Sabtu, 12 Julai 2008

MAJLIS KONVOKESYEN KIDU- 41 ORANG GRADUAN TERIMA DIPLOMA

Kompleks PAS Kedah,Alor Star12 Julai 2008 (Sabtu)Seramai 41 orang graduan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah menerima diploma hari ini. Majlis penyampaian diploma tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan YAB Ust. Hj Azizan Abd. Razak, Menteri Besar Kedah yang juga selaku pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum dalam Majlis Konvokesyen ke-8 KIDU di Dewan Dato' Fadzil MOhd Nor .Majlis yang penuh gemilang berlangsung dengan lancar. hampir 700 orang hadirin termasuk waris-waris pelajar dan jemputan telah menyaksikan upacara yang bersejarah itu. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Prof Dato' Dr Jamil Osman, Rektor KUIN.Majlis Konvokesyen tersebut telah disiar secara langsung melalui webtv.pas.org...

TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah

M Khaleel KasSat | Jul 12, 08 | 8:15:56 am MYTKUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah."Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita."TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media'...

TV3 digesa mohon maaf,jangan ulangi kesilapan

Izwan Abdul HalimSat | Jul 12, 08 | 8:03:00 am MYTALOR STAR, 12 Julai (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah hari ini mendesak Media Prima Berhad yang dikuasai oleh Umno melalui anak syarikatnya TV3 menyiarkan permohonan maaf secara jelas dan terbuka kepada Menteri Besar Kedah, Kerajaan Negeri Kedah dan Tuanku Sultan Kedah dalam tempoh tujuh hari bermula semalam kerana menyiarkan berita fitnah melalui Buletin Utama 10 Julai, kelmarin.Ketua AMK Kedah, Saiful Izham Ramli dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa sekiranya mereka gagal berbuat demikian, AMK Kedah mendesak agar Kerajaan Negeri segera dan tegas bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Media Prima dan TV3 agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.Jelasnya, AMK Kedah memandang serius trend terbaru Barisan Nasional...

Jumaat, 11 Julai 2008

Penerbangan atas urusan istana - MB Kedah

Izwan Abdul HalimFri | Jul 11, 08 | 12:37:46 pm MYTALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Berita siaran TV3 melalui Buletin Perdana semalam cuba memberi gambaran yang salah dengan mendakwa penyewaan jet peribadi oleh sebuah Kerajaan Negeri untuk ke negara jiran serta layanan protokol istana.Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penerbangan tersebut adalah atas urusan istana Kedah.Menurut kenyataan tersebut, rombongan istana yang terdiri daripada Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara serta Ketua Istiadat Istana Kedah, Dato' Saad Endut itu ke Brunei untuk menyembah jemputan kepada Tuanku Sultan Brunei ke Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanu...

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik MatThu | Jul 10, 08 | 4:35:35 pm MYTPermintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan.Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa,...

Ceramah Perdana 100 Hari di Kompleks PAS Kedah, 12 Julai

Ceramah Perdana 100 Hari di Kompleks PAS Kedah, 12 JulaiIzwan Abdul HalimFri | Jul 11, 08 | 12:42:16 pm MYTALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Ceramah Perdana 100 Hari Kerajaan Kedah yang dijadualkan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam esok, Sabtu 12 Julai dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.Sehubungan itu, orang ramai dijemput ke sana malam esok. Selain Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, turut akan menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha program, Ustaz Fakhruzzaman Jamil kepada HarakahDaily malam semalam. - m...

TV3 berbohong, hina Istana Kedah

TV3 berbohong, hina Istana KedahHarakahdailyFri | Jul 11, 08 | 3:11:48 pm MYTALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Agensi berita Bernama melaporkan bahawa pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak semalam adalah bagi menyertai rombongan Diraja Kedah ke Brunei untuk menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid dipetik sebagai berkata, rombongan Diraja itu diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut dan isteri selain Azizan dan isteri.Helmi menjelaskan, berita Buletin Utama TV3 yang merakam rombongan itu menaiki pesawat dan menyebut seolah-olah ia adalah rombongan Menteri Besar adalah tidak tepat."Kita...

Rabu, 9 Julai 2008

GAMBAR LIQA' MB DENGAN STAFF WISMA DARUL AMAN

...

"Elak dari berlaku zalim" - MB Kedah

"Elak dari berlaku zalim" - MB Kedaholeh Izwan Abdul HalimALOR STAR, 8 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya setelah empat bulan mengambil alih teraju pemerintahan Kerajaan Negeri, satu Perhimpunan Bulanan Kakitangan Wisma Darul Aman telah diadakan di Dataran Wisma Darul Aman di sini pagi semalam.Berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak banyak menyentuh mengenai pertanggungjawaban.Katanya, kekuasaan adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengambilnya dari sesiapa yang dikehendaki."Hal ini memberi ingatan kepada kita, apa sekalipun kebolehan dan kekuatan yang ada pada kita, penentunya daripada Allah SWT,"ujarnya.Menurutnya, amanah itu mempunyai beberapa tingkat mengikut kedudukan seseorang. Kerana itulah manusia bertanggungjawab...

Pikat ucap tahniah kepada DYMM Sultan Kedah

Izwan Abdul HalimTue | Jul 08, 08 | 3:02:57 pm MYTALOR STAR, 8 Julai (Hrkh) - Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Kedah (Pikat) mempersembahkan ucapan tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan baginda.Ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Hi-Tea Pikat Bersama KDYMM Tuanku Sultanah di Sri Mentaloon petang kelmarin, Pengerusi Pikat, Faikah Sheikh Hamzah menyatakan bahawa rakyat jelata ternanti-nanti untuk bersama menyambut detik gilang gemilang sambutan perayaan tersebut."Sepanjang di bawah naungan Tuanku berdua, seluruh hamba rakyat dapat hidup dalam suasana aman damai serta hormat menghormati antara satu sama lain di kalangan rakyat yang berbilang bangsa."Sesungguhnya, patik hamba rakyat sekalian melafazkan ucapan syukur...

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

Intan AbdullahWed | Jul 09, 08 | 11:33:30 am MYTKUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut."Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja...

PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA

Tahniah kepada pasukan Bola Sepak PASTI Kedah kerana telah menjadi naib johan Pesta Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Malaysia di Kelantan pada 28 JUN 2008 ( Sabtu ) yang lalu.Kontijen Kedah yang di ketuai oleh Sdr. Sazali Md. Nor, setiausaha PASTI Negeri Kedah dengan beberapa Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kedah, pasukan bola sepak dan bola jaring, guru-guru dan para waris seramai 80 orang telah berjaya mengikuti program tersebut pada 27 dan 28 JUN yang lalu.Program yang dimulai dengan pendaftaran peserta pada pagi Jumaat dan Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia pada sebelah malamnya di Hotel Redal Kota Bharu. Acara sukan dimulakan pada sebelah pagi Sabtu dan tamat pada jam 6.00 petang. Tahniah kepada PASTI Kelantan yang telah berjaya melaksanakan program tersebut.Posted by Pasti Ke...

Isnin, 7 Julai 2008

PENJELASAN PENDIRIAN PEMUDA PAS PUSAT

KRONOLOGI BANTAHAN PERSEMBAHAN KUMPULAN UNDERGROUND DALAM HIMPUNAN PROTES 6 JULAI 2008.- Mesyuarat Protes pertama – Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais.- 19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi. - 20 Jun 2008 (Jumaat) Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground. - 30 Jun 2008 (Isnin) Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian...

"Ini bukan Protes tapi Karnival Turun Minyak"

Isnin 7 Julai 2008 3 Rajab 1429 HijrahIzwan Abdul Halim Mon Jul 07, 08 2:28:29 pm MYTKOTA SARANG SEMUT, 7 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam. -->Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut 'memprotes' pengendalian himpunan itu semalam."Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons