Selasa, 3 Januari 2012

Peminat bolasepak Kedah serbu Stadium Mini Keladi

KULIM, 1 Jan 2012 – Kira-kira lima ribu penonton membanjiri Stadium Mini Keladi menyaksikan pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Kedah pilihan dan pasukan pilihan Kulim. Dalam pertandingan tersebut, pasukan pilihan Kedah telah berjaya mengalahkan pasukan pilihan Kulim dengan jaringan dua gol tanpa balas. Kedua-dua gol kemenangan itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua perlawanan. Penonton dari setiap lapisan umur  berpusu-pusu tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi ianya dihadiri oleh pemain bola sepak Kedah terkenal, Saudara Baddrol Bakhtiar. Sementara itu suasana diceriakan lagi dengan kehadiran Penolong Juru Latih Pasukan Bola Sepak Kedah, Radhi Md Din. Hadiah-hadiah serta cenderamata disampaikan oleh Pegawai...

SEKITAR AMBANG SEJAHTERA 2012

KULIM, 1 Jan 2012 – Lebih lima ribu penduduk sekitar Kulim membanjiri dataran Dewan Sri Putra, bagi sama-sama meraikan Majlis Sambutan Ambang Sejahtera 2012. Pengunjung yang terdiri dari setiap lapisan umur dan berbagai bangsa mula memenuhi dataran dewan berkenaan seawal jam 8 malam lagi. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Sambutan dalam ucapan aluannya berkata, program sambutan berkenaan merupakan satu agenda perpaduan dan melaluinya kebudayaan setiap kaum ditampilkan untuk persembahan umum. “Kerajaan negeri tidak anti hiburan. Walau bagaimana pun kita tetap memastikan hiburan yang kita persembahkan bersesuaian dengan budaya timur serta tidak bercanggah dengan Islam,” katanya lagi. Sementara...

Kaedah Istibdal dalam Fiqh berhubung isu Wakaf Madrasah Salihiah

Oleh: Mohd Nazimi Zaim bin Haji Ismail al-Qedahy Pusat Pengajian Umar al-Faruq. Baru-baru ini segelintir umat Islam tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang melupuskan sebidang tanah wakaf bagi tujuan pembinaan kompleks perniagaan. Persoalan yang perlu kita semua fahami adakah boleh harta wakaf dilupuskan dan sekiranya boleh, apakah kaedah yang sepatutnya dan bagaimana pelaksanaan yang dituntut oleh Islam. Islam merupakan agama yang tidak rigid bahkan releven mengikut zaman. Sesuatu hukum berubah mengikut keperluan zaman dan masa. Perlaksanaan wakaf juga bukanlah suatu amalan yang berasal dari ajaran Islam tetapi telah wujud lebih lama dari kemunculan Rasulullah dan Islam. Hal ini terbukti kerana kaum musyirikin telah lebih lama mengamalkan khidmat...

Madrasah Salihiah adalah isu emas bagi PAS

Oleh: Tok Non, Changloon Sejak PAS bersama rakan sekutu KeADILan dan DAP memerintah Kedah 9 Mac 2008, Madrasah Salihiah Kanchut adalah isu politik terbaik di Kedah yang mesti dimanfaat sepenuhnya. Orang yang tidak faham manipulasi isu politik akan melihat PAS diserang tetapi hakikatnya pihak lawan yang akan menerima padah yang teruk... dengan syarat, PAS mesti menghangatkan isu ini dan jangan biarkan ia terpadam. PAS berada di posisi selesa kerana UMNO, melalui kenyataan para pemimpin mereka serta sikap yang diambil oleh media utama pro BN; bersikap menentang bangunan tersebut dirobohkan (melalui kaedah istibdal) bagi dibangunkan Kompleks Aman Central. Jadi lakukan serangan bersepadu terhadap BN sehingga akhirnya mereka pula...

Pages 381234 »

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons