakah gerangan keputusan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kedah Gemilang dulu nak diteruskan ataupun tidak?Sebelum EXCO Pertanian Kedah Sejahtera memberi keputusan, dia telah meminta pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) menceritakan...

Isu babi: Media harian ketandusan isu

Ramli YamatMACHANG, 23 Nov (Hrkh) - Nampaknya media harian benar-benar ketandusan isu untuk memperlekeh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menjadikan cadangan menternak babi di Kedah sebagai polemik.Sedangkan keputusan untuk menternak babi dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang.Bekas anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Hassan Mohamad berkata, cadangan membuka sebuah ladang menternak babi secara moden di Kedah tidak patut dijadikan isu kerana ia menjadi makanan orang bukan Islam.Katanya, babi merupakan makanan bagi orang bukan Islam dan tidak ada sebab kerajaan mahu menyekat mereka untuk menternak babi secara lebih terkawal."Lagi pun ia akan diternak secara moden dengan pengurusan yang kemas tanpa melibatkan pecemaran alam sekitar. Islam hanya melarang...

Ahad, 23 November 2008

Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa

HarakahdailyKUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu."Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan...

Isu ladang babi: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah

Mohd Khalil AbdullahKUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons